Kita mesti perasan jenama Intel ini pada komputer peribadi kita. Pada kebiasaannya, stiker Intel akan ditampal di komputer kita yang menggambarkan kekuatan processor komputer tersebut. Jenama ini menguasai hampir majoriti jenama komputer peribadi di seluruh dunia dan sememangnya tidak asing lagi.
Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai Intel ini.
1. Latar Belakang Syarikat
Intel Corporation (Intel) merupakan syarikat teknologi yang tersenarai di indeks Nasdaq di Amerika Syarikat. Di antara segmen perniagaan syarikat ini termasuklah Client Computing Group (CCG), Data Center Group (DCG), Internet of Things Group (IOTG), Non-Volatile Memory Solutions Group (NSG) dan banyak lagi. Syarikat ini menghasilkan pelbagai peralatan untuk kegunaan komputer mengikut segmen perinagaan masing-masing.
2. Berita Terkini Syarikat

Baru-baru ini, Credit Suisse melaporkan penjualan Intel dijangka semakin kukuh untuk tahun 2021. Penjualan produk yag berkaitan dengan komputer dijangka akan menyumbang 56% daripada pendapatan keseluruhan syarikat. Syarikat ini juga menjadi bualan para pelabur dan penganalisa pasaran, dengan pendapatan suku tahun keempat tahun 2020 yang dikeluarkan baru-baru ini.
3. Pendapatan Terkini Syarikat

Pendapat untuk empat suku terkini Intel dilihat merosot tetapi nilainya tidaklah begitu ketara. Kemerosotan ini kemungkinan disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 yang sedikit sebanyak mengganggu urusan perniagaan syarikat ini.
4. Kadar Kecairan Yang Baik

Jumlah aset dan liabiliti syarikat dilihat konsisten dalam tempoh empat suku terkini. Nisbah semasa Intel juga melebihi 1.00 iaitu sebanyak 1.66, ini bermakna Intel mempunyai kadar kecairan aset semasanya sebanyak 1.66 ganda.
5. Aliran Tunai Syarikat Yang Kuat

Penyata aliran tunai bagi suku terkini menunjukkan syarikat mempunyai aliran tunai operasi yang baik. Namun aliran keluar tunai untuk pelaburan dan pembiayaan kewangan syarikat meningkat sehingga menyebabkan jumlah keseluruhan aliran tunai syarikat menjadi negatif.
6. Salah Satu Saham Dalam ETF Wahed Invest

Sumber: Market Watch
Wahed Invest merupakan platform pelaburan digital yang menggunakan perkhidmatan Robo-advisor untuk menentukan tahap penerimaan risiko pelabur. Ianya sangat popular di kalanagan rakyat Malaysia. Kalau nak tahu, saham Intel merupakan salah satu pegangan ETF Wahed Invest ini.
7. Status Syariah

Berdasarkan saringan menggunakan aplikasi Islamicly, saham Intel ini adalah patuh syariah. Jadi kita bolehlah melabur tanpa was-was.
8. Pesaing Utama Intel

Pesaing utama bagi syarikat Intel adalah IBM, NVIDIA dan juga AMD. Mereka semua berada dalam industri yang sama iaitu semikonduktor dan penghasilan cip komputer yang canggih bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin tinggi.
Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?
Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!
Ini adalah kelas intensif.
Bila tu?
Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM
Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET
1. LEARN A WINNING SYSTEM
• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”
2. PROVEN FUNDAMENTAL
3. READ CHART LIKE A PRO
4. PLATFORM
• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US
5. SCREENER
6. PORTFOLIO MANAGEMENT
7. SENTIMEN
8. SAHAM KAJIAN
9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST
Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…
“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”
“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”
“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”
Speaker dah power, modul pun power.
InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.
Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/wallstreet
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB