Setiap kali aku beli saham, esok mesti harga dia jatuh. Sumpahan apakah ini
Sebagai pelabur baik baru atau sudah pengalaman, mesti kita pernah alamai situasi harga saham jatuh sebaik sahaja kita buat pembelian. Bila kita tidak membeli pula, naiknya seolah tiada hari esok.
Jika sekali dua perkara ini terjadi tidak mengapa, tetapi ianya terjadi begitu kerap sehingga kita menyangka pelaburan saham ini seperti satu skim yang bertujuan untuk merugikan pelabur.
Teori Buy On Breakout Dan Realitinya
Sumber :
Seperti carta saham A ini, kita tahu saham ini telah membuat breakout malah jika lihat kepada carta saham ini pada skala yang lebih besar, harganya telah membuat multiple year high.
Jika kita ikut kepada teori analisa teknikal, sepatutnya harga saham ini mempunyai potensi untuk meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya. Tetapi realitinya tidak begitu.
Sumber :
Selang empat hari daripada membuat breakout ini, harga saham A ini terus jatuh menjunam dan kejatuhan ini berterusan kepada hari-hari berikutnya.
Sumber :
Sama juga dengan saham B ini, jika kita lihat caranya membuat breakout dan secara teorinya harga saham B ini sepatutnya meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Sumber :
Namun selang tiga hari saham B ini juga mula membuat kejatuhan harga lebih rendah daripada harga ketika saham B ini membuat breakout.
Kepada yang mempunyai ilmu dan berpengalaman, mereka mungkin tahu dan faham mengapa ianya terjadi. Tetapi kepada yang belum cukup pengalaman mesti tertanya-tanya mengapa perkara ini terjadi.
Kenapa Perkara Ini Terjadi?
Sebelum kita pergi kepada lebih teknikal kenapa ianya terjadi, kita perlu faham dulu mengapa harga saham ini berubah-ubah setiap hari.
Pergerakan harga saham ini bergantung kepada supply dan demand terhadap sesuatu saham berkenaan. Semakin banyak permintaannya, semakin tinggi harga saham itu dan begitu juga sebaliknya.
Apabila pergerakan harga ini bergantung kepada pelabur, emosi para pelabur juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pergerakan harga saham ini.
Setiap pelabur juga mempunyai objektif pelaburan yang berbeza menyebabkan ada yang akan menjual lebih awal atau lambat berbanding yang lain.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Besar kemungkinan harga saham yang sudah membuat kenaikan dan kemudian ianya jatuh adalah disebabkan aktiviti pengambilan keuntungan oleh para pelabur.
Untuk harga saham yang jatuh menjunam dalam masa yang singkat ini pula besar kemungkinan adalah disebabkan oleh emosi yang menyebabkan panic selling setelah harga saham ini sampai kepada kemuncaknya.
Sumber :
Seperti saham A tadi, saham ini sebenarnya cuba untuk membuat kenaikan All Time High namun gagal memecahkan garisan resistance-nya yang terdahulu.
Pelabur yang membeli lebih murah semestinya akan menjual saham ini dan jualan yang banyak ini juga menyebabkan panic selling dalam kalangan pelabur sehingga harga saham ini jatuh dengan teruk pada hari-hari berikutnya.
Tambahan pula syarikat ini tidak mempunyai fundamental yang baik dan pendapatan syarikat ketika itu merosot. Ini merupakan antara punca utama kenapa breakout yang dibuat saham ini tidak menjadi.
Sumber :
Saham B ini pula melakukan kejatuhan selepas breakout adalah bersifat sementara sahaja sebelum ianya naik semula pada hari-hari berikutnya apabila permintaan terhadap saham ini kembali.
Kita tahu bahawa kenaikan harga yang baik bersifat Zig-Zag dan saham B ini adalah antara contoh saham yang membuat kenaikan Zig-Zag.
Saham B dilihat menguji support yang ada sebelum ianya menyambung kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Beza saham B dengan saham A tadi adalah dari segi fundamental syarikat dan industri syarikat itu sendiri. Saham syarikat B ini mempunyai fundamental yang baik dan mempunyai permintaan yang berterusan dalam industri.
Saham B juga mempunyai harga yang lebih mahal berbanding saham A. Kejatuhan harga saham B ini tidak membuatkan pelabur panik sementara saham A bersifat lebih volatile kerana harganya yang murah.
Jika pelabur mempunyai perancangan rapi dalam pelaburan mereka, isu kenaikan dan kejatuhan harga saham ini bukanlah masalah utama kerana mereka tahu apa yang perlu dibuat jika harga saham tersebut naik ataupun jatuh.
Sebab itu pentingnya kita melabur dengan dengan ilmu, jika rugi kita tahu cara untuk meminimalkan kerugian dan apabila untung kita tahu bila untuk mengambil keuntungan kita.
Jangan salahkan takdir jika kita kerap rugi, mungkin strategi pelaburan kita tidak tepat dengan tahap penerimaan risiko kita.
Jika anda masih rugi dalam pelaburan saham ini, jangan berputus asa. In Shaa Allah ada rezeki untuk anda nanti bila ekonomi pulih sepenuhnya kelak.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)