• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Krisis Kewangan Evergrande Memberi Impak Besar Kepada Ekonomi Dunia

in Hebahan
A A
Krisis Kewangan Evergrande Memberi Impak Besar Kepada Ekonomi Dunia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Akhir-akhir ini pasaran saham dunia tidak berada dalam keadaan yang stabil. Hal ini dikatakan berlaku kesan daripada krisis yang menimpa syarikat hartanah gergasi China iaitu Evergrande. Tahukah anda Evergrande merupakan pemaju hartanah dengan hutang paling tinggi di dunia buat masa ini? 

Krisis kewangan yang dihadapi Evergrande mendapat perhatian banyak pihak dari seluruh dunia. Krisis ini bukan sahaja menggugat pasaran bon dan pasaran perumahan tetapi juga memberi kesan yang lebih luas terhadap ekonomi dunia.

Evergrande perlu membuat bayaran faedah berjumlah USD84 juta pada hari Khamis ini (23 September 2021). Nilai hutang ini adalah daripada hutang bon yang dikeluarkannya sebelum ini. 

Sumber : Nikkei Asia

Gambar di atas menunjukkan pelabur berhimpun di hadapan ibu pejabat Evergrande untuk menuntut semula wang mereka.

Bermula awal minggu ini, syarikat itu mula membayar para pelabur dengan aset hartanah kerana syarikat itu mengalami kesukaran untuk mencari duit tunai bagi membayar liabiliti yang ditanggung syarikat. 

Kemelut ini telah menyebabkan keseluruhan pasaran dunia termasuk Asia berada dalam status yang membimbangkan. 

Siapa Sebenarnya Evergrande?

Sumber: Theguardian.com

Evergrande merupakan sebuah firma hartanah kedua terbesar di China. Evergrande ditubuhkan pada tahun 1996 oleh seorang ahli perniagaan bernama Hui Ka Yan di Guangzhou, selatan China. Nama asal Evergrande adalah Hengda Group. 

Syarikat terlibat dalam perniagaan pembuatan kenderaan elektrik, pengurusan hartanah, produksi filem dan televisyen, pembinaan taman tema, insuran nyawa, penjagaan kesihatan, bola sepak, makanan dan produk bayi. 

Sumber: Forbes

Evergrande mula disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2009 dan kini mempunyai lebih 800 buah projek yang dilaksanakan di lebih daripada 280 bandar. Selepas menamatkan pelajaran di kolej, Hui pernah bekerja sebagai juruteknik di kilang besi selama 10 tahun. 

Semangat juang beliau yang tinggi membawa kepada penubuhan Evergrande dan beliau bermula dengan membeli hartanah berharga rendah di pasaran. Projek pertamanya adalah Jinbi Garden. 

Setakat 21 September 2021, nilai kekayaan Hui Ka Yan adalah sebanyak USD10.7 bilion.

Kenapa Hutang Evergrande Begitu Besar

Hutang Evergrande adalah sangat besar. Syarikat ini berhutang untuk memastikan pertumbuhan syarikat dengan pesat. Pertumbuhan yang pesat memerlukan dana yang besar. Oleh itu, Evergrande menerbitkan bon untuk mendapatkan dana tambahan. Evergrande telah meminjam lebih daripada USD300 bilion. 

Peraturan baru yang dikenakan Beijing baru-baru ini bertujuan untuk mengawal jumlah yang dimiliki gergasi pemaju hartanah. Evergrande pula terpaksa menawarkan hartanah mereka pada harga diskaun bagi memastikan wang perniagaannya mampu bertahan.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat ini mengalami kesukaran untuk melunaskan hutangnya. 

Kesan Krisis Evergrande

Krisis yang dialami Evergrande ini memberi kesan terhadap ramai pihak. Pembeli yang membayar deposit untuk membeli hartanah berpotensi untuk rugi sekiranya projek Evergrande terbengkalai. 

Krisis Evergrande bukan sahaja memberi kesan terhadap syarikat itu sendiri dan juga pelabur. Sebagai sebuah pemaju hartanah, banyak syarikat yang menjalankan urus niaga dengan pemaju tersebut seperti syarikat yang membekalkan bahan mentah pembinaan bagi projek-projek syarikat. 

Isu Evergrande ini dianggap sangat serius kerana ia mampu memberi kesan terhadap sistem kewangan China. Evergrande dilaporkan berhutang dengan 171 bank tempatan dan 121 syarikat lain. 

Sekiranya Evergrande gagal melunaskan hutang, bank dan peminjam lain tidak dapat memberi pinjaman seperti biasa kepada peminjam lain. 

Masalah kredit pula akan muncul di mana syarikat gagal untuk meminjam dengan kadar yang berpatutan. Sekiranya syarikat tidak boleh meminjam wang, bagaimana syarikat ingin berkembang? Syarikat yang sukar berkembang pula akan menyebabkan ekonomi negara tersebut terbantut. 

Tindakan Evergrande dan Kerajaan China

Sumber: Investing.com

Unit utama Kumpulan China Evergrande berkata pihak syarikat akan membuat bayaran kupon untuk bon domestiknya pada 23 September 2021 dan ini memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran. 

Evergrande turut mengeluarkan kenyataan lain kepada Hong Kong Stock Exchange, mengatakan bahawa syarikat telah mengupah penasihat kewangan untuk mencari jalan penyelesaian untuk meredakan krisis kewangan ini. Kenyataan itu walau bagaimanapun memberi amaran bahawa tidak ada jaminan yang firma hartanah itu akan berjaya mengatasi masalah kewangannya. 

Bank Rakyat China pula menyuntik dana sebanyak USD18.6 bilion ke sistem perbankan sewaktu krisis Evergrande. 

Sesetengah penganalisa turut menjangkakan bahawa Beijing akan campur tangan dalam isu ini untuk menyelamatkan Evergrande. 

Mattie Bekink daripada Economist Intelligence Unit’s (EIU) berpendapat “Daripada membiarkan risiko kesan terhadap rantaian bekalan dan menimbulkan kemarahan pemilik rumah, kami berpendapat kerajaan China akan mencari jalan untuk memastikan perniagaan teras Evergrande dapat diselamatkan.”

Berikut merupakan masalah kewangan yang dihadapi Evergrande. 

Harga Saham Evergrande

Harga saham Evergrande telah merudum sebanyak 85.81% sepanjang setahun yang lepas. Kejatuhan ini dilihat agak besar bagi sebuah syarikat yang mempunyai reputasi sebagai syarikat gergasi China.

Sumber : 

  • BBC News
  • Majalah Labur
  • Forbes
  • Investing.com
  • Aljazeera

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share435ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In