• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 4, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Fundamental

in Fundamental Analisis, Saham
A A
Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Analisa Fundamental
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ada tanda ke saham akan buat perubahan trend?

Jika artikel sebelum ini kita telah menerangkan tentang tanda-tanda awal perubahan trend dari sudut pandang psikologi pelabur. 

Baca: Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur 

Artikel kali ini akan menerangkan secara terperinci tentang tanda-tanda perubahan trend dari sudut analisa fundamental pula. 

Kita akan melihat tanda-tanda awal perubahan trend daripada bullish kepada bearish dan sebaliknya daripada analisa fundamental sesebuah syarikat. 

Dari sudut analisa fundamental, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan sesuatu saham atau syarikat tersebut bakal mengalami perubahan trend seperti:

  • Pertumbuhan pendapatan syarikat
  • Pegangan substantial shareholder
  • Sentimen dan catalyst semasa yang berkaitan syarikat

Mari kita lihat bagaimana ciri-ciri di atas ini akan mempegaruhi perubahan trend sesuatu saham.

Perubahan Trend Daripada Bullish Kepada Bearish

Pelabur boleh memerhatikan perubahan trend daripada bullish kepada bearish sesuatu saham atau pasaran berdasarkan maklumat fundamental sesebuah syarikat. 

Tanda Perubahan Trend Berdasarkan Pendapatan Syarikat

Sumber: iStock

Apabila pendapatan sesebuah syarikat mulai lemah terutamanya dari segi pendapatan syarikat, ianya adalah tanda awal bahawa perubahan trend daripada bullish kepada bearish. 

Sumber: KLSE Screener

Contohnya seperti maklumat diatas, apabila syarikat ini mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang positif secara konsisten mula mencatatkan pertumbuhan yang negatif, ianya adalah tanda bahawa perubahan trend akan berlaku kepada syarikat ini. 

Substantial Shareholder Mula Melepaskan Pegangan Mereka

Sumber: iStock

Apabila pemegang saham besar sesebuah syarikat itu mula melepaskan pegangan saham mereka dalam syarikat tersebut secara kerap, ianya juga tanda bahawa trend syarikat tersebut bakal berubah. 

Sumber: MalaysiaStock.biz

Maklumat di atas antara contoh pemegang saham yang besar dalam sesebuah syarikat mula melepaskan pegangan mereka. Jika kita melihat tanda ini, kita perlu berhati-hati kerana perubahan trend daripada bullish kepada bearish mungkin akan berlaku atau sedang berlaku. 

Tiada Pemangkin Kepada Syarikat Dalam Tempoh Masa Yang Lama

Sumber: iStock

Apabila sesebuah syarikat itu tidak mempunyai sebarang catalyst yang positif atau berita tentangnya, ini bermakna bahawa syarikat tersebut sudah terkeluar daripada radar pelabur dan penganalisa pasaran. Ini menandakan minat terhadap saham syarikat ini sudah berkurangan.

Apabila syarikat tersebut tidak lagi diperhatikan oleh pelabur dan juga penganalisa pasaran, ini adalah tanda bahawa syairkat tersebut akan atau sedang berada pada fasa bearish. 

Syarikat yang berada dalam radar penganalisa biasanya akan dikaji dengan mendalam dan dipercayai mempunyai momentum untuk melakukan kenaikan harga.

Apabila penganalisa pasaran mula tidak menghiraukan syarikat tersebut, tiada pemangkin terhadap syarikat tersebut dan saham syarikat tersebut juga tidak diperhatikan oleh pelabur menyebabkan kemungkinan harga saham syarikat ini akan masuk ke fasa bearish. 

Perubahan Trend Daripada Bearish Kepada Bullish

Tanda perubahan trend daripada bearish kepada bullish juga penting untuk pelabur tahu agar tidak terlepas peluang untuk menjana keuntungan dalam pelaburan saham ini. 

Faktor yang akan diterangkan tidak semestinya akan menjadi, tetapi kebarangkalian untuk ianya terjadi itu ada. 

Mari kita lihat tanda perubahan trend daripada bullish kepada bearish berdasarkan maklumat fundamental.

Pertumbuhan Pendapatan Syarikat Mula Pulih

Sumber: iStock

Apabila syarikat yang dulunya rugi atau mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang kurang memuaskan mula membuat keuntungan, ianya adalah tanda bahawa syarikat ini mula melakukan perubahan trend daripada bearish kepada bullish. 

Sumber: KLSE Screener

Contoh maklumat kewangan syarikat ini mencatatkan kerugian yang pertumbuhan keuntungan yang negatif mula mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dan keuntungan. 

Ini adalah tanda perubahan trend awal daripada bearish kepada bullish untuk syarikat ini. 

Syarikat Mula Membeli Semula Saham Sendiri

Sumber: iStock

Apabila sesebuah syarikat mula membuat keputusan untuk membeli semula saham mereka, ini adalah tanda awal bahawa saham syarikat sedang undervalue. 

Sumber: Bursa Malaysia

Apabila syarikat membuat keputusan untuk buy back saham mereka, syarikat tersebut tahu dan yakin dengan masa depan syarikat tersebut.

Pembelian semula saham oleh syarikat ini merupakan signal awal kepada pelabur bahawa perubahan trend bakal berlaku daripada bearish kepada bullish. 

Berikut merupakan antara tanda awal pertukaran trend yang kita boleh perhatikan dengan maklumat daripada analisa fundamental sesebuah syarikat.

Nantikan artikel tentang perubahan trend dari sudut analisa teknikal pada masa akan datang. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share404ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In