iPhone baru nak keluar, ada impak ke dekat saham APPLE?
Semua orang terutamanya pengguna dan peminat tegar iPhone mesti tertunggu-tunggu tarikh keramat,14 September 2021 untuk pelancaran model iPhone terbaru daripada APPLE.
Sumber: Apple Malaysia
Sebagai pengguna dan peminat tegar, semestinya mereka menunggu saat ini untuk membeli model terbaru yang ditawarkan oleh iPhone kepada pelanggan setia mereka.
Namun sebagai seorang pelabur, mereka lebih berminat untuk mengetahui sama ada pelancaran iPhone terbaru daripada APPLE akan memberi impak kepada harga saham syarikat ini.
Mari kita lihat apa yang terjadi kepada harga saham APPLE setiap kali pelancaran model baru iPhone dibuat dalam tempoh empat tahun terkini.
Pelancaran iPhone 7 Pada 7 September 2016
Sumber :
Jika kita merujuk kepada carta saham di atas, sebaik sahaja APPLE membuat pelancaran model iPhone 7 pada 7 September 2016, harga saham syarikat ini mengalami kejatuhan sekitar 4.5% sebelum sahamnya membuat kenaikan lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Jadi harga saham APPLE jatuh selepas pelancaran iPhone 7 sebelum ianya naik lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Pelancaran iPhone 8 Dan iPhone X Pada 12 September 2017
Sumber :
Pada tahun 2017, Apple buat pertama kalinya melancarkan dua model iPhone serentak, iaitu iPhone 8 dan juga iPhone X pada 12 September 2017.
Sama seperti tahun sebelumnya, harga saham syarikat ini mengalami kejatuhan sebaik sahaja pelancaran model iPhone ini dibuat sekitar 7% sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Secara ringkasnya, harga saham Apple jatuh selepas pelancaran sebelum naik lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Pelancaran iPhone XS Pada 12 September 2018
Sumber :
Pada tahun 2018, Apple melancarkan variasi model iPhone X, iaitu iPhone XS kepada pelanggan mereka dengan beberapa kemas kini dan naik taraf daripada model sebelumnya.
Harga saham syarikat ini naik sehari selepas pelancaran sebelum melakukan kejatuhan yang tidak begitu ketara dan naik lebih tinggi pada hari berikutnya.
Namun pada tahun ini, Apple membuat kejutan apabila mereka memberitahu bahawa syarikat tersebut tidak lagi akan mengumumkan jumlah unit jualan iPhone mereka kepada umum.
Ini telah menyebabkan harga saham syarikat ini jatuh dengan mendadak melebihi 20% pada bulan Oktober atas sebab para pelabur menjangkakan jualan iPhone yang merosot.
Pelancaran iPhone 11 Pada 11 September 2019
Sumber :
Pada tahun 2019, Apple melancarkan model iPhone 11 September 2019 dan sekali lagi harga saham syarikat ini jatuh sedikit selepas pelancaran sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Pelancaran iPhone 12 Pada 13 Oktober 2020
Sumber :
Tahun 2020, Apple melancarkan model iPhone terbaru mereka bukan pada bulan September tetapi pada bulan Oktober secara maya.
Sama seperti tahun sebelum ini, harga sahamnya jatuh sebaik sahaja pelancaran model terbaru iPhone 12 dengan kejatuhan sekitar 10%.
Harga saham syarikat ini kemudian terus membuat kenaikan yang lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Jadi daripada sejarah harga yang lepas, apakah agakanya akan terjadi kepada harga saham syarikat ini pada pelancaran model iPhone 13 pada 14 September 2021 yang akan datang ini?
Adakah akan terjadi seperti sebelum ini atau akan membuat satu pergerakan yang berbeza?
Sebagai pelabur, kita siap sedia dengan segala kemungkinan dan ambil peluang yang mana ada nanti.
Sama-sama kita nantikan apa yang akan jadi selepas pelancaran iPhone 13 nanti.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




