Anda mesti selalu lihat rakan-rakan kongsikan portfolio untung dan mesti anda pun rasa tercabar ingin terlibat dalam saham kan? Ada yang untung RM1000, ada yang boleh untung 10% sehari dan ada yang mendapat pulangan ROI 100% sebulan pun ada. Hal ini yang membuat pelabur baru ghairah untuk beli saham walaupun belum cukup ilmu di dada. Sudahnya setelah rugi, mulalah salahkan orang lain.
Sumber: pxfuel
Mestilah orang kongsikan kegembiraan mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan saham.
Betul ke labur saham ini confirm untung? Jawapannya, tidak benar.
Semua jenis pelaburan pasti ada risikonya. Yang membezakan setiap pelaburan adalah tahap risiko pelaburan tersebut. Semakin tinggi risiko, maka semakin tinggi peluang untung dan rugi. Begitu juga sebaliknya.
Anda perlu tahu melabur saham pun ada risikonya. Namun risiko di Bursa Malaysia lebih terkawal kerana pihak Bursa menetapkan had limit kenaikan dan kejatuhan yang dibenarkan dalam tempoh satu hari. Terma yang sering digunakan adalah ‘Limit Up’ dan ‘Limit Down’.
Baca : Hari – Hari Limit Up; Bagus Sangat Ke?
Jika anda belum yakin, cuba trade olok-olok terlebih dahulu. Daripada 10 kali anda trade, cuba lihat kembali berapa kali anda untung dan rugi. Sekiranya anda konsisten buat untung walaupun secara olok-olok, maka anda sudah bersedia terlibat dalam pelaburan saham sebenar.
Namun jika anda lebih kerap rugi berbanding untung, itu tandanya anda belum lagi bersedia dan belum sesuai untuk melabur menggunakan wang sebenar. Portfolio anda nampak seperti ini?
Jika portfolio anda seperti di atas, anda mungkin belum lagi bersedia. Namun, janganlah kecewa kerana kerugian sudah menjadi asam garam dalam pelaburan. Terdapat beberapa sebab portfolio anda merah seperti di atas contohnya seperti :
1. Overtrade
Overtrade bermaksud anda membeli terlampau banyak saham. Sebaiknya anda digalakkan hanya membeli satu atau dua saham pada satu-satu masa agar mudah untuk anda mengawasi portfolio anda.
2. Silap Entry
Ramai yang terciduk disebabkan tidak tahu bila nak entry. Ada yang main beli sahaja sesuatu saham padahal tak tahu pun sebab apa beli saham tersebut. FA ke laut, TA pula tiada buy signal.
3. Tiada Trading Plan
Tiada trading plan ini merupakan kesinambungan kepada kesilapan entry di atas. Ramai yang beli saham tanpa perancangan yang betul. Tanpa trading plan, anda pasti tidak tahu bila nak jual saham yang dibeli.
4. Kurang Pengalaman
Nak berjaya dalam sesuatu bidang, semua orang perlukan pengalaman yang cukup barulah kerja tersebut mudah dilakukan dan berjalan lancar. Sekiranya anda masih baru dan kurang pengalaman, anda perlu cari guru untuk menuntut ilmu dan beri diri anda masa untuk belajar, memahami dan kuasai teknik yang betul.
Majoriti pelabur yang telah berjaya pun mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang yang berjaya. .
Kesimpulannya, pelaburan saham tidaklah seindah yang disangkakan. Sebagai seorang pelabur yang bijak anda harus tahu apa yang anda lakukan. Ini tips bagi anda yang masih baru.
Baca: 5 Tips Penting Untuk Pelabur Baru
Semoga berjaya!




