Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac 2020, semakin ramai yang mula mengenali dunia pelaburan saham dan mula melabur. Ianya merupakan petanda yang baik kerana setiap orang mempunyai peluang untuk menggandakan wang lebihan mereka. Bagi pelabur baru, sudah pastinya ingin tahu tips untuk bertahan lama dalam pasaran saham bukan?
Di sini kami kongsikan 5 tips penting kepada pelabur baru.
1. Melabur Untuk Jangka Masa Panjang
Kalau sebelum kenal dengan saham, ramai mampu untuk melabur dan terima dividen setiap hujung tahun. Malangnya bila dah terlibat dengan saham, ramai yang inginkan pulangan dalam masa yang singkat. Ada pelabur yang baru sahaja membeli saham dan terus mengharapkan agar terus untung. Oleh sebab itu, ramai yang ingin mencuba menjadi scalper atau day trader.
Tetapi kita perlu ingat bahawa untuk menjadi seorang scalper atau day trader ini, kita perlu cekap membaca carta.
Sekiranya kita mempunyai pekerjaan sepenuh masa, sebaiknya kita fokus terhadap kerja hakiki tersebut. Kerana jika tiada masa, buatlah pelaburan untuk jangka masa panjang. Pelaburan jangka masa panjang adalah pelaburan yang mengambil tempoh bertahun-tahun lamanya.
Bagaimana untuk melabur jangka masa panjang?
Tipsnya adalah mencari kaunter-kaunter yang berkualiti sahaja. Saham yang berkualiti adalah syarikat yang mempunyai perniagaan yang baik, prestasi kewangan yang kukuh, tidak berhutang, jenis perniagaannya bersifat futuristik dan sebaiknya ada memberi dividen kepada pemegang saham. Pendek kata, saham yang baik adalah syarikat yang mempunyai fundamental yang baik.
Persoalan seterusnya, bagaimana pula nak cari syarikat-syarikat yang mempunyai fundamental yang baik? Ianya mudah sahaja kerana kita boleh menggunakan teknik CANSLIM yang diasaskan oleh William J. O’Neil. Jom baca di sini untuk mengenali siapa William J. O’Neil ini. Di bawah ini merupakan carta saham Nestle. Saham Nestle pada 5 tahun yang lepas (2016) hanyalah sekitar RM73 seunit. Kini seunit saham Nestle telah mencecah sekitar RM140.
Sumber :
2. Melabur Seawal Yang Mungkin
Sumber : Bursa Malaysia
Seorang individu yang telah mencapai umur 18 tahun, dah boleh buka akaun CDS. Ini bermaksud seorang individu boleh mula melabur saham seawal usia 18 tahun lagi. Rakyat Malaysia amat beruntung kerana diberi peluang untuk membuat pelaburan di usia yang muda. Kenapa kita kena melabur seawal yang mungkin? Lagi awal kita mula melabur, lagi awal kita dapat menggandakan wang kita.
Namun, semua pelaburan perlu bermula dengan ilmu yang betul dan bukannya main teka dan beli saham secara suka-suka saja.
Biasa dengar teknik compounding? Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, ianya diperolehi apabila kita melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan pelaburan tersebut menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya.
Dalam kes ini, kita sebenarnya menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja untuk anda bagi menghasilkan pulangan yang lumayan.
Dan telah terbukti bahawa pulangan daripada pelaburan saham berjaya mengatasi pulangan daripada pelaburan lain. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Jadi Jutawan Dengan Teknik Compounding.
Sekiranya kita mula belajar melabur di usia yang muda, kita masih boleh menjana pendapatan apabila kita telah bersara nanti. Ini kerana jual beli saham tidak memerlukan kita mengeluarkan peluh pun.
3. Dilarang Melabur Dengan Emosi
Rugi itu pasti, untung itu wajib. Itulah kata-kata hikmah yang sering dikongsikan oleh mentor pelaburan saham tersohor Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri kepada para pelajarnya. Mana ada orang yang tak pernah rugi walaupun sekali dalam pelaburan masing-masing. Cuba tanya pakar pelaburan di Malaysia mahu pun luar negara, pastinya mereka pernah mengalami kerugian.
Apabila kita sudah mula mendapat rentak dan menjana keuntungan demi keuntungan dalam pelaburan saham, awas sekiranya kita rasa yang kita sudah hebat. Apabila kita tidak berupaya untuk mengawal emosi ketika melabur, kita akan kecundang dalam pasaran saham.
Jika kita melabur dengan emosi, kita cenderung untuk membuat keputusan yang salah ketika membeli saham. Elok-elok kita buat kajian tentang saham lain, saham yang lain pula yang dibeli hanya kerana kita tengok kaunter tersebut berkelip-kelip dalam senarai Top Active.
4. Bahagikan Modal Pelaburan Ke Dalam Beberapa Sektor Berbeza
Tips yang seterusnya adalah, jangan letakkan semua modal ke dalam satu saham atau satu sektor sahaja. Sebagai contoh, kita boleh pecahkan wang pelaburan dan melabur ke dalam tiga sektor yang berbeza seperti sektor teknologi, sektor hartanah dan sektor penjagaan kesihatan. Membahagikan wang pelaburan ke dalam beberapa sektor yang berbeza merupakan tindakan yang bijak. Dalam pasaran saham, tidak semua sektor akan bergerak naik dan turun bersama-sama. Akan ada sektor lain yang naik dan ada sektor lain yang akan turun bergantung kepada sentimen semasa.
Sumber : Bursa Malaysia
5. Sentiasa Berpegang Kepada Trading Plan
“If You Fail To Plan, You Are Planning To Fail”, pepatah yang biasa kita dengar. Maksudnya di sini, sekiranya kita gagal untuk merancang, maka kita telah pun merancang untuk gagal.
Sebelum kita membeli sesebuah saham, sepatutnya kita sudah tahu kenapa kita membeli saham tersebut. Tidak kiralah sekiranya pembelian tersebut berasaskan fundamental yang baik, secara teknikalnya sudah keluar signal beli dan ada catalyst yang menarik terhadap syarikat tersebut. Bila dah ada trading plan, kenalah tegas dan berpegang dengan trading plan tersebut.
Bila dah ada trading plan untuk membeli, kita kena ada perancangan bila kita patut jual saham tersebut. Tetapkan harga sasaran semasa membeli saham. Letak sasaran pulangan bagi setiap pelaburan kita. Tanya diri sendiri sama ada kita hendak pulangan sebanyak 10%, 20% atau lebih setiap bulan. Kalau ada harga sasaran, mudah untuk kita membuat keputusan apabila harga saham tersebut telah mencapai harga sasaran.
Sebagai contoh, kita meletakkan sasaran keuntungan sebanyak 10%. Jika saham yang kita beli pada RM1 seunit yang kemudiannya naik menjadi RM1.10 seunit, maka kita sudah pun berjaya mendapatkan pulangan 10%. Jangan pula bila harga saham tersebut dah naik tetapi kita tidak jual kerana tamak, kemudiannya ia jatuh di bawah RM1, baru kita nak rasa menyesal kerana tidak take profit dahulu.
Target price dah ada, kita juga harus tegas dalam bab cut loss. Ramai yang mempunyai kelemahan dalam cut loss ini. Contohnya, bila harga saham dah jatuh melebihi 10% tetapi kita degil dan tidak menjual saham tersebut kerana yakin bahawa harga saham tersebut akan naik suatu hari nanti. Kalau sudah ada sell signal, harga saham berpotensi tinggi untuk turun dengan lebih banyak.
“Rule #1: Never lose money. Rule #2: Don’t forget rule number 1”.
Warren Buffett
Apabila kita mampu untuk meminimakan kerugian, maka keuntungan pasti akan datang.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!