• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Indeks Bursa Malaysia Dah Kembali Pulih?

in Saham
A A
Indeks Bursa Malaysia Dah Kembali Pulih?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Seperti yang kita tahu, keadaan pasaran saham di seluruh dunia terjejas teruk sejak tahun 2020 selepas dunia diserang dengan pandemik Covid-19.

Sebaik sahaja World Health Organization(WHO) mengisytiharkan wabak Covid-19 ini sebagai pandemik, pasaran saham pastinya antara yang paling cepat bertindak balas.

Kejatuhan yang mendadak ini amat menakutkan para pelabur. Indeks FBM KLCI sahaja jatuh hampir 200 mata untuk jangka masa yang singkat. Indeks gergasi seperti S&P 500 pula jatuh hampir 500 mata selepas pengumuman daripada WHO. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Indeks pasaran saham negara lain juga terkesan teruk dengan kegawatan kesihatan yang dialami pada awal tahun 2020. 

Namun tidak lama masa yang diambil untuk indeks-indeks ini membuat V-Shape Recovery pada tahun yang sama sehingga ada indeks-indeks gergasi di Wall Street membuat All Time High seperti tiga indeks gergasi Dow Jone Industrial Index, S&P 500 dan juga Nasdaq.

Baca: Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

Indeks saham tempatan juga tidak kurang hebatnya, indeks yang jatuh ke paras hampir 1200 mata pada Mac 2020 meningkat sehingga hampir mencecah 1700 mata pada December 2020 yang lalu. 

Namun sejak kebelakangan ini, Indeks FBM KLCI dilihat begitu rapuh dan sudah jatuh dibawah garisan support terdekatnya sekitar 1520 mata dan kini berada pada paras 1490 mata ke 1510 mata sahaja. 

Bursa Malaysia Teruk Sangat Ke?

Sebagai pelabur tempatan, kita tahu bahawa keadaan pasaran tempatan kita terkesan dengan pelaksanaan lockdown yang seolah tiada penghujungnya dengan peningkatan kes positif saban hari di samping keadaan politik negara yang tidak seimbang. 

Sumber :

Jika dibandingkan dengan mata indeks FBM KLCI pada awal Januari 2021, kejatuhan yang dialami oleh Indeks FBM KLCI jatuh lebih daripada 100 mata dan pada 4 Ogos 2021, Indeks FBM KLCI ditutup paling rendah sejak tahun 2021 iaitu pada 1497 mata sahaja. 

Namun indeks FBM KLCI dilihat kembali pulih setelah perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru sekaligus meredakan sedikit bahang ekonomi negara buat masa ini dan pelabur asing juga dilihat mula memasuki pasaran tempatan.

Indeks pasaran tempatan naik berturut-turut sehingga mencecah ke paras 1600 baru-baru ini.

Tapi bagaimana dengan keadaan pasaran serantau? Adalah indeks saham tempatan merupakan antara yang paling teruk?

Prestasi Singapore Straits Time Index

Sumber :

Prestasi indeks pasaran saham negara jiran kita meningkat hampir 300 mata dan mata terkini setakat 5 Ogos 2021 indeksnya adalah sekitar 3177 mata. 

Peningkatan indeks ini lebih daripada 11% dan indeks pasaran Singapura boleh dikatakan antara yang terbaik di rantau Asia. 

Prestasi Stock Exchange Thailand Index

Sumber :

Indeks pasaran saham di Thailand pula menunjukkan peningkatan lebih daripada 110 mata sejak awal bulan Januari sehingga 5 Ogos 2021 ini. 

Stock Exchange Thailand Index (SET) ini merekodkan peningkatan lebih daripada 8.0% dalam masa tujuh bulan lebih ini. 

Prestasi Japan Nikkei 225 Index

Sumber :

Untuk pasaran saham Jepun pula, indeks nya dilihat lebih volatile berbanding pasaran saham negara lain. Sejak Januari 2021 sehingga 5 Ogos 2021, indeks Nikkei 225 hanya merekodkan peningkatan yang kecil sekitar 2% sahaja. 

Prestasi Philippines Stock Exchange Index

Prestasi Philippines Stock Exchange Index (PSEi) pula merekodkan kejatuhan sekitar 600 mata sejak awal Januari 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Kejatuhan yang direkodkan sekitar 8% sejak awal tahun 2021 sehingga maklumat ini diambil. 

Indeks FBM KLCI Yang Tercorot Di Asia

Sumber: Trading Economics

Menurut data daripada Trading Economics diatas, untuk indeks pasaran saham utama, FBM KLCI jatuh di antara tangga tercorot berbanding indeks utama pasaran saham di Asia pada sebulan yang lepas.

Jika puncanya kerana peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, negara lain juga sedang berhadapan perkara yang sama.

Besar kemungkinan ianya adalah disebabkan keadaan politik negara yang tidak stabil pada ketika itu.

Baca: Bagaimana Kestabilan Politik Beri Impak Kepada Pasaran Saham

Selepas sahaja keadaan politik negara semakin stabil dengan perlantikan perdana menteri yang baru, indeks pasaran saham kembali naik dan keyakinan pelabur asing juga semakin pulih.

Hasilnya, indeks pasaran saham tempatan naik beberapa anak tangga berbanding dua bulan lepas setelah ketegangan politik negara mula reda baru-baru ini.

Sebagai pelabur, walaupun indeks pasaran saham merah dan keadaan ekonomi tidak menentu. Masih ada peluang untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham ini. 

Jika tidak membeli atau menjual pun, kita masih boleh mengemas kini portfolio pelaburan atau wacthlist kita. 

Baca: Apa Nak Buat Jika FBM KLCI Berdarah?

Jika tidak berani melabur di pasaran tempatan buat masa sekarang, banyak lagi pasaran luar yang anda boleh terokai. 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share317ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In