• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Ilmu Pelaburan Saham, Bekalan Untuk Anak-Anak

in Saham
A A
Ilmu Pelaburan Saham, Bekalan Untuk Anak-Anak
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kalaulah aku belajar ilmu pelaburan saham ini masa muda kan bagus

Cuba tanya kepada diri kita, pada umur berapa kita mula mengenali  pelaburan saham? Kebanyakan daripada kita mula kenal dengan pelaburan saham ini pada lewat umur 20 an atau awal 30 an.

Mungkin ada yang dah mula melabur saham lebih awal tetapi gagal di pertengahan jalan kerana melabur tanpa ilmu dan tiada bimbingan daripada seseorang yang berpengalaman. 

Selepas kita kenal dengan ilmu pelaburan saham ini, kita tahu betapa pentingnya ilmu ini untuk ada pada setiap orang tidak kiralah untuk melabur jangka masa panjang, sederhana ataupun pendek. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Semua maklum bahawa pelaburan saham ini bukan boleh mahir dalam sekelip mata, sebaliknya ianya merupakan suatu proses dan pengalaman itu sebenarnya akan menjadikan seseorang pelabur itu berjaya. 

Jika kita merasa terkilan tidak kenali dunia pelaburan saham ini lebih awal lagi, apa kata kita berikan peluang kepada anak-anak kita untuk mengenali dan menguasai ilmu pelaburan saham ini pada usia yang lebih muda. 

Sangat banyak manfaat jika kita dedahkan ilmu pelaburan saham ini kepada anak-anak kita sejak awal lagi untuk membuka minda mereka cara menjana pendapatan yang tidak diajar dalam sistem pendidikan.

Mari kita lihat kelebihan kepada anak-anak kita jika didedahkan dengan ilmu pelaburan saham patuh syariah kepada mereka. 

Membuka Minda Anak-anak

Jika sistem pendidikan hanya mengajar kita semua menjadi pekerja yang patuh kepada syarikat, ilmu pelaburan saham membolehkan kita menjadi rakan niaga atau pemilik sesebuah syarikat tersebut. 

Kita juga akan membuka minda anak-anak kita untuk menjadikan pelaburan saham ini sebagai sumber pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian mereka. 

Jika rezeki mereka berjaya menguasai ilmu pelaburan saham ini secara menyeluruh sehingga berjaya membuat keuntungan yang konsisten, mungkin pelaburan saham ini boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa mereka. 

Lihat sahaja kejayaan seorang pemuda daripada Jepun yang bernama Takashi Kotegawa yang berjaya menggandakan modal pelaburan beliau sebanyak USD13,000 kepada USD153 juta dalam masa empat tahun sahaja. 

Lebih Peka Keadaan Ekonomi Semasa

Dengan kemudahan teknologi dan internet hari ini, kebanyakan anak muda lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan hiburan semata-mata. 

Tidak salah untuk berhibur setelah penat belajar, tetapi alangkah baiknya jika anak-anak kita memperuntukkan sedikit masa untuk ambil tahu tentang keadaan ekonomi semasa serta kesan atau impaknya terhadap mereka. 

Dalam pelaburan saham, pelabur memang akan sentiasa peka dengan perubahan keadaan ekonomi semasa yang memberi impak kepada pasaran saham.

Yang dah lama dalam dunia pelaburan ini mesti faham kenapa penting untuk pelabur tahu perkembangan ekonomi semasa ini.

Bayangkan jika anak anda juga mengambil tahu tentang perkara ini, bukan sahaja dapat melatih mereka menjadi pelabur yang berjaya, tetapi ianya juga merupakan value add  kepada anak kita.

Dengan pengetahuan yang luas dan terkini tentang ekonomi semasa, ianya boleh dijadikan persiapan untuk mereka gunakan semasa sesi temuduga kerja nanti. Semestinya mereka akan lebih menyerlah berbanding yang lain. 

Pengalaman Pelaburan Yang Luas

Kita tahu bahawa untuk berjaya dalam pelaburan saham ini tidak terjadi semalaman. Ianya merupakan sesuatu proses pembelajaran yang berterusan. 

Masih ingat lagi pengalaman pahit pertama kita rugi dalam saham? Bagaimana kita bangkit dan teruskan sehingga ke hari ini?

Begitu juga kenangan manis ketika menjana keuntungan pertama kita. Mesti sangat teruja sehingga senyum pun sampai ke pipi.

Dengan pengalaman ini, kita berjaya mengawal emosi disamping mengenali diri kita dalam dunia pelaburan saham ini. 

Cuba bayangkan jika anak kita didedahkan dengan pengalaman jatuh bangun dunia pelaburan ini di usia muda. Dengan bimbingan dan galakan yang betul, tidak mustahil mereka akan menjadi seorang pelabur saham yang berjaya. 

Tak dinafikan pelaburan saham ini bukan hanya cerita indah tentang keuntungan semata-mata, malah risiko kerugian itu juga ada namun ada cara untuk mengawalnya. 

Untuk mula melabur saham juga tidak perlu modal yang sangat besar. Jika masih takut rugi, ajarkan cara untuk melabur menggunakan virtual money sahaja terlebih dahulu dan letakkan sasaran ROI yang hendak dicapai.

Jika mereka berjaya mencapai ROI yang ditetapkan, berilah hadiah sebagai galakan kepada mereka. 

Memang nak bagi anak belajar saham, tapi kelas saham mahal sangat

Tidak dinafikan banyak kelas saham yang sedia ada meletakkan harga yang tinggi sesuai dengan pengalaman, kelayakan dan kualiti penyampaian speaker tersebut.

Oleh itu, The Kapital sekali lagi membawakan Webinar Senang Saham yang akan disampaikan oleh speaker yang berpengalaman dengan kualiti penyampaian setanding kelas-kelas premium diluar sana. 

Baca: Perjalanan Iqbal Illias Dalam Pasaran Saham Dan 5 Tips Daripada Beliau

Ini merupakan peluang anda untuk mendedahkan anak-anak anda kepada ilmu pelabur saham dengan kos yang mampu milik.

Anggaplah ianya merupakan pelaburan kepada anak anda sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. 

Baca: Ibu Bapa Main Peranan Utama Terap Ilmu Pelaburan Pada Anak


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share701ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In