Kebanyakan individu hebat dalam saham terdedah dengan ilmu kewangan dari ibu bapa mereka.
“Ikhwan, nah ayah beri RM10 untuk belanja wang saku sekolah hari ini. Nanti ada lebih Ikhwan menabung dan Ikhwan simpan dalam bank ya.”
Nak tanya berapa ramai ibu bapa yang buat begini?
Kenapa tidak kita ajar anak-anak kita untuk menyimpan dahulu kemudian baru berbelanja. Sebagai contoh, daripada RM10 tadi kita ajar anak kita untuk menyimpan RM5 dari awal lagi dan kemudian barulah berbelanja baki RM5 lagi.
Pendidikan menyimpan dahulu sebelum berbelanja sepatutnya sudah bermula dari rumah lagi. Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul untuk membentuk mereka agar mereka akan lebih bersedia menghadapi cabaran apabila mereka telah dewasa kelak.
Berdasarkan laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbit Bank Dunia, dianggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di negara ini adalah golongan muda yang berumur 25 hingga 44 tahun. Ini bukan kami yang kata, tetapi Bank Dunia yang kata.
Baca : 60 Peratus Muflis Adalah Golongan Muda – Bank Dunia
Jika anak-anak kita tidak dididik dengan ilmu pengurusan kewangan sejak kecil, mereka mungkin bakal menjadi sebahagian daripada golongan tersebut. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini terjadi kepada anak-anak kita.
Sebagai ibu bapa, kita boleh membuka akaun simpanan untuk anak-anak dan ajar mereka untuk menyimpan sejak kecil. Selain itu, kita juga boleh memupuk sifat melabur di dalam diri mereka.
Caranya, kita buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita didik mereka untuk menyimpan di dalamnya. Di samping itu, kenapa tidak kita dedahkan dengan ilmu-ilmu pelaburan yang lain kepada mereka sejak kecil.
Kita bukannya memaksa mereka untuk melabur tetapi ianya lebih kepada pendedahan awal.
Kenapa tidak kita sebagai ibu bapa tanam minat anak-anak dalam pelaburan saham di usia muda? Apa kata anda sediakan buku-buku yang bermanfaat kepada mereka agar minat akan timbul sejak kecil lagi.
Daripada belikan mereka telefon pintar untuk bermain permainan dan menonton video kurang berfaedah lebih baik belikan mereka buku berkaitan kewangan atau apa sahaja yang berfaedah kepada mereka.
Tahukah anda, baru-baru ini viral kisah seorang kanak-kanak Korea berusia 12 tahun yang mendapat perhatian dunia kerana kemampuannya menjana keuntungan sebanyak 43% daripada pasaran saham sepanjang tahun 2020.
Remaja hebat bernama Kwon Joon bercita-cita untuk menjadi seperti Warren Buffett. Kwon Joon memohon kebenaran ibunya untuk membuka akaun trading pada April 2020 dengan modal permulaan sebanyak 25 juta won.
Untuk pengetahuan anda, 25 juta won adalah bersamaan dengan RM91,567.86.
Bagi yang ingin menonton video pendek mengenai kanak-kanak tersebut, boleh tonton di sini: Kwon Joon
Kwon Joon menjadikan Warren Buffett sebagai idolanya dan lebih berminat dengan pelaburan jangka masa panjang seperti 10 hingga 20 tahun untuk memaksimakan pulangan pelaburan.
Kwon Joon memilih untuk melabur dalam saham blue chip dengan modal pelaburannya diperoleh daripada penjualan mainan kereta mini dan perniagaan mesin layan diri yang dijalankan olehnya.
Jom baca : Kelebihan Melabur Dalam Saham Blue Chip
Untuk saham blue chip, Kwon Joon fokus pada saham seperti Samsung Electronics dan saham tersebut telah berjaya memberi pulangan kepadanya sebanyak 43%.
Siapa tahu anak anda juga boleh dilatih dan menjadi sehebat Kwon Joon kelak.
Jika anda mahukan anak anda menjadi sehebat Kwon Joon, apa kata anda hadiahkan buku pelaburan yang mudah difahami bagi kanak-kanak seusia mereka.
Kwon Joon bermula dengan memahami terlebih dahulu asas pelaburan saham dan mula melabur saham secara olok – olok terlebih dahulu.
Selepas ibu bapanya yakin dengan ilmu dan kesungguhan yang ada padanya, barulah Kwon Joon diberikan kebenaran untuk melabur dalam saham blue chip Samsung Electronics.
Jelas di sini bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam memupuk minat anak – anak terhadap ilmu kewangan dan pelaburan.
Sebagai pemula, anda sebagai ibu bapa boleh hadiahkan buku Malaysia Melabur Saham keluaran The Kapital kepada anak – anak anda.
Buku tersebut sangat sesuai untuk kanak-kanak dan golongan remaja yang tiada langsung ilmu kewangan dan pelaburan saham.
Anak anda akan didedahkan dengan :-
- Apa Itu Saham
- Bagaimana Saham Berfungsi
- Istilah Saham
- Tips Untuk Pelabur Saham Baharu
Jika anda juga ingin belajar asas pelaburan saham, anda digalakkan untuk membeli buku ini sebagai rujukan utama.
Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur, dan jenis pekerjaan kerana gaya penulisan yang santai disulami dengan infografik berwarna untuk memudahkan anda membuat gambaran secara visual akan saham.
Buku Malaysia Melabur Saham ini boleh ditempah secara pre-order pada harga RM97 sahaja.
Dapatkan buku ini untuk anak anda sekarang!
SAYA NAK BELI BUKU MALAYSIA MELABUR SAHAM
Sumber Rujukan: