• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Mana Lagi Untung, Saham Murah Atau Saham Mahal?

in Fundamental Analisis
A A
Mana Lagi Untung, Saham Murah Atau Saham Mahal?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Beli saham murah boleh beli banyak, untung pun banyak nanti

Harga sesuatu saham yang didagangkan di pasaran bergantung kepada permintaan dan bekalan semasa saham tersebut.

Ada pelabur yang suka membeli saham-saham yang murah atau dikenali sebagai penny stock dengan harapan dapat membeli dengan kuantiti yang banyak dan cepat mendapat keuntungan. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Ada juga pelabur lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti dalam pelaburan mereka dengan membeli saham yang lebih mahal walaupun dengan jumlah yang terhad. 

Jadi, yang mana lebih menguntungkan? Saham murah atau saham yang mahal?

Saham Murah Lagi Cepat Untung

Saham murah atau dikenali sebagai penny stock merupakan saham yang didagangkan pada harga bawah RM1.00. Jika saham itu didagangkan pada harga bawah RM0.20 pula, ianya dikenali sebagai saham super penny. 

Kebiasaanya saham yang murah ini terdiri daripada syarikat yang tidak mempunyai fundamental yang baik dan kerap rugi dalam perniagaan mereka. 

Ada juga syarikat yang mempunyai fundamental yang baik tetapi tidak mendapat permintaan daripada pelabur dan harga saham tersebut kekal murah. 

“High Risk, High Reward”

Saham yang murah ini dikategorikan sebagai saham yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding saham yang mahal.

Memang benar saham yang murah ini akan lebih cepat memberikan  pulangan yang lumayan kepada pelabur.

Saham yang bernilai RM0.20 naik menjadi RM0.30 sudah memberikan pulangan sebanyak 50% kepada pelabur dalam masa yang singkat. 

Tetapi jangan pula lupa kepada risikonya, jika saham RM0.20 tadi jatuh menjadi RM0.10, pelabur akan mengalami kerugian sebanyak 50% juga dalam masa yang singkat. 

Saham yang murah ini juga lebih mudah dimanipulasi lebih-lebih lagi jika jumlah dagangan saham ini tidak banyak. 

Saham murah ini sebenarnya lebih sesuai kepada pelabur yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam pelaburan dan mempunyai lebih banyak masa untuk monitor saham. 

Saham Mahal Untung Sikit

Saham yang mahal pula adalah saham yang didagangkan atas RM1.00 atau dikenali sebagai saham Blue Chip. 

Saham-saham blue chip ini juga mempunyai potensi untuk menjadi komponen FBMKLCI jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?

Kebanyakan saham mahal ini terdiri daripada syarikat yang mempunyai fundamental yang baik dan mampu menjana keuntungan yang konsisten. 

Ada juga saham yang mahal ini tidak mempunyai fundamental yang baik kerana ianya datang daripada saham yang murah tetapi dimanipulasikan sehingga menjadi mahal dalam masa yang singkat. 

Saham mahal ini kurang mendapat perhatian pelabur runcit kerana harganya yang mahal. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa saham yang mahal akan jadi lagi mahal pada masa yang akan datang. 

Baca: Saham Mahal : Harga Saham Akan Terus Meningkat?

Saham yang berharga RM2.00 jika naik kepada RM2.50, pelabur hanya meraih keuntungan 25% walaupun kenaikan sebanyak RM0.50 sesaham. 

Jika modal pelabur tidak begitu besar pula, pelabur tidak dapat membeli dengan jumlah yang banyak.

Namun risiko pelabur lebih rendah kerana saham yang mahal ini jika tidak mempunyai masalah dalaman atau berita buruk, biasanya harganya akan lebih stabil untuk jangka masa yang panjang. 

Syarikat yang membuat keuntungan juga biasanya akan memberikan dividen kepada pemegang saham mereka sebagai tanda perhargaan mereka kepada pelabur. 

Saham mahal ini lebih sesuai kepada pelabur yang baru dan mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap dunia pelaburan ini.

Pelabur akan lebih tenang memiliki saham sebegini berbanding saham yang sangat volatile seperti saham penny. 

Jadi Nak Beli Yang Murah Atau Yang Mahal?

Untuk menjawab persoalan ini, ianya terserah sepenuhnya kepada pelabur. Tanya diri sendiri tahap penerimaan risiko anda dan juga apa matlamat pelaburan anda. 

Jika anda rasa anda hebat dan mempunyai bakat untuk menjana keuntungan yang konsisten, harga saham bukan isu utama kepada anda. 

Jika anda masih baru, lebih baik anda melabur dalam syarikat yang anda yakin dan kukuh dari segi perniagaan dan pendapatan. 

Saham adalah perniagaan dan bukannya perjudian. 

Pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup sebelum melabur agar modal anda tidak melebur.  

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share470ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In