Saham mahal ni susah nak buat untung, baik beli saham murah je
Lebih daripada 700 kaunter saham yang patuh syariah didagangkan di Bursa Malaysia dan setiap satu saham mempunyai harga yang berbeza. Ada saham yang berharga sangat murah, tidak kurang juga ada saham yang berharga sangat premium dan kurang digemari oleh pelabur runcit.
Harga saham yang diapungkan di pasaran ditentukan oleh bekalan dan permintaan semasa. Semakin banyak permintaan, semakin mahal harga saham tersebut dan begitu juga sebaliknya.
Ada pelabur yang tidak gemar saham yang mahal kerana mereka hanya mampu membeli dengan jumlah yang sedikit dan lambat untuk mendapatkan keuntungan.
Pelabur jenis ini lebih suka saham-saham murah atau dikenali sebagai penny stock dengan harapan cepat mencapai keuntungan yang dihajati.
Sumber: iStock
Sebenarnya semakin murah harga saham tersebut, semakin tinggi risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur.
Saham yang berharga RM0.20 sen jika jatuh sebanyak RM0.05 menjadi RM0.15, kerugian kasar pelabur mencecah sehingga 25%.
Berbeza dengan saham yang berharga RM1.00, jika mengalami kejatuhan harga yang sama iaitu sebanyak RM0.05 sesaham, kerugian pelabur alami hanyalah 5% sahaja.
Saham Mahal Tak Boleh Untung Besar
Sumber: iStock
Ramai yang beranggapan bahawa jika membeli saham mahal ini, sukar untuk menjana keuntungan atas dua sebab utama iaitu:-
- Tidak dapat membeli dengan jumlah yang banyak
- Perubahan harga saham yang perlahan
Atas dua sebab ini, mereka lebih rela perjudikan nasib membeli saham-saham murah walaupun tidak mempunyai pengalaman dan kecekapan yang baik dalam dunia pelaburan ini.
Persoalannya, betul ke saham mahal ini tidak mampu menjana keuntungan kepada pelabur?
Saham Mahal Menjadi Lagi Mahal
Realiti yang jarang pelabur runcit sedar sebenarnya saham yang dikatakan mahal dahulu, hari ini harga saham tersebut menjadi lebih mahal.
Ada saham yang berharga RM5.38 dahulu dan meningkat sebanyak 80.3% kurang daripada setahun menjadi RM9.70 seunit.
Jika kita mempunyai modal sebanyak RM2,000 untuk melabur, kita mampu membeli sebanyak 3 lot saham ini dengan anggaran kos sebanyak RM1,625. Kurang daripada setahun pulangan lebih daripada 80% ini mampu memberikan pulangan bersih lebih daripada RM900.
Sama juga dengan saham diatas yang cuma berharga RM2.10 pada hujung bulan Disember tahun lepas, hari ini harga saham ini mencecah RM5.14 dan ianya merupakan kenaikan harga lebih daripada 140% dalam masa kurang setahun.
Dengan modal sebanyak RM2,000, kita mampu membeli sebanyak 9 lot saham ini.
Hari ini nilai pelaburan tersebut menjadi sekitar RM4,626 dan pulangan bersih sekitar RM2,720 dalam masa kurang daripada setahun.
Satu lagi saham yang berharga RM1.76 pada hari pertama diapungkan telah mencatatkan kenaikan harga tertinggi sehingga 142% dalam masa lebih kurang enam bulan menjadi RM4.26 seunit.
Dengan modal RM2,000 kita boleh menggunakan modal sekitar RM1950 untuk memiliki 11 lot saham ini. Jika kita menjual pada harga tertinggi yang pernah dicatatkan pada RM4.26, pulangan bersih sekitar RM2,730 dalam masa 6 bulan sahaja.
Banyak lagi saham yang dikatakan mahal dan tidak mendapat perhatian pelabur runcit mencatatkan peningkatan yang sangat memberangsangkan sehingga ada yang menjadi komponen terbaru FBM KLCI baru-baru ini.
Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?
Tetapi awas, pergerakan harga saham ini juga perlu diawasi dengan berita-berita tentang syarikat. Jika syarikat mempunyai berita yang kurang baik seperti masalah pengurusan atau masalah dalaman, tidak mustahil saham yang mahal juga akan jatuh menjadi saham penny dalam sekelip mata.
Sebelum anda membuat sebarang pelaburan, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup dan strategi pelaburan yang sesuai dengan diri anda.
Jadilah pelabur bijak,jangan takut dengan saham bangsawan.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





