• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

3 Sebab Pasaran Saham Tempatan Masih Merah

in Market Update
A A
3 Sebab Pasaran Saham Tempatan Masih Merah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saya percaya ramai pelabur yang sedang panik melihat pasaran saham ketika ini. Saban hari pasaran saham tempatan hanya berwarna merah sehinggakan kita sebagai pelabur rasa hendak muntah melihat warna merah portfolio kita.

Masih ingatkah anda dengan pasaran saham kita pada bulan Mac 2020 yang lalu? Ketika itu, semua saham di Bursa Malaysia mengalami kejatuhan yang amat dahsyat sehingga majoriti saham menjunam lebih 50% daripada harga asalnya.

Sumber :

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa situasi yang berlaku pada masa ini menunjukkan perkara yang hampir sama bakal berlaku. Saham-saham di Bursa Malaysia dijual setiap hari dan foreign investor telah keluar dari Bursa Malaysia hampir setiap hari. 

Akhirnya yang tinggal dalam Bursa Malaysia adalah pelabur runcit yang terus bertahan dalam pelaburan saham. Mari lihat 3 sebab pasaran saham tempatan terus menjunam.

1. Dana Asing Terus Keluar Dari Bursa Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Statistik yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia sendiri telah menunjukkan pada bulan Julai 2021, pelabur runcit tempatan mendominasi pasaran Bursa Malaysia. Nilai jualan pelabur asing mengatasi nilai belian dalam pasaran saham. Penglibatan pelabur runcit asing juga amatlah kecil dalam pasaran saham tempatan. 

Daripada keseluruhan jumlah nilai yang didagangkan, pelabur runcit tempatan menguasai pasaran dengan 37.54%. Pelabur institusi luar negara pula merangkumi sebanyak 16.86%. Penglibatan pelabur runcit asing pula hanyalah sebanyak 0.36%.

Kekurangan pelabur runcit asing dalam Bursa Malaysia banyak memberi kesan negatif kerana Bursa Malaysia tidak lagi meriah dan pelabur runcit tidak mempunyai dana yang besar seperti pelabur institusi untuk terus menyokong harga saham daripada terus jatuh. 

Kesannya? Selagi pasaran saham tempatan tidak berjaya menarik minat pelabur asing untuk melabur maka selagi itulah pelabur runcit tempatan akan terus mendominasi Bursa Malaysia.

2. Sentimen Peningkatan Jumlah Kes Covid-19

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Peningkatan jumlah kes Covid-19 Malaysia telah berada di tahap yang membimbangkan. Setakat 29 Julai 2021, jumlah kes Covid-19 dalam negara kita telah mencecah lebih 1 juta kes yang telah dilaporkan. Kes harian pada 29 Julai pula adalah sebanyak 17,170 orang.

Ketika bilangan orang yang dijangkiti wabak ini semakin meningkat, sudah tentu pelabur mengambil langkah berhati-hati sebelum masuk ke dalam pasaran. 

Pelabur yang bersifat defensif pula akan bertindak menjual pegangan terlebih dahulu untuk menyelamatkan modal pelaburan. Sekiranya ramai pelabur mempunyai mindset dan strategi yang sama, maka tidak mustahil pasaran saham akan terus membuat penurunan.

Jika anda perasan setiap kali kes Covid-19 meningkat, pasaran saham akan menjadi sangat volatile pada hari tersebut. Ia diburukkan lagi apabila jumlah yang diumumkan pada hari tersebut adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam satu hari.

Pelabur akan menjadi sangat bimbang dengan situasi seperti ini dan mereka berasa risau dengan keadaan ekonomi sekiranya jumlah terus bertambah. Malah terdapat desakan untuk meminta sektor perkilangan untuk tutup sementara bagi memastikan isu Covid-19 dapat dikawal dengan lebih baik.

Sekiranya ini dilaksanakan kelak, ekonomi negara akan lumpuh kerana industri perkilangan merupakan antara penyumbang utama ekonomi negara dan negara akan hilang berbilion ringgit setiap hari apabila kilang-kilang ini tidak beroperasi.

Para pelabur pastinya tidak mahu ekonomi negara terjejas kerana ia akan mengganggu emosi pelabur tempatan dan asing yang seterusnya tidak mahu melabur dalam pasaran saham.

Walaubagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia harus terus mengikut SOP yang telah disediakan dan memberi kerjasama kepada semua petugas barisan hadapan untuk melaksanakan tugas mereka.

3. Politik Negara Yang Kurang Stabil

Sumber: New Straits Times

Pada kebiasaannya kestabilan politik sesebuah negara memainkan peranan penting dalam menentukan ekonomi sesebuah negara. Hal yang sama juga sedikit sebanyak mempengaruhi hala tuju pasaran saham di negara tersebut.

Sebagai contoh, pasaran saham Wall Street naik dan turun menjelang pilihan raya presiden Amerika yang lalu. Selain itu, debat yang diadakan antara Trump dan Biden sebelum pilihan raya turut menjejaskan pasaran saham. Persaingan sengit di antara dua calon presiden ini ketika itu menyukarkan pelabur untuk menjangka siapa yang akan memenangi pilihan raya presiden tersebut. 

Baca: Debat Presiden Amerika Syarikat Dan Kesannya Kepada Pasaran Saham

Itu di Wall Street. Bagaimana pula di Malaysia?

Malaysia turut tidak terkecuali dalam isu-isu politik yang hangat diperkatakan rakyat.

Baca : Pencetus perubahan landskap politik Malaysia

Bermula dengan Langkah Sheraton yang berlaku beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, Pilihan Raya Negeri Sabah, tempoh proklamasi darurat dan pemimpin-pemimpin politik yang seringkali membuat sidang media sangat mempengaruhi pergerakan harga saham secara keseluruhan.

Akhir-akhir ini kemelut politik Malaysia dilihat semakin membimbangkan rakyat yang mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil. 

Kemelut politik negara ketika ini perlu dilihat kepada kesan jangka masa panjang ke atas ekonomi negara. 

Adakah pelabur asing akan mahu melabur dalam negara dengan keadaan politik negara yang kurang stabil? Jawapannya, sudah tentu tidak. Pelabur asing  tidak akan merisikokan dana mereka yang besar ke dalam sebuah negara yang tidak dapat mengawal politik dan ekonomi sendiri.

Satu fakta menarik mengenai negara jiran kita iaitu Indonesia. Sejak kebelakangan ini Indonesia dilaporkan terus menarik kemasukan pelaburan asing ke dalam negara tersebut. 

Presiden Joko Widodo menyasarkan USD200 bilion untuk dana kekayaan baharu Indonesia pada dua hingga tiga tahun akan datang bagi mendorong ekonomi negara itu.

Menurut Presiden Jokowi, pihak kerajaan Indonesia telah mengadakan perbincangan dengan 50 pengurus dana dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada yang berjanji untuk membantu meningkatkan dana kepada USD20 bilion dalam masa enam bulan. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share463ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In