• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, January 21, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Global

Debat Presiden Amerika Syarikat Dan Kesannya Kepada Pasaran Saham

by Mohd Qhassimi
19/01/2021
in Global
5 min read
Debat Presiden Amerika Syarikat Dan Kesannya Kepada Pasaran Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Rabu 30 September 2020, 9 pagi waktu tempatan Malaysia, siaran langsung Debat Presiden Amerika Syarikat telah ke udara selama dua jam dan menjadi siaran tumpuan serata dunia. Debat yang berlangsung adalah di antara Donald Trump dan Joe Biden.

Pelbagai topik yang diketengahkan sepanjang debat ini, daripada hal pandemik Covid-19, Fed Tax sehinggalah peristiwa gelap negara iaitu Black Lives Matter.

Sumber Gambar : Miami Herald

Apa Itu Debat Presiden Amerika Syarikat?

Debat Presiden Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai US Presidential Debate adalah debat awam yang diadakan sebelum pilihan raya umum Amerika Syarikat diadakan. Kebiasaannya, debat ini akan diadakan sebanyak 3 sesi dan seorang wakil daripada setiap dua parti besar akan bertemu di hadapan khalayak ramai untuk berdebat ideologi parti masing–masing, seperti wakil Parti Republik, Donald Trump dan Joe Biden pula mewakili Parti Demokrat.

Berkaitan

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

Top 5 Saham Sektor Kesihatan Paling Untung Di Wall Street Bagi Tahun 2020

Untuk pengetahuan semua, seluruh rakyat Amerika Syarikat bakal memilih parti dan presiden mereka pada tanggal 3 November tahun ini.

Sejarah Ringkas Debat Presiden Amerika Syarikat

Menyingkap kembali sejarah Debat Presiden AS, tertulis sejarah pertama debat di antara dua calon Presiden iaitu Abraham Lincoln dan Stephen A. Douglas pada tahun 1858 dan ianya berlangsung selama 7 sesi! Ianya tidaklah seformal debat pada hari ini, namun cukup signifikan dan melakar sejarah perdebatan umum sehinggalah.

Tujuan umumnya untuk mencipta negara yang demokrasi, toleransi serta harmoni di antara parti–parti politik, perdebatan ilmiah serta memberikan pandangan kepada rakyat tentang masa hadapan negara dengan ideologi–ideologi bagi setiap parti dan presiden yang bakal mereka pilih.

Sumber Gambar : Thoughtco

Harus diingat, Amerika Syarikat tidak mengamalkan sistem berparlimen seperti negara kita Malaysia. Maka, setiap rakyat AS mempunyai hak untuk mengundi siapa Presiden mereka. Berbeza dengan kita, kita tiada kuasa untuk menentukan siapa Perdana Menteri kita.

Reaksi Pasaran Saham Amerika Syarikat

Sumber Gambar : Mario Tama/Getty Images

Para pelabur termasuklah pengurus dana syarikat–syarikat ternama juga menantikan intipati perdebatan di antara dua wakil tersebut apatah lagi siapa Presiden mereka setelah pilihan raya diadakan kelak. Hal ini kerana, masing–masing mempunyai ideologi, manifesto dan polisi luar negara yang bakal mencorakkan masa hadapan negara.

Sebagai contoh, Trump seorang pendokong perkembangan industri minyak dan gas dengan mempromosi lebih banyak cari gali di rantau Florida. Beliau juga tidak percaya dengan Kesan Gas Hijau dan menolak kerjasama Tesla bagi pengurangan pelepasan karbon dioksida. Bahkan pada 2 June 2017, Trump mewakili Amerika Syarikat menarik diri daripada penyertaan Paris Agreement.

Berbeza pula dengan Joe Biden, beliau berjanji tahun 2050 merupakan tahun di mana sumber utama elektrik di Amerika Syarikat bebas daripada penggunaan minyak dan gas.

Daripada sudut polisi perdagangan luar negara, Joe Biden lebih liberal dan mengamalkan konsep keterbukaan demi kebaikan ekonomi dunia bersama berbanding Trump yang ‘memilih’ atau bersifat ‘eksklusif’ terhadap diplomasi perdagangan sehingga mengenakan tarif yang tinggi terhadap China.

Kebiasaannya Debat Presiden memberikan petanda positif terhadap pasaran AS, namun bukan kali ini.

Kita boleh melihat secara langsung reaksi pasaran hadapan (futures) Amerika Syarikat sepanjang perdebatan ini. Mata hadapan Dow (Dow Futures) jatuh sehingga 200 mata, manakalan hadapan S&P 500 (S&P 500 futures) jatuh -0.38% dan hadapan NASDAQ (NASDAQ 100 futures) jatuh -0.48% menandakan reaksi negatif terhadap perdebatan kali ini.

Pergerakan harga yang sangat volatile pada indeks hadapan S&P 500. Sumber Gambar : TradingView

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?

Jom belajar dengan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA), pelabur tegar Wall Street.

Webinar Saham WALL STREET
(Ini adalah kelas intensif)

ANTARA ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Share251Tweet157Share

Related Posts

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

by Ronnie Chai
19/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?