Ramai orang mempunyai stigma yang salah mengenai pelaburan saham. Salah satu daripadanya adalah tiada masa untuk tengok harga saham setiap masa.
Adakah benar seorang pelabur dan pedagang perlu duduk di hadapan skrin sepanjang masa?
Sebenarnya anda tidak perlu memerhatikan saham selalu sangat. Cukuplah ketika anda membuat kajian saham, membeli saham dan menjual saham.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Salah satu sebab ramai orang mengatakan mereka tiada masa untuk melabur saham adalah kerana mereka bekerja di sebelah siang dan pasaran saham Bursa Malaysia pula dibuka pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Jika anda tidak mempunyai banyak masa, maka sesuailah untuk ikut strategi swing trader. Seorang swing trader biasanya akan menyimpan saham selama beberapa hari atau berminggu-minggu.
Nak tahu apa rutin harian seorang swing trader?
1. Buat kajian saham sebelum pasaran dibuka & waktu pasaran ditutup
Kebanyakan yang menggunakan teknik swing adalah daripada mereka yang bekerja sepenuh masa. Mereka ini mempunyai waktu yang terhad untuk mengkaji carta dan melihat pergerakan harga saham secara live.
Namun, itu tidak bermakna golongan ini langsung tidak boleh terlibat dalam pasaran saham.
Salah satu cara seorang swing trader membuat kajian saham adalah ketika di luar waktu bekerja iaitu di sebelah pagi sebelum pasaran dibuka dan di sebelah malam ketika pasaran telah ditutup.
Ketika pasaran ditutup, harga tidak akan berubah maka senang untuk kita mengkaji carta.
Disiplinkan diri anda untuk membuat homework sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Pelbagai kajian yang anda boleh lakukan seperti analisis fundamental, analisis teknikal dan membaca berita global serta tempatan.
2. Buat watchlist
Bila dah buat kajian fundamental & teknikal terhadap saham, jangan lupa untuk buat watchlist bagi saham yang anda telah kaji.
Terdapat beberapa cara untuk buat watchlist. Mari saya kongsikan tips membuat watchlist. Anda boleh membuat watchlist bergantung kepada keselesaan anda.
- Top 50 saham kajian
- Watchlist mengikut sektor / industri
3. Queue order ‘Buy’
Siapa kata kita tak boleh beli saham walaupun pasaran sedang ditutup? Walaupun pasaran tidak dibuka di sebelah malam, pelabur boleh meletakkan queue order dan menetapkan “Good Till Date”(GTD).
“Good Till Date” sesuai digunapakai oleh pelabur yang tiada masa melihat harga saham secara live. Jika anda guna “GTD” order buy atau sell, order tersebut sah untuk jangka masa yang lebih lama.
Sebagai contoh, anda mahu membeli saham A pada harga yang lebih murah. Disebabkan harga tersebut masih lagi mahal, anda boleh tetapkan order anda sehingga hujung bulan untuk memastikan order anda kekal berada di dalam sistem dan anda tidak perlu memasukkan order setiap hari.
Jika harga berjaya matched pada order anda, maka anda akan berjaya mendapat saham tersebut manakala sekiranya order anda tidak berjaya, order anda akan dibawa keesokan harinya.
Majoriti trading platform mempunyai fungsi GTD.

Sumber: CGS-CIMB iTrade
Untuk pengetahuan anda, GTD ini juga boleh digunakan semasa hendak menjual saham.
4. Tetapkan “Stop Loss” atau “Take Profit”

Sumber: CGS-CIMB iTrade
Setelah anda berjaya mendapatkan saham pada harga yang anda mahukan, anda boleh terus memilih untuk menetapkan “stop loss” sekiranya anda risau yang harga saham jatuh dengan mendadak ketika anda sedang bekerja. Dengan cara ini, anda boleh minimakan kerugian anda.
Jangan lupa untuk tukar “Order Type” anda kepada “Stop Limit”.
Selain itu sekiranya saham tersebut sedang berada dalam fasa uptrend, anda boleh tetapkan harga yang lebih tinggi untuk ambil keuntungan anda apabila harga saham berjaya mencecah harga tersebut. Caranya, tetapkan harga yang anda nak jual. Kemudian, tetapkan GTD anda di bahagian “Validity”. Dengan cara ini, anda boleh jual saham anda ketika anda sedang bekerja.

Sumber: CGS-CIMB iTrade
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……