“Pernah dengar teknik belian buy on reversal?”
Reversal candlestick pattern adalah pembentukan candlestick yang boleh menjadi isyarat yang menjangkakan pergerakan sesuatu harga saham di masa hadapan.
Apabila harga sedang membuat fasa penurunan, kemunculan reversal candlestick akan memberikan isyarat bahawa perubahan trend pasaran akan berubah kepada fasa kenaikan.
Sebaliknya pula apabila harga saham tersebut sedang membuat fasa kenaikan, kemunculan reversal candlestick ini memberikan isyarat bahawa pergerakan harga akan bertukar kepada fasa kejatuhan.
Reversal candlestick ini juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
- Bullish Reversal Candlestick
- Bearish Reversal Candlestick
Bullish reversal candlestick memberikan isyarat jangkaan kenaikan harga saham manakala bearish reversal candlestick pula memberi isyarat penurunan harga sesuatu saham berkenaan.
Baca: Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui
Kenali Bullish Reversal Candlestick
Antara bentuk bullish reversal candlestick yang popular dan sering kita temui adalah seperti:-
- Hammer
- Bullish Engulfing
- Morning Star
Antara pembentukan bullish candlestick yang lain adalah seperti gambar diatas. Ianya terbentuk ketika harga saham sedang membuat fasa downtrend atau mark-down.
Kenali Bearish Reversal Candlestick
Antara bentuk bearish reversal candlestick yang popular dan sering kita temui adalah seperti:-
- Hanging man
- Bearish Engulfing
- Evening Star
Antara pembentukan bullish candlestick yang lain adalah seperti gambar diatas. Ianya terbentuk ketika harga saham sedang membuat fasa uptrend atau mark-up.
Reversal candlestick ini terbentuk dalam pelbagai cara, ada yang terbentuk dengan hanya sebatang candlestick seperti hammer, ada juga yang terbentuk dengan dua batang candlestick seperti engulfing.
Malah ada juga reversal candlestick ini terbentuk dengan tiga batang candlestick seperti morning star dan juga evening star.
Untung 10% Sehari Dengan Kemunculan Morning Star
Morning star adalah salah satu bullish reversal candlestick yang terbentuk untuk menandakan perubahan trend sesuatu saham.
Sumber :
Seperti carta diatas, pembentukan morning star terbentuk pada awal bulan Julai 2021 selepas saham ini mengalami kejatuhan yang teruk pada bulan sebelumnya.
Bullish candlestick morning star yang muncul menandakan kenaikan harga saham ini di masa hadapan dengan perubahan trend yang akan berlaku daripada downtrend kepada uptrend.
Sumber: Portfolio Hazim Rosman
Hasilnya, pembelian pada harga RM0.485 ini telah berjaya meraih keuntungan lebih daripada 10% kurang daripada 24 jam.
Teknik ini nampak mudah namun pengetahuan asas sebenarnya yang sangat penting dalam membuat keputusan pelaburan ini.
Bukan semua pembentukan reversal candlestick ini akan berjaya, ada kemungkinan ianya memberi false signal. Keadaan semasa pasaran juga memainkan peranan sangat penting untuk menentukan hala tuju harga saham ini.
Untuk mengetahui rahsia teknik belian reversal candlestick ini, dapatkan eBook Reversal Candlestick kami pada link dibawah.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal
Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!
Miliki eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick




