• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Syarikat Sektor Utiliti Yang Memberikan Dividen Lebih 5% Setahun

in Fundamental Analisis
A A
Syarikat Sektor Utiliti Yang Memberikan Dividen Lebih 5% Setahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Tenaga Nasional pernah memberikan dividen sehingga RM1.00 setahun

Semestinya semua pelabur mengharapkan keuntungan dalam pelaburan mereka. Ada yang mengharapkan keuntungan daripada pemberian dividen ada juga yang mengharapkan keuntungan dari capital gain. 

Untuk mereka yang mengharapkan pemberian dividen daripada syarikat, pelabur wajib tahu dan membezakan antara Dividend Per Share (DPS) dan Dividend Yield (DY).

Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)? 

Pelabur juga perlu pandai memilih syarikat jika mengharapkan pulangan dividen kerana pemberian dividen ini tidak wajib dilaksanakan oleh syarikat. Antara cara mudah untuk memilih syarikat yang membayar dividen adalah seperti:-

  • Syarikat yang berada dalam sektor defensif
  • Syarikat yang memberikan dividen secara konsisten
  • Syarikat yang mempunyai fundamental yang kukuh

Semua ciri-ciri yang disenaraikan di atas boleh dijumpai pada saham-saham di sektor utiliti. Jadi mari kita lihat tiga saham sektor utiliti yang memberikan dividen lebih daripada 5% setahun.  

Tenaga Nasional Berhad (TENAGA) 

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Sebut sahaja Tenaga Nasional Berhad (TENAGA), siapa tak kenal dengan syarikat pembekal tenaga elektrik ke rumah dan premis kita di seluruh Malaysia ini. 

TENAGA mempunyai perniagaan yang kukuh sentiasa berinovatif untuk perniagaan kini mempunyai modal pasaran bernilai RM55.7 bilion. 

Sumber: KLSE Screener

Dari segi pembayaran dividen, TENAGA merupakan syarikat yang memberikan dividen secara konsisten kepada pelabur mereka. Jumlah dividen yang diberikan juga merupakan antara yang tertinggi berbanding syarikat lain. 

Untuk pemberian dividen pada tahun 2020, TENAGA telah membayar dividen sebanyak RM0.80 untuk satu unit saham yang dimiliki oleh pelabur mereka. 

Jika dibahagikan dengan harga saham TENAGA ketika ini sekitar RM9.72 sesaham, kadar dividen terkini untuk TENAGA adalah sebanyak 8.2%.

Ini bermakna jika pelabur mempunyai modal sebanyak RM1,000 dan gunakan kesemuanya untuk melabur dalam saham TENAGA, pelabur akan mendapat pulangan dividen sebanyak RM82 setahun. 

Petronas Gas Berhad (PETGAS)

Petronas Gas Berhad (PETGAS) merupakan syarikat yang dimiliki oleh Petronas Nasional Berhad yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama seperti:-

  • Pemprosesan gas
  • Pengangkutan gas
  • Utiliti 
  • Regasification

Syarikat ini mempunyai modal pasaran anggaran sekitar RM30.9 bilion merupakan syarikat yang memberikan dividen secara konsisten sejak tahun 2012 sehingga ke tahun kewangan terkini. 

Sumber: KLSE Screener

Jika kita perhatikan jumlah pemberian dividen oleh PETGAS seperti di atas, jumlahnya meningkat hampir setiap tahun. Untuk tahun kewangan 2020, PETGAS telah membayar dividen sebanyak RM1.27 sesaham dan ianya merupakan bayaran dividen tertinggi sejak 8 tahun terkini.  

Jika dibahagikan dengan harga saham ini pada hari ini sekitar RM15.60, kadar dividen syarikat ini adalah sekitar 8.1%. 

Secara teorinya, dengan modal sebanyak RM1,000 pelabur akan mendapat pulangan dividen sekitar RM81 setahun. 

Namun di Malaysia, minima pembelian adalah 1 lot atau bersamaan dengan 100 unit. Dengan harga saham melebih RM10.00, pelabur memerlukan modal lebih daripada RM1,000 untuk mula melabur. 

Taliworks Corporation Berhad (TALIWRK)

Sumber: The Malaysia Reserve

Taliworks Corporation (TALIWRK) merupakan syarikat yang mengendalikan rawatan air, pengurusan sisa , pembinaan dan pengurusan tol. 

Syarikat ini mempunyai modal pasaran bernilai 1.7 bilion dan antara syarikat yang tak pernah putus memberikan dividen kepada pelabur mereka sejak tahun 2021 lagi. 

Sumber: KLSE Screener

Jumlah dividen yang diberikan oleh syarikat ini tidak sebanyak dividen yang diberikan oleh dua syarikat di atas. Pada tahun kewangan terkini, dividen yang diberikan oleh TALIWRK adalah sebanyak 6.6 sen sahaja. 

Namun oleh kerana harga saham ini juga tidak semahal dua saham yang diterangkan diatas iaitu bernilai sekitar RM0.86 sahaja, kadar dividen TALIWRK boleh dikatakan agak tinggi berbanding saham-saham lain.

Jika dibahagikan harga saham terkini dengan dividen seperti diatas, kadar dividen adalah sebanyak 7.67%.

Ini bermakna jika pelabur mempunyai modal RM1,000 dan menggunakan kesemuanya untuk membeli saham TALIWRK, pelabur akan mendapat RM76.7 setahun. 

Baca: Syarikat Sektor Pengguna Yang Memberikan Dividen Lebih Daripada 5% Setahun

Sebelum melabur dalam mana-mana saham, pelabur perlu mengambil tahu dan mendalami ilmu pelaburan terlebih dahulu. 

Kadar dividen yang kita lihat hari ini tidak akan sama pada hari-hari berikutnya dan jumlah pemberian dividen daripada syarikat juga bergantung kepada keputusan pengurusan syarikat. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share451ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In