• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Syarikat Sektor Pengguna Yang Memberikan Dividen Lebih Daripada 5% Setahun

in Fundamental Analisis
A A
Syarikat Sektor Pengguna Yang Memberikan Dividen Lebih Daripada 5% Setahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kaunter apa yang boleh dapat dividen tinggi?

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat dua cara untuk meraih keuntungan kepada pelabur. Caranya adalah:-

  • Capital gain 
  • Dividen

Capital gain adalah keuntungan daripada kenaikan harga saham yang dimiliki. Misalnya pelabur membeli saham pada harga RM1.00, kemudian harga saham tersebut meningkat menjadi RM1.50 sesaham. 

Dividen pula adalah pemberian syarikat sebagai tanda penghargaan kepada pemegang saham mereka dengan mengagihkan sebahagian keuntungan syarikat kepada pelaburnya. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Artikel kali ini akan fokus kepada syarikat dalam sektor pengguna yang memberikan dividen lebih daripada 5% setahun. 

Sebelum itu, pembaca perlu mengetahui apa beza Dividend Per Share dan Dividend Yield. 

Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)? 

Mari kita lihat tiga buah syarikat di sektor produk dan perkhidmatan pengguna yang memberikan dividen lebih daripada 5% setahun. 

Hupseng Industries Berhad (HUPSENG)

Biasa dengar biskut Hupseng Cap Ping Pong? Syarikat biskut terkenal ini mempunyai modal pasaran lebih daripada RM750 juta. 

Syarikat ini tersenarai di papan utama pasaran saham sejak tahun 2002 lagi. Harga saham syarikat ini adalah sekitar RM0.95 ketika artikel ini ditulis. 

Sumber: KLSE Screener

Hup Seng Industries Berhad juga merupakan syarikat yang kerap memberi dividen kepada pemegang saham mereka. 

Hup Seng telah mengagihkan dividen sebanyak 6 sen sesaham secara konsisten sejak tahun 2015 hingga tahun kewangan terkini. 

Sumber: KLSE Screener

Dengan harga saham semasa Hup Seng sekitar RM0.95 seunit, kadar dividen syarikat ini adalah sekitar 6.35%. 

Bila melabur RM1,000 dalam saham syarikat ini, anda bakal menerima dividen sekitar RM63.50. 

Jaycorp Berhad (JAYCORP)

Jaycorp Berhad merupakan syarikat dalam sektor pengguna yang mengusahakan perniagaan perabot di Malaysia. 

Syarikat ini mula didagangkan di pasaran utama pada 2003 dan terkini, syarikat ini mempunyai modal pasaran sekitar RM220 juta. 

Sumber: KLSE Screener

JAYCORP antara syarikat yang memberikan dividen secara konsisten kepada pelabur mereka sejak tahun 2012. Pemberian dividen melebihi 5 sen sesaham bermula pada tahun 2016. 

Pada tahun 2020, JAYCORP telah memberikan dividen sebanyak 10 sen sesaham kepada pelabur mereka. 

Jika dibahagikan dengan harga semasa saham Jaycorp ini sekitar RM1.640, kadar dividen syarikat ini adalah sebanyak 6.10% sesaham. 

Ini bermakna, jika nilai pelaburan anda sebanyak RM1,000, anda akan mendapat dividen sekitar RM60.10. 

FORMOSA PROSONIC INDUSTRIES BERHAD (FPI)

Satu lagi syarikat dalam sektor pengguna yang memberikan dividen lebih daripada 5% setahun adalah syarikat Formosa Prosonic Industries Berhad (FPI). Syarikat ini merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan dan jualan speaker.

Syarikat ini beroperasi lebih daripada satu negara dan mempunyai nilai pasaran sekitar RM650 juta dan harga saham semasa syarikat ini sekitar RM2.66 sesaham. 

Sumber: KLSE Screener

FPI tidak pernah terlepas daripada memberikan dividen kepada pemegang saham mereka sejak tahun 2011 sehingga tahun kewangan terkini. 

Nilai dividen yang diberikan FPI mulai meningkat secara konsisten sejak tahun 2016 sehingga tahun kewangan terkini daripada 6 sen sesaham kepada 14 sen sesaham. 

Harga semasa saham FPI adalah sekitar RM2.66 sesaham. Jika dibahagikan dengan nilai dividen sesaham, kadar dividen FPI adalah sekitar 5.25%. 

Jika anda mempunyai nilai pelaburan sebanyak RM1,000 dalam syarikat FPI, anda akan menerima dividen sekitar RM52.50. 

Berikut merupakan tiga syarikat yang memberikan dividen secara konsisten kepada pelabur mereka dengan kadar dividen lebih daripada 5% setahun. 

Kadar dividen ini juga berubah-ubah setiap hari bergantung kepada perubahan harga semasa saham ini. 

Jangan bergantung kepada nilai dividen yang dipaparkan kerana nilai dividen yang akan datang belum tentu sama dengan nilai sekarang. 

Apa-apa pun, sebelum melabur pastikan anda tahu dan faham instrumen pelaburan anda. Sebelum melabur anda perlu tahu bahawa  pemberian dividen bukanlah satu kewajipan kepada syarikat. Ianya hanyalah sebagai tanda penghargaan syarikat kepada para pelabur. 

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Saham yang disebut hanyalah untuk tujuan pendidikan dan bukanlah saranan belian atau jualan. Sebarang tindakan untuk melabur adalah keputusan dan tanggungjawab anda.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share848ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In