Apa yang anda akan lakukan jika ternampak bearish reversal candlestick? Anda akan hold atau jual?
Bagi yang pilih hold, anda melakukan kesilapan besar kerana carta telah memberitahu anda apa yang bakal berlaku.
Sebaiknya anda bersiap sedia untuk menjual saham anda sekiranya anda nampak bearish reversal candlestick.
Terdapat sebuah saham yang membuat kenaikan setelah ‘split share’. Namun, uptrend tersebut berakhir setelah Shooting Star terbentuk.
Saya percaya ramai yang mengejar harga saham ini ketika saham ini membuat candlestick Shooting Star. Dipercayai ramai juga yang tersangkut di puncak bahagia.

Sumber:
Shooting Star terhasil apabila harga saham naik tinggi di awal sesi dagangan tetapi berlaku tekanan jualan di sesi sebelah petang oleh seller untuk mengambil keuntungan yang telah dibuat. Sebab itulah, kebanyakan guru saham yang mengajar kita untuk membeli di sebelah petang kerana candlestick akan terbentuk hampir sepenuhnya di sebelah petang.
Di sebelah pagi, anda mungkin melihat Morubozu yang cantik. Namun, tiada siapa tahu jika seller bertindak untuk menjual saham di sebelah petang seperti saham ini dan akhirnya Morubozu tadi bertukar menjadi Shooting Star.
Ekor candlestick yang panjang di sebelah atas badan candlestick memberitahu kita yang penjual adalah lebih ramai daripada pembeli. Lihat apa yang terjadi pada keesokan harinya. Saham ini terus menerima tekanan jualan dan candlestick mematahkan paras sokongan.
Jika hari pertama tadi, kita dah nampak candlestick Shooting Star. Hari kedua pula, harga saham telah jatuh melepasi paras sokongan. Terdapat dua signal jual setakat hari kedua.
Tak pasti apa yang berada dalam fikiran pelabur yang memiliki saham ini dan tidak menjualnya. Seller terus menjual saham ini sejak hari tersebut. Pada hari ketiga dan keempat, candlestick saham ini terus menjunam dan mematahkan kedua-dua garisan EMA50 dan EMA200.
Sekiranya candlestick berada di bawah EMA50 dan EMA200, ini bermakna saham ini sedang berada dalam fasa bearish. Potensi untuk saham ini meneruskan downtrend juga tinggi. Harga semasa saham ini setakat artikel ini ditulis adalah RM0.115.
Bayangkan ada pelabur yang tersangkut pada puncak harga RM0.590. Perbezaan harga puncak dan harga semasa adalah -80.51%.
Terdapat tiga sell signal yang kita boleh lihat pada carta iaitu:
- Shooting Star
- Patah support
- Harga di bawah EMA50 dan EMA200
Pengajarannya di sini adalah elakkan daripada membeli saham penny stock. Saham yang murah boleh menjadi semakin murah sekiranya tiada pembeli.
Seterusnya, jual saham yang kita miliki sekiranya terdapat sell signal. Saya percaya ramai sebenarnya yang mempunyai ilmu saham tetapi apabila sell signal muncul, mereka tidak sanggup untuk jual kerana akan rugi.
Jangan pula pandai entry tetapi tak reti nak jual bila harga saham sudah jelas jatuh teruk.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




