Pernah dengar terma “Trade Like A Shark”?
Trade Like A Shark adalah terma yang sering digunakan untuk memberi saranan kepada pelabur untuk melabur seperti jerung. Jerung pula adalah istilah yang merujuk kepada pelabur institusi yang mempunyai dana yang sangat besar. Jika di Malaysia, jerung terdiri daripada institusi seperti KWSP, KWAP, LTAT dan banyak lagi. Jika di luar negara pula ada Vanguard, Blackrock dan banyak lagi.
Sebelum membeli saham, pelabur institusi telah membuat kajian yang sangat mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor yang akan mempengaruhi pergerakan harga saham. Faktor-faktor yang diambil kira pula adalah seperti kadar inflasi, politik, keadaan industri, prestasi kewangan syarikat, perancangan syarikat, kadar dividen dan banyak lagi.
Baca : 3 Cara Cari Jerung Dalam Saham
Sebelum itu, jom ketahui perbezaan pelabur runcit dan pelabur institusi.
Perbezaan Pelabur Runcit & Pelabur Institusi
- Pelabur institusi membeli dan menjual saham bagi pihak kumpulan atau institusi. Contohnya, pelabur melabur duit dalam Vanguard dan Blackrock. Kemudian, pelabur institusi ini akan menggunakan wang tadi untuk melabur di mana-mana instrumen pelaburan dan salah satu daripanya adalah dalam pasaran saham.
- Pelabur runcit pula membeli dan menjual saham menggunakan akaun CDS masing-masing.
- Pelabur institusi mempunyai kelebihan dari segi sumber yang lebih besar seperti mempunyai penganalisis sepenuh masa yang bekerja bagi mereka untuk menganalisis saham-saham yang berpotensi.
- Pelabur runcit pula mempunyai sumber yang terhad dan bergantung kepada pengetahuan, skil dan pengalaman masing-masing.
- Pelabur institusi membeli saham dalam blok yang besar dan dalam jumlah jutaan unit.
- Pelabur runcit pula sering membeli saham dalam jumlah yang lebih kecil contohnya 100 – 100,000 unit.
Nak tahu apa saham yang dimiliki oleh Vanguard?
Baca : Top 10 Saham Pegangan Jerung Wall Street (Vanguard Group)
Contoh Saham Yang Dibeli Oleh Jerung
Saham Apple Inc (AAPL)
Sumber: Yahoo Finance
Lihat gambar rajah di atas. Pemegang saham utama bagi saham Apple Inc terdiri daripada pelabur institusi kesemuanya. Senarai 3 teratas pemegang saham utamanya pula memiliki saham Apple bernilai sehingga trilion dollar Amerika.
Data daripada Fintel menyatakan saham AAPL terdiri daripada 5640 pelabur institusi. Kesemua jerung ini jika digabungkan memiliki saham sebanyak 11,697,370,252 unit saham AAPL.
Kenapa pelabur institusi membeli saham AAPL
Pelabur institusi membeli saham AAPL dan diperuntukkan ke dalam ETFs (exchange-traded funds) serta mutual funds.
Sumber: Yahoo Finance
Selain itu, jerung membeli saham AAPL sudah tentu kerana pendapatan syarikat tersebut yang berjaya menarik minat jerung.
Ringkasan pendapatan Apple Inc adalah seperti berikut. Bagi suku kewangan yang berakhir pada 27 Mac 2021, perolehan Apple Inc meningkat sebanyak 34% kepada USD201.02 bilion. Pendapatan bersih pula meningkat sebanyak 56% kepada USD52.39 bilion.
Kestabilan perniagaan dan kewangan Apple memberikan kestabilan kepada harga sahamnya juga. Pada 1 Januari 2020, harga saham Apple hanyalah USD75.09. Kini harga saham Apple adalah USD139.96. Dalam tempoh tidak sampai 2 tahun, saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 86.39%. Anda bayangkan berapa banyak keuntungan yang berjaya dijana oleh jerung-jerung ini dengan jumlah saham yang banyak.
Pernah nampak pelabur institusi melabur dalam saham penny? Sudah tentulah jerung tidak sanggup mengambil risiko tersebut.
Selain daripada ciri-ciri fundamental yang kukuh, jerung akan menunggu waktu yang sesuai sebelum membeli saham dengan menggunakan analisis teknikal.
Nak Melabur Saham Berpotensi Seperti Jerung?

Jom sertai Tuan Mukhriz Mangsor pada 30 Julai 2021 di Webinar Trade Like A Shark untuk ketahui lebih lanjut bagaimana untuk melabur saham seperti jerung.
Kami ingin mengajak anda untuk belajar kenapa pelabur perlu mempertimbangkan saham-saham yang dipegang jerung terutamanya di Wall Street.
Jumpa anda di sana! Daftar Webinar Trade Like A Shark




