• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Teknik Cut Loss, Minimakan Kerugian

in Technical Analysis
A A
Teknik Cut Loss, Minimakan Kerugian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

‘Cut Loss’, satu perkara yang sangat mudah difahami namun paling sukar dilakukan oleh para pelabur dan pedagang. Pelabur atau pedagang biasanya menjual saham mereka apabila harga saham telah jatuh melebihi paras yang tidak sanggup ditanggung oleh mereka.

Sumber: pxfuel

Cut Loss adalah penting untuk anda minimakan kerugian yang dialami. Sebab itulah, namanya juga cut loss. Maknanya adalah kita hentikan kerugian kita setakat itu sahaja.

Sebagai contoh, Ali sedang mengalami kerugian sebanyak RM1,000. Sekiranya Ali menjual sahamnya pada harga semasa, Ali hanya akan rugi sebanyak RM1,000. Ali menghentikan kerugiannya setakat RM1,000 sahaja.

Sekiranya Ali tidak membuat cut loss, Ali berpotensi untuk mengalami kerugian yang lebih besar. Terdapat beberapa teknik untuk anda membuat cut loss dalam pelaburan saham. Di bawah merupakan beberapa contoh kepada anda.

1. Patah Support 

Sumber:

Kenapa cut loss ketika harga saham mematahkan paras support? Carta di atas menunjukkan apa yang terjadi sekiranya harga saham mematahkan support. 

Ini adalah kerana harga saham berpotensi jatuh lebih jauh ke bawah.

Support merupakan satu paras yang menahan harga saham daripada harga saham jatuh ke bawah.

Kebiasaannya apabila candlestick menyentuh paras support, harga saham akan melantun naik ke atas. Namun, ada kalanya harga saham juga boleh jatuh melebihi support.

Patah support merupakan satu sell signal yang kuat. Saham biasanya patah support apabila berlaku tekanan jualan daripada seller. 

Jika nak cut loss, anda boleh meletakkan cut loss 1-2 bid di bawah paras support. Hal ini kerana, saham juga berpotensi untuk membuat rebound sebaik sahaja menyentuh paras support. Sudah tentu kita tak mahu menjual saham kita dan tiba-tiba saham tersebut naik ke atas semula.Confirmation berlaku setelah harga saham jatuh melebih paras support.

2. Rugi Melebihi Paras 7%

Teknik ini mungkin berbeza bagi setiap pelabur. Setiap pelabur mempunyai risiko yang berbeza.  Tanya diri anda, berapa banyak yang anda sanggup untuk rugi?

Ada pelabur yang meletakkan 7%, ada yang 10% dan ada juga lebih daripada itu.

Pada pendapat penulis sekiranya saham anda telah jatuh melebihi 7% daripada harga yang anda beli, dinasihatkan agar anda jual dahulu saham anda. 

Bayangkan modal anda adalah sebanyak RM10,000. 7% daripada RM10,000 adalah sebanyak RM700. 

Bagaimana caranya untuk elakkan diri daripada asyik terpaksa cut loss? 

Ketika entry, kira dahulu risk & reward ratio anda. Pastikan nisbah potensi keuntungan adalah lebih tinggi daripada nisbah risiko anda.

Sekiranya anda seorang yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk perhatikan platform setiap masa, anda boleh menetapkan stop loss di trading platform anda.

Caranya adalah anda boleh menukarkan order type anda kepada stop limit. Stop limit membolehkan pelabur menetapkan satu harga untuk jual saham yang dipegang.

Sebagai contoh, Ali membeli saham pada harga RM1.00. Namun harga semasa saham tersebut adalah RM0.92.

Ali risau yang saham tersebut akan jatuh dengan lebih teruk. Ali tidak sanggup untuk menanggung kerugian yang lebih parah sekiranya harga saham jatuh melepasi RM0.90. 

Apa yang Ali lakukan adalah Ali pun menetapkan stop limit pada harga RM0.90 dan meletakkan sell order dalam sistem. 

Maksudnya di sini adalah sekiranya harga saham mencapai harga RM0.90, order tersebut akan match dan terjual.

Gambar di bawah adalah daripada trading platform Malacca Securities. 

3. Cut Loss Ketika Berita Buruk Mengenai Syarikat

Bila anda terbaca atau terdengar berita buruk mengenai sesebuah syarikat, apa yang anda akan lakukan? Sesetengah pelabur mungkin akan terus melepaskan pegangan masing-masing dan sesetengah lagi mungkin tak tahu pun apa yang harus dilakukan.

Sebenarnya salah satu cara cut loss adalah jual dahulu saham anda sekiranya syarikat yang anda beli tersebut terlibat dengan catalyst yang negatif. 

Kebiasaannya apabila syarikat terpalit dengan berita yang kurang enak didengar, majoriti pelabur akan menjadi panik dan tekanan jualan terhadap saham berlaku. Oleh itu, pilihan ada di dalam tangan anda sendiri.

Adakah anda ingin jual saham anda seawal mungkin atau tunggu sehingga anda mengalami kerugian yang teruk barulah anda panik ingin menjual saham anda?

Mari lihat satu contoh terkini. Sejak kebelakangan ini, nama syarikat Serba Dinamik sering terpampang di surat khabar dan sering menjadi bualan orang ramai. 

Sumber: The Malaysian Reserve

Baca : Serba Dinamik : Apa Yang Berlaku

Pada 25 Mei 2021 yang lalu, syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad mempunyai isu yang dibangkitkan oleh juruaudit luar iaitu KPMG Ltd.

Selepas dua hari dibekukan, harga saham Serba Dinamik terus mengalami ‘limit down’. ketika dibekukan, harga saham Serba Dinamik adalah RM1.61 seunit. 

Bayangkan anda tidak turut serta cut loss ketika harga Serba Dinamik masih lagi RM1.61. Tahukah anda harga semasa Serba Dinamik adalah RM0.31.

Kejatuhan itu adalah sebanyak 80.75%! 

Pengajarannya adalah cut loss seawal mungkin untuk elak daripada mengalami kerugian yang lebih besar. Seeloknya tunggu sehingga isu tersebut reda dan kemudian barulah anda boleh mempertimbangkan untuk perhatikan semula saham tersebut.

Sumber :

Teknik-teknik di atas hanyalah contoh untuk anda dalam membuat pilihan cut loss. 

Pesanan kepada pelabur-pelabur baru, ikut trading plan yang anda sendiri telah buat dan lindungi modal pelaburan anda.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share643ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

10 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

11 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In