Pelaburan saham datang dengan risikonya tersendiri, jom kita tengok cara untuk mengurangkan risiko dan memaksimakan keuntungan.
Apabila kita melihat sesebuah syarikat yang mempunyai FA (analisis fundamental) yang bagus , TA (analisis teknikal) yang ada signal belian dan Catalyst juga bagus; apabila cukup ketiga- tiga syarat ini, ia akan memberikan petanda bahawa kita boleh beli dan hold saham syarikat ini dan meletakkan ia dalam kategori pelaburan jangka panjang (long term).
Apabila sudah meletakkan dalam kategori long term, anda tidak perlu terlalu khuatir kerana asas syarikat ini sudah sangat kukuh.
Namun begitu, anda boleh mengira risk and reward yang akan anda dapat daripada syarikat ini. Bagi mengira peratus risk and reward, anda perlu mengenalpasti kedudukan resistance dan support yang ada.

Sumber: tradingview.com
Berdasarkan carta di atas, sekiranya anda membeli pada harga RM5.48, harga support adalah di sekitar RM5.30. Ini menunjukkan bahawa risiko yang diambil adalah sangat rendah. Catat dalam trading journal berkenaan entry price, support, resistance dan target price.
Kenapa Mesti Kira Risk And Reward?
Sebagai contoh syarikat seperti carta di atas, pembelian dilakukan pada harga RM5.45. Risk pula pada paras RM5.35, manakala harga jual pula adalah pada RM6.49. Reward adalah sebanyak 18%. Risk pula adalah sebanyak 2% sahaja.

Sumber: KLSE Journal
Berbalik kepada kepentingan untuk sentiasa mengira risk and reward sesuatu kaunter itu adalah, supaya kita berhati-hati dan sedar akan kadar risiko sebelum melabur. Sebagai contoh, syarikat GCB yang telah membuat breakout resistance pada harga RM3.50. Sebelum itu, anda sudah mempunyai target entry price pada harga RM3.55. Tetapi anda dapati harga sudah laju meningkat naik kepada RM3.80, RM3.90 dan seterusnya menjadi RM4.00.
Kebiasaannya trader akan mengejar harga dengan membeli pada harga RM4.00 walaupun resistance asalnya adalah pada harga RM3.50. Harga resistance ini secara automatik akan bertukar menjadi support. Apabila anda kejar harga, jaraknya menjadi terlalu jauh.
Apabila sudah pecah harga RM3.55 risk pula akan menjadi RM3.45. Syarat untuk cutloss pula adalah apabila harga sudah patah support. Jadi, daripada harga RM3.45 kepada harga RM3.55, risk adalah sebanyak 3%. Manakala jika anda EP pada harga RM4.00, risk pula akan menjadi sebanyak 14%. Itulah nilai risk yang perlu anda terima apabila membuat belian di kala harga sudah jauh meningkat naik daripada target entry price yang sepatutnya.
Nilai risk daripada 3% pula meningkat sehingga 14%. Adakah anda sanggup untuk menerima risiko yang agak besar seperti itu?
Anda perlu sentiasa memerhatikan harga support. Bagi trader yang baru setahun pengalaman, nasihat saya reasonable risk adalah sebanyak 7%. Namun sekiranya anda sanggup membeli dengan risiko yang lebih tinggi berbanding reward, itu juga tidak menjadi masalah.Ianya bergantung kepada sejauh mana anda sanggup hadapi risiko tersebut.
Risiko yang tinggi, pulangan juga berpotensi menjadi tinggi.
Ingatlah bahawa risiko amatlah tinggi dalam pelaburan saham. Ini bukan seperti menabung di ASB dan Tabung Haji. Jangan terlibat jika belum mempunyai duit lebihan yang anda sanggup hangus 100%. Jika pernah tengok otai membuat untung 4 angka sebulan secara konsisten, kami jamin beliau juga pernah lalui fasa rugi 4 angka sebulan. Pokok pangkalnya perlu bermula mendapatkan ilmunya dari sekarang!
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham




