• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2021

in Fundamental Analisis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Indeks FBM KLCI membuat sedikit kejatuhan dari awal bulan Mei sehingga penghujung Mei 2021. Secara keseluruhannya pula FBM KLCI masih menunjukkan pergerakan sideways.

Meskipun indeks FBM KLCI dilihat tidak berada pada paras yang baik, namun saham-saham lain terutamanya penny stock mampu membuat kenaikan yang tinggi sepanjang bulan lepas. Malah ada saham yang mampu membuat kenaikan sebanyak 430%.

Jom kami kongsikan 10 saham patuh syariah paling untung Mei 2021. 

Sumber: Majalah Labur

Daripada senarai tersebut, kami akan kongsikan lebih lanjut 3 daripada 10 saham patuh syariah paling untung Mei 2021. Tiga saham tersebut adalah daripada sektor yang berbeza. Tiga saham tersebut adalah:

  1. Sedania Innovator Berhad (Sektor Telekomunikasi & Media)
  2. Kumpulan Jetson Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
  3. Pharmaniaga Berhad (Sektor Penjagaan Kesihatan)

1. Sedania Innovator Berhad (0178)

Sedania Innovator merupakan sebuah syarikat dalam sektor telekomunikasi & media. Sedania mempunyai 5 segmen perniagaan iaitu teknologi hijau, teknologi telco, fintech, Internet of Things (IoT) dan e-sports.

Ulasan Mengenai Saham Sedania

  1. Prestasi kewangan syarikat Sedania dilihat tidaklah begitu baik dan juga tidak konsisten. Pada tahun lepas, Sedania mengalami kerugian sebanyak RM12 juta.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Namun, suku pertama 2021 menyaksikan Sedania berjaya membuat keuntungan bersih tertinggi sejak saham tersebut IPO.
  2. Tahukah anda pengarah urusan atau pemilik gudang tekstil terbesar Malaysia, Jakel membeli sejumlah saham Sedania.
  3. Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah membeli sebanyak 43.53 juta unit saham Sedania baru-baru ini lalu memegang sebanyak 12.55% pegangan saham dalam syarikat tersebut.

Sumber: Theedgemarkets

  1. Baru-baru ini, Sedania juga membeli sebanyak 51% pegangan dalam Offspring Inc, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk barangan bayi.
  2. Syarikat Offspring Inc ini pula akan mengembangkan perniagaan ke luar negara seperti Kemboja, Korea Selatan, Finland dan Sepanyol.

2. Kumpulan Jetson Berhad (9083)

Jetson diasaskan pada tahun 1977, bermula dengan menyediakan perkhidmatan pembinaan. Kini, Kumpulan Jetson berjaya menggabungkan teknologi kejuruteraan dan mempunyai kemampuan dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah, pembuatan sistem anti-vibration, produk kimia dan plastik. Jetson disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1994.

Ulasan Mengenai Saham Jetson

Sumber:malaysiastock.biz

  1. Prestasi kewangan Jetson adalah agak teruk kerana hampir setiap tahun syarikat ini mencatatkan kerugian.
  2. Pada suku pertama 2021, Jetson merekodkan kerugian bersih sebanyak RM126,000 daripada perolehan sebanyak RM49.09 juta bagi suku tersebut.
  3. Jetson berjaya mengurangkan kerugian yang dialami jika dibandingkan dengan suku sebelumnya.
  4. Kenaikan harga saham Jetson adalah bersifat teknikal.

Sumber: Trading View

  1. Setelah beberapa kali membuat percubaan untuk memecahkan paras rintangan RM0.29 sejak tahun lepas, akhirnya Jetson berjaya membuat breakout pada 28 Mei 2021.
  2. Garisan moving average 10 dilihat boleh dijadikan support bagi Jetson kerana Jetson sering bertahan pada paras tersebut. 

3. Pharmaniaga Berhad (7081)

Pharmaniaga Berhad merupakan sebuah syarikat farmaseutikal yang terbesar di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat farmaseutikal sudah tentunya syarikat ini berada dalam  sektor penjagaan kesihatan. 

Antara produk & perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti membekalkan perkhidmatan logistik, pengedaran produk perubatan, pembuatan produk-produk kesihatan seperti ubatan generik dan membekalkan peralatan kegunaan hospital.

Jemput baca : Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Pharmaniaga

Ulasan Mengenai Saham Pharma

  1. Pharmaniaga akan konsisten membuat keuntungan setiap tahun kecuali pada tahun 2019 apabila syarikat tersebut mengalami kerugian besar sebanyak RM149.2 juta.
  2. Pada tahun lepas, syarikat tersebut tidak terkesan dengan pandemik dan masih mampu menjana pendapatan sebanyak RM2.725 bilion serta keuntungan bersih sebanyak RM27.5 juta.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Saham Pharma melonjak naik pada Julai 2020 yang lalu apabila Menteri Sains & Teknologi, Khairy Jamaluddin mengumumkan Pharmaniaga bakal menjadi salah sebuah syarikat yang akan mengendalikan proses “fill and finish” vaksin yang akan diterima Malaysia.
  1. Pharmaniaga turut menjadi pusat ‘fill and finish’ bagi vaksin Sinovac. 

Sumber: The Star

  1. Tahun ini, Pharmaniaga dijangka tidak mengalami masalah untuk terus menjana pendapatan yang baik kerana Pharma dijangka akan terus mendapat projek pembotolan vaksin yang akan diterima negara.
  2. Selain itu, produk-produk Pharma yang lain turut akan mampu menjana pendapatan syarikat.
  3. Saham Pharma berjaya membuat kenaikan hampir 100% kerana pelabur ingin mendapatkan dividen yang diagihkan oleh Pharma kepada pemegang sahamnya.
  4. Pelabur yang membeli saham Pharma sebelum atau sekurang-kurangnya pada 4 Jun 2021, mereka layak mendapat dividen sebanyak 4 sen sesaham.
  5. Setelah Pharma membuat kenaikan yang tinggi tempoh hari, saham ini akhirnya membuat reversal dengan terdapat dua bearish reversal candlestick telah muncul pada carta.
  6. Bearish reversal candlestick tersebut adalah dark cloud cover dan three black crows.

Sumber: Trading View

  1. Bagi pelabur yang masih memegang saham Pharma disarankan untuk berhati-hati kerana terdapat dua reversal candlestick telah muncul pada carta.
  2. Di samping itu, volume jualan yang tinggi juga menandakan tekanan jualan berlaku terhadap saham ini.

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan

Ingatlah bahawa risiko amatlah tinggi dalam pelaburan saham. Ini bukan seperti menabung di ASB dan Tabung Haji. Jangan terlibat jika belum mempunyai duit lebihan yang anda sanggup hangus 100%. Jika pernah tengok otai membuat untung 4 angka sebulan secara konsisten, kami jamin beliau juga pernah lalui fasa rugi 4 angka sebulan. Pokok pangkalnya perlu bermula mendapatkan ilmunya dari sekarang!

Jangan Terlepas Sesi Senang Saham Kali Ini!

Adakah anda:

  • Tiada asas pelaburan saham
  • Masih bekerja makan gaji, nak mula melabur saham tapi belum berani?
  • Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa?
  • Masih belum faham cara membaca chart?

Jika anda ada masalah seperti di atas, jangan risau! Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Boleh belajar slow-slow sampai lebam.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> Webinar Senang Saham 3.0

Share430ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In