Pharmaniaga, antara syarikat utama yang membekalkan vaksin di Malaysia
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Pharmaniaga Berhad (PHARMA).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang Pharmaniaga Berhad (PHARMA) (7081)
Pharmaniaga Berhad (PHARMA) merupakan kumpulan farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dan telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan singkatan nama PHARMA.
Syarikat ini berada dalam sektor kesihatan dan antara perkhidmatan dan produk syarikat ini adalah seperti:-
- Membekalkan perkhidmatan logistik
- Pengedaran produk perubatan
- Pembuatan produk-produk kesihatan seperti ubatan generik
- Membekalkan alatan hospital
Syarikat ini merupakan peneraju utama dalam sektor farmaseutikal tempatan dan ianya sedang berkembang pesat di Malaysia dan luar negara.
PHARMA berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Harga saham terkini syarikat ini adalah sekitar RM4.30 sesaham.
Jom kita kaji kaunter PHARMA ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings PHARMA
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: KLSE Screener
Pendapatan bersih PHARMA untuk suku terkini adalah positif setelah mengalami kerugian bersih sebanyak RM6.33 juta pada suku keempat tahun 2020.
Pendapatan syarikat merekodkan pertumbuhan yang positif untuk empat suku terkini, ianya merupakan sesuatu perkara yang baik kepada syarikat menandakan bahawa syarikat ini mampu menjana keuntungan yang baik untuk tahun tersebut.
A- Annual Earnings PHARMA
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: KLSE Screener
Pendapatan kasar PHARMA dilihat konsisten sejak tahun 2017 sehingga kini dengan pendapatan kasar lebih daripada RM2.0 bilion.
Pendapatan bersih syarikat ini juga sentiasa positif kecuali pada tahun 2019 apabila syarikat merekodkan rugi bersih sebanyak RM149.2 juta. Kerugian ini adalah disebabkan pelunasan intangible asset yang bernilai RM2.7 bilion.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: CGS-CIMB
Pada 24 Mei 2021, CGS-CIMB telah memberi saranan untuk tambahan belian kepada saham PHARMA dengan harga sasarannya kepada RM4.90 seunit.
Penilaian ini diberikan berdasarkan keyakinan penganalisa terhadap pendapatan syarikat di masa akan datang.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Justeru, jumlah unit saham PHARMA yang didagangkan adalah sebanyak 261.7 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian PHARMA rendah sedikit berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini.
Namun, data ini diambil 50 minit selepas pasaran dibuka dan ianya menunjukkan jumlah dagangan yang agak besar untuk waktu yang singkat.
L- Leader and Laggard
Leader and laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham PHARMA (Biru) puratanya adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks penjagaan kesihatan di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham PHARMA boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah PHARMA masih merupakan laggard kepada sektor penjagaan kesihatan?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.
Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat PHARMA, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-
- Boustead Holding Berhad
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Selain daripada itu, pelabur institusi yang lain adalah seperti Urusharta Jemaah Sdn Bhd, Permodalan Nasional Berhad dan Kenanga Investors Berhad.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber: TradingView
Arah kaunter PHARMA dilihat sedang berada di fasa awal kenaikan dan seperti membentuk cup pada carta.
Arah pasaran yang baik adalah arah pasaran major uptrend iaitu apabila potensi keuntungan akan melebihi potensi kerugian.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham KPower
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM