Harga saham Serba Dinamik jatuh 30% pada pembukaan dagangan
Pada 25 Mei 2021, syarikat Serba Dinamik Holding Berhad (Serba Dinamik) mempunyai isu yang dibangkitkan oleh juruaudit luar, KPMG LTD.
Oleh kerana isu yang berbangkit ini tidak dapat diselesaikan, saham Serba Dinamik telah dibekukan daripada dagangan pada 27 dan 28 Mei 2021 dengan harga RM1.61 seunit.
Isu Apa Yang Dibangkitkan Oleh KPMG?
Juruaudit luar Serba Dinamik, KPMG telah membangkitkan empat isu yang ditemui semasa membuat audit kewangan syarikat untuk tahun penuh 2020. Isu yang dibangkitkan oleh KPMG adalah seperti:-
- Pengesahan Pelanggan Tertentu Yang Berkaitan Dengan Urus Niaga Penjualan, Penghutang Dan Baki Semakan Yang Lain.
- Urus Niaga Pembelian Dan Baki Hutang Tertentu Kepada Pembekal Tempatan
- Maklumat Lengkap Berkaitan Pelanggan Dan Pembekal Di Bahrain
- Baki Penghutang Dagangan Dan Transaksi Penjualan Untuk Teknologi Maklumat
Pihak pengurusan walaubagaimanapun telah memberikan kenyataan berkenaan semua isu yang dibangkitkan ini dan pelabur boleh membaca maklumat penuh tentang isu ini di laman web Bursa Malaysia.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Dato Dr Mohd Abdul Karim Abdullah menyatakan bahawa syarikat itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan terbuka untuk disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa juruaudit luarnya, KMPG bertindak secara tidak adil kepada syarikat itu apabila KMPG membangkitkan isu tersebut kepada pengarah syarikat sebelum berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.
Sumber: The Star
Isu ini lebih hangat apabila berita tentang pihak pengurusan bercadang untuk menukar juruaudit luarnya. Ini membuatkan pelabur tertanya-tanya tentang ketelusan syarikat dalam pengurusan syarikat.
Harga Saham Serba Dinamik Jatuh Teruk
Pada 31 Mei 2021, saham syarikat Serba Dinamik mula didagangkan semula di pasaran saham tempatan.
Seperti yang dijangka, harga saham syarikat ini jatuh teruk sehingga limit down dengan kejatuhan hampir 30% pada pembukaan dagangan sehingga artikel ini ditulis.
Harga jualan saham syarikat ini adalah tindak balas pasaran terhadap berita tentang masalah audit yang dibangkitkan oleh juruaudit luarnya.
Bukan itu sahaja, saham-saham syarikat yang berkaitan dengan Dato Dr Mohd Abdul Karim Abdullah seperti Sarawak Consolidated Industries (SCIB) dan KPower Berhad (KPOWER) juga terkesan daripada isu yang dibangkitkan kepada Serba Dinamik.
Baca: Serba Dinamik Yang Bermasalah, SCIB Dan KPower Kena Tempiasnya
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0