Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai saham Mtouche. Nama penuh syarikat ini adalah Mtouche Technology Berhad. Simbol yang digunakan adalah Mtouche. Saham ini disenaraikan di Papan Ace iaitu papan kedua selepas Papan Main Market.
Syarikat ini merupakan penyedia servis & perkhidmatan dalam sektor telekomunikasi maka tidak hairanlah saham ini berada di bawah sektor telekomunikasi & media.
Jom lihat latar belakang syarikat ini.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan Mtouche adalah pemain industri telekomunikasi & media yang berpusat di Asia dan beroperasi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Vietnam dan Kemboja.
Mtouche menyediakan perkhidmatan kepada lebih 40 pengendali rangkaian mudah alih yang menjangkau lebih dari 600 juta pelanggan.
Sumber: mtouche
Syarikat ini terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan menambah nilai perkhidmatan untuk telefon pintar seperti pengembangan kandungan mudah alih, teknologi pesanan mudah alih, platform pembayaran bil dan penyelesaian media interaktif.
Di bawah segmen “Mobile Value-Added Services”, kumpulan ini terlibat dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) perisian serta mengurus data komputer, pemprosesan data, penyimpanan data, reka bentuk sistem dan analisis sistem. Perolehan Mtouche sebahagian besarnya datang daripada segmen ini.
Setakat tahun 2020, pemegang utama saham Mtouche adalah Dato Kamarudin bin Meranun.
Sumber: Bursa Marketplace
Dari sudut analisis fundamental pula, Mtouche tidak mempunyai kekuatan fundamental yang kukuh.
Sumber: malaysiastock.biz
Mtouche Technology telah pun mengalami kerugian yang agak besar sejak tahun 2019. Malah setakat dua suku pertama pada tahun ini, Mtouche telah mencatatkan kerugian sebanyak RM4.3 juta.
Baru-baru ini syarikat ini telah melakukan dua corporate action dalam tempoh yang amat hampir di antara satu sama lain.
Mtouche melakukan share consolidation pada 20 April 2021 yang mana nisbahnya adalah 1 : 10. Pemegang saham Mtouche akan melihat sahamnya berkurangan pada hari tersebut yang mana 10 saham Mtouche digabungkan menjadi 1 unit saham.
Sumber: malaysiastock.biz
Pada 4 Mei 2021 pula, Mtouche membuat right issue pula yang membawa nisbah 6 : 1. Bagi setiap unit saham yang dimiliki pemegang saham Mtouche, pelabur ditawarkan untuk membeli 6 unit rights tersebut pada harga RM0.10 seunit dan akan diberi 3 waran Mtouche-WD percuma.
Sebelum corporate action ini, saham Mtouche ini berada dalam fasa downtrend yang kuat.
Sumber: Trading View
Selepas share consolidation tersebut, Mtouche cuba bertahan pada paras harga RM0.07 selama beberapa hari sebelum mula membuat kenaikannya.
Pada hari pertama dagangan bulan Mei 2021, saham Mtouche membuat marubozu merah dan ditutup pada harga RM0.115.
Ketika saham ini dijangka akan meneruskan kejatuhannya, saham ini malah membuat gap up pada hari saham ini membuat rights issue. Sejak itu, saham ini terus membuat kenaikan dan akhirnya candlestick berada di atas Moving Average 200 (MA200).
Teknik MA200 ini banyak digunakan oleh pelabur dan juga pedagang untuk menjangkakan pergerakan harga saham seterusnya.
Teknik asas MA200 ini adalah sekiranya candlestick berada di atas MA200, ia adalah isyarat kenaikan harga ataupun bullish.
Dalam MA200, garisan moving average tersebut boleh dijadikan sebagai support atau resistance bagi saham tersebut.
Sumber: Trading View
Baca : Moving Average – Indicator Yang Mudah Tetapi Efektif
Garisan moving average tersebut dilihat menjadi support kepada Mtouche dan candlestick bertahan dengan baik di atas moving average. Setelah itu Mtouche terus membuat kenaikan selama 6 hari dagangan berturut-turut.
Pada 21 Mei 2021, Mtouche ditutup pada harga RM0.435. Jika membuat perbandingan dengan harga saham ini pada hari pertama dagangan bulan Mei 2021, saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 278.26% setakat tarikh tersebut.
Dalam pelaburan saham, pulangan 10% sebulan boleh dilakukan sekiranya mempunyai ilmu yang betul. Pulangan 100% sebulan pun tidak mustahil untuk dilakukan lebih-lebih lagi sekiranya pasaran sedang berada dalam bull run.
Untuk pengetahuan anda, artikel ini ditulis ketika Mtouche masih berstatus patuh syariah. Selepas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengemaskini senarai saham patuh syariah di Bursa Malaysia pada 28 Mei 2021, Mtouche telah terkeluar daripada senarai tersebut. Kini Mtouche tidak lagi patuh syariah. Sebagai pelabur yang bijak, kita harus berhati-hati sekiranya status syariah sesebuah saham telah bertukar seperti ini.

Anda berminat untuk belajar melabur saham dan belajar mengambil peluang untuk menjana keuntungan? The Kapital bakal menganjurkan sebuah webinar senang saham khusus bagi anda yang mahu belajar saham dari zero. Mulakan langkah pertama pelaburan saham anda hari ini.
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda. Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan
Jom Belajar Lagi!
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0




