• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Langkah-Langkah Cari Jerung Dalam Saham Wall Street (US)

in Saham Global
A A
Langkah-Langkah Cari Jerung Dalam Saham Wall Street (US)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Jerung merupakan satu terma yang sering digunapakai dalam pasaran saham untuk mewakili para pelabur institusi. Pelabur institusi digelar jerung kerana mereka mempunyai modal yang sangat besar sehingga mencecah berbilion ringgit.

Jika di Malaysia terma yang digunakan adalah jerung, di Amerika pula pelabur institusi digelar sebagai shark dan whale.

Sumber: pxfuel

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Macam mana nak tahu ada jerung dalam saham global?

Antara contoh jerung di Malaysia adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan Lembaga Tabung Haji (LTH). 

Baca : Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?

Sekiranya anda ingin mencari kehadiran jerung dalam setiap saham, anda boleh layari Bursa Market Place. Setelah menaip nama saham yang anda inginkan, anda boleh klik pada bahagian ‘Pemilikan’ untuk melihat senarai Top 10 pemegang saham tersebut. 

Sumber:Bursa Marketplace

Gambar di atas merupakan senarai Top 10 pemegang saham Sapura Energy. Pemegang utama saham Sapura Energy adalah terdiri daripada gabungan pelabur institusi tempatan dan global. 

Beberapa pelabur insitusi dapat dikenal pasti daripada senarai tersebut seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan, The Vanguard Group, Blackrock dan Dimensional Fund Advisors.

Cerita di atas adalah mengenai jerung tempatan. Bagaimana pula di pasaran saham Wall Street? 

Di Amerika Syarikat pula, pelabur institusi di sana mempunyai dana yang lebih besar daripada institusi di Malaysia. 

Jerung-jerung terbesar Wall Street pula terdiri daripada Vanguard, Blackrock dan banyak lagi.

Sumber: Vanguard

Jumlah aset Vanguard adalah sebesar USD7.2 trilion setakat 31 Januari 2021.

Baca : 3 Cara Cari Jerung Dalam Saham

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan bersama anda langkah-langkah  untuk mengenalpasti kehadiran jerung dalam saham Wall Street pula. 

Laman carian yang digunakan adalah Yahoo Finance. 

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buka Laman Web Yahoo Finance

2. Masukkan Nama Saham Yang Ingin Dicari. Contoh Apple.

Sumber: Yahoo Finance

3. Klik “Holders”.

Sumber: Yahoo Finance

4. Scroll Ke Bawah Dan Senarai Pelabur Institusi Akan Terpapar

Sumber: Yahoo Finance

Daripada senarai di atas, majoriti pemegang saham Apple terdiri daripada pelabur  institusi di Amerika Syarikat. Antaranya adalah Vanguard dan Blackrock iaitu dua institusi terbesar dunia. Berkshire Hathaway milik Warren Buffet turut merupakan antara pemegang saham utama Apple.

Selain daripada senarai 10 pemegang utama saham tersebut, anda juga boleh melihat jumlah pegangan pelabur institusi serta nilai pegangan masing-masing.

Kelebihan laman sesawang Yahoo Finance adalah laman sesawang ini sentiasa mengemas kini maklumat-maklumat yang disediakan dan data yang dipaparkan adalah data yang terkini.

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Share475ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In