• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Harga Emas Tertinggi Untuk 3 Bulan Terkini, Apa Peluang Yang Ada Kepada Pelabur?

in Catalyst
A A
Harga Emas Tertinggi Untuk 3 Bulan Terkini, Apa Peluang Yang Ada Kepada Pelabur?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Penganalisa komoditi menjangkakan harga emas akan meneruskan momentum kenaikan sehingga USD2600

Harga emas dunia pernah mencecah sehingga USD2089.20 pada bulan Ogos 2020 yang merupakan harga tertinggi dalam sejarah harga emas dunia sebelum harganya jatuh semula pada sekitar USD1700.

Sumber: TradingView

Baru-baru ini, harga emas kembali membuat kenaikan setelah beberapa bulan menghadapi kejatuhan dan dilihat mula membuat fasa kenaikan yang berterusan. Terkini, harga emas berada di sekitar USD1870.00 yang merupakan harga tertinggi untuk tiga bulan terkini. 

Penganalisa pasaran komoditi,  Gary S.Wagner melihat kenaikan harga emas ini mempunyai momentum untuk membuat kenaikan yang berterusan dan mempunyai potensi untuk mencecah USD1900 dalam masa terdekat. 

Chris Vermeulen, pengasas kepada AlgoTrades Algorithmic Trading Systems mensasarkan harga emas akan naik kepada USD2600 sehingga USD3790 berdasarkan kajian kitaran harga emas yang dilakukannya. 

Apa Impak Kenaikan Harga Emas Kepada Bursa Malaysia?

Syarikat yang berkaitan dengan emas yang tersenarai di pasaran saham tempatan antara yang menerima impak positif kepada kenaikan harga emas dunia ini. 

Perhatian pelabur semalam, 17 Mei 2021 dilihat tertumpu kepada saham-saham yang berkaitan dengan emas.

Kenaikan harga emas dunia ini merupakan peluang kepada pelabur tempatan untuk meraih keuntungan dengan saham-saham syarikat yang berkaitan dengan emas. 

Sumber: Bernama

Berdasarkan petikan daripada Bernama pada 17 Mei 2021, saham-saham seperti Poh Kong Holding Berhad Dan Tomei Consolidated Berhad merupakan antara kaunter saham yang aktif didagangkan semalam. 

Harga saham Poh Kong yang dibuka pada RM0.845 sesaham telah naik hampir RM0.20 atau hampir 27.0% dan ditutup pada harga RM1.04 seunit semalam. 

Saham Tomei (NS) pula telah membuat limit up dengan kenaikan sebanyak 29.7% dalam masa satu hari dagangan semalam. 

*NS: Tidak Syariah

Saham syarikat Niche Capital Emas Holding Berhad pula telah membuat kenaikan hampir 18.0% semalam. 

Walaupun kebanyakan saham di Bursa Malaysia mencatatkan kejatuhan harga yang teruk semalam, namun saham yang berkaitan dengan emas di atas berjaya membuat keuntungan lebih daripada 15% dalam masa sehari. 

Baca: PKP 3.0: Pelabur Untung Atau Rugi?

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share334ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In