Ramai pelabur tempatan hari ini tercari-cari peluang untuk diversify portfolio pelaburan mereka ke pasaran antarabangsa terutamanya di pasaran saham Wall Street. Konsep pelaburan saham di luar negara sebenarnya tidak jauh beza dengan pasaran tempatan.
Perkara pertama perlu dilakukan adalah dengan membuka dan mendaftar akaun pelaburan saham global terlebih dahulu.
Selepas itu barulah boleh kita menjadi pemilik syarikat-syarikat gergasi seperti :-
Apa lagi yang perlu kita lakukan jika kita nak berjinak-jinak melabur di pasaran saham antarabangsa ini?
Mari kita lihat 5 perkara untuk dilakukan sebelum nak masuk pasaran Wall Street.
1. Buka Platform Pelaburan Saham Global
Bila sebut sahaja akaun pelaburan global, tak ramai yang tahu sebenarnya broker tempatan juga menyediakan platform pelaburan global untuk pelabur melabur di pasaran antarabangsa.
Broker tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk melabur di pasaran antara bangsa adalah seperti:-
Platform tempatan ini lebih selamat digunakan oleh pelabur kerana semua broker ini dibawah pantauan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan jika ada sebarang masalah, kita boleh hubungi pihak broker untuk mendapatkan bantuan.
Baca: Perbandingan Brokerage Fee Untuk Pelaburan Di Pasaran Amerika Syarikat
Khabarnya, tak lama lagi satu lagi broker tempatan akan menawarkan platform pelaburan di pasaran global yang patuh syariah dengan brokerage fee yang lebih murah.
2. Kenal Produk Dan Instrumen Yang Ada Di Wall Street
Jika di pasaran tempatan kita tahu produk yang ada seperti saham dan warrant sahaja, tetapi di pasaran Wall Street, mereka mempunyai lebih daripada itu. Antara produk dan instrumen yang ada adalah seperti:-
- Saham Atau Ekuiti – Instrumen ini merupakan instrumen yang paling popular dalam kalangan pelabur. Pelabur boleh menyemak status patuh syariah saham-saham global ini dengan menggunakan Islamicly.
- ETF – Instrumen pelaburan ini mempunyai risiko yang lebih stabil berbanding saham kerana dalam satu ETF biasanya beberapa jenis saham telah dihimpunkan. Jadi risiko pelabur sudah dibahagikan kepada beberapa jenis saham. ETF Wahed FTSE USA Shariah merupakan salah satu ETF yang patuh syariah yang tersenarai di Wall Street.
- CFD Atau Contract For Different – Instrumen ini adalah instrumen yang mempunyai risiko yang tinggi. Konsepnya adalah pelabur memasuki sesuatu kontrak untuk meraih keuntungan daripada perbezaan harga kontrak berkenaan pada masa hadapan. Setakat artikel ini ditulis, ianya masih tidak patuh syariah.
- Options – Instrumen ini juga antara yang sangat terkenal di Wall Street. Di Malaysia ianya lebih dikenali sebagai warrant. Sayangnya di Wall Street, hukum melabur instrumen ini masih samar-samar dan sebaiknya dielakkan daripada terlibat di dalamnya.
Baca: Apakah Hukum dan Status Untuk Options Trading serta CFD?
3. Kenal Industri Yang Berkembang Pesat Di Wall Street
Terdapat beberapa perbezaan ketara industri yang sedang berkembang pesat di Wall Street dan di pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, antara industri dilihat ketara adalah industri seperti:-
- Kenderaan Elektrik
- Dron
- Aset Digital / Mata Wang Kripto
Industri ini dilihat berkembang pesat di Wall Street dan kebanyakan syarikat yang mengendalikan perniagaan yang terlibat di atas juga tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat.
4. Fokus Kepada Saham Gergasi
Kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam saham global ini, digalakkan untuk kita fokus kepada saham syarikat gergasi dan terkenal terlebih dahulu. Syarikat seperti Apple, Tesla, NVIDIA ini mempunyai fundamental yang kukuh dan lebih selamat untuk kita yang masih baru di pasaran global.
Jangan pula kita melabur saham-saham yang kita pun tak tahu asal usul syarikat tersebut. Takut nanti, hilang semua modal pelaburan kita.
Ingat! Di Wall Street tiada had keuntungan dan kerugian dalam satu hari dagangan ya.
5. Berguru Dahulu Sebelum Melabur
Tak salah kita nak belajar daripada pengalaman diri sendiri dalam dunia pelaburan antarabangsa ini. Tetapi kenapa kita nak menanggung kerugian yang besar jika kita boleh meminimakan kerugian tersebut dengan berguru?
Berguru dengan mentor yang betul akan menyingkatkan proses pembelajaran yang bertahun-tahun kepada berbulan-bulan sahaja.
Antara pelabur Wall Street yang berjaya ini adalah Tuan Mukhriz Mangsor daripada Brunei. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pelaburan di pasaran Wall Street dan merupakan tenaga pengajar di bank pelaburan di Brunei.
Baca: 5 Sebab Anda Kena Belajar Dengan Guru Pelaburan Saham Global Ini
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Saham-saham Wall Street tak mahal manapun. Dengan USD250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dapatkan sekarang E-BOOK – Dari Malaysia Ke Wall Street




