“Ada syarikat perbankan yang patuh syariah ke di Bursa Malaysia?”
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM merupakan akronim kepada satu kaedah yang boleh digunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM bagi kajian ke atas syarikat BIMB Holdings Berhad (BIMB).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang BIMB Holding Berhad (BIMB) (5258)
BIMB Holdings Berhad (BIMB) (5258) merupakan satu-satunya saham syarikat perbankan yang patuh syariah di Bursa Malaysia.
BIMB mempunyai anak syarikat yang menguruskan pelbagai aktiviti kewangan seperti:-
- Bank Islam Malaysia Berhad (Perbankan)
- Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful)
- BIMB Securities Sdn Bhd (Pelaburan)
Nilai pasaran terkini BIMB adalah RM7.21 juta dan harga seunit saham BIMB adalah sekitar RM3.97.
Jom kita kaji kaunter BIMB ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C: Current Earnings BIMB
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener
Keuntungan bersih BIMB untuk suku keempat tahun 2020 adalah sebanyak RM222.17 juta, meningkat lebih daripada 20.0% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan yang positif merupakan perkara yang sangat baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa BIMB tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
BIMB merupakan satu-satunya pilihan bagi sektor perbankan patuh syariah di Bursa Malaysia. BIMB menunjukkan daya saing yang baik dari segi pendapatan bersih suku tahunan berbanding dengan bank-bank gergasi yang lain dalam sektor kewangan seperti Maybank, Hong Leong Bank, AmBank dan lain-lain.
A: Annual Earnings BIMB
Seterusnya, kita lihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu ukur prestasi pendapatan tahunan.

Sumber: KLSE Screener
Pendapatan bersih BIMB sentiasa positif sejak mula diterbitkan di Bursa Malaysia. Pendapatan kasar syarikat dilihat meningkat setiap tahun sehingga tahun terkini.
Namun begitu, pada tahun 2020 pendapatan bersih syarikat merosot sedikit tidak lebih daripada 10% kepada RM720.24 juta berbanding RM786.92 juta pada tahun sebelumnya.
N: News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor yang penting.
Selain itu, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: CGS-CIMB
Pada 14 April 2021, CGS-CIMB telah memberi saranan untuk tambahan belian kepada saham BIMB denagn harga sasarannya kepada RM4.55 seunit.
Penilaian ini diberikan berdasarkan perlaksaan piawai antarabangsa, ESG oleh BIMB yang akan meningkatkan nilai syarikat pada pandangan pelabur.
S: Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Justeru, jumlah unit saham BIMB yang didagangkan adalah sebanyak 1.8 bilion unit.
Untuk mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu bandingkan dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian BIMB jauh lebih rendah daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan.
Jika jumlah dagangan ini kurang daripada jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur masih belum tertumpu sepenuhnya terhadap saham syarikat ini.
L: Leader and Laggard
Leader dan laggard dapat membantu kita dalam menentukan tahap sensitiviti tindak balas saham terhadap sebarang berita yang berkaitan.
Perbandingan pergerakan sesuatu saham dengan pergerakan indeks bagi sektor yang terlibat boleh digunakan sebagai salah satu cara dalam menentukan leader atau laggard satu-satu saham.

Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham BIMB (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks kewangan di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham BIMB boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah BIMB masih merupakan laggard kepada sektor kewangan?
I: Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat BIMB, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-
Selain itu, pelabur institusi yang lain adalah seperti Kumpulan Wang Persaraan Pekerja, Eastspring Investment Berhad dan lain-lain.
M: Market Direction
Market direction sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: Trading View
Berdasarkan kepada carta di atas, kaunter membuat perubahan arah daripada fasa pengumpulan ke fasa kenaikan sejak November 2020 dipercayai hasil daripada aktiviti window dressing.
Namun, apabila masuk bulan Januari 2021, fasa kenaikan itu terhenti dan bertukar menjadi fasa pengagihan.
Baca: Musim Pengurus Dana Membuat Window Dressing Kini Bermula
Kajian di atas merupakan contoh kepada cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham KPower
Kaedah ini banyak digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)