Window dressing adalah merupakan salah satu anomali yang sering terjadi di pasaran saham. Aktiviti window dressing ini adalah salah satu strategi yang sering digunakan oleh pengurus dana untuk memperbaiki prestasi dana yang diuruskan mereka, sebelum dibentangkan kepada pelanggan.

Mari kita lihat bagaimana aktiviti window dressing ini dilakukan.
Cara Window Dressing Dibuat
Laporan prestasi portfolio kebiasaanya akan diberikan kepada pelanggan pada setiap suku tahunan dan pelanggan akan menggunakan laporan ini untuk memantau pulangan pelaburan mereka. Laporan prestasi ini tidak menggambarkan prestasi semasa.
Oleh itu, pengurus dana menggunakan kesempatan ini untuk membuat aktiviti window dressing ini dengan menjual pegangan saham yang sedang rugi dan menggantikannya dengan saham yang memberikan pulangan yang positif untuk jangka masa pendek. Ianya bertujuan untuk memperbaiki prestasi keseluruhan dana yang diuruskan mereka.
Contoh Aktiviti Window Dressing
Salam satu dana terdapat empat pegangan saham yang berlainan iaitu saham A, B, C dan D. Prestasi saham A dan B adalah lebih rendah berbanding prestasi indeks pasaran dan pegangan saham ini adalah banyak di dalam portfolio. Dua lagi saham iaitu saham C dan D mempunyai jumlah yang kecil di dalam portfolio tetapi mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding pasaran.
Oleh itu, prestasi keseluruhan portfolio adalah negatif dan ini menyebabkan pengurus dana bertindak untuk mengurangkan pegangan saham A dan B dengan menjualnya dan menambah pegangan saham C dan D dengan membelinya untuk memperbaiki prestasi keseluruhan portfolio yang diuruskannya.
Memantau Pelaburan Anda
Aktiviti window dressing adalah sebab utama kita sebagai pelabur sentiasa memantau dan menyemak laporan prestasi pelaburan dan saham-saham yang diuruskan oleh pengurus dana dengan lebih terperinci. Aktiviti window dressing yang dilakukan oleh pengurus dana ini dikhuatiri akan menyebabkan pelaburan yang diuruskan tidak selari dengan profile pelabur yang telah ditentukan sebelum membuat pelaburan.
Walaupun aktiviti window dressing ini berjaya untuk memperbaiki prestasi pelaburan secara keseluruhannya, namun impak terhadap pulangan itu hanyalah untuk jangka masa pendek dan dikhuatiri pulangan untuk jangka masa panjang akan menjadi negatif.
Impak Terhadap Pasaran
Window Dressing ini merupakan anomali kepada pasaran. Oleh itu, terdapat saham-saham yang bergerak luar daripada kebiasaannya dan ini sedikit sebanyak akan menggangu pasaran terutamanya kepada pelabur runcit. Pelabur runcit dan pelabur jangka masa pendek dan sederhana dinasihatkan untuk lebih berhati-hati setiap penghujung suku tahunan agar tidak menjadi mangsa kepada aktiviti window dressing ini.
Selain daripada window dressing, terdapat beberapa lagi anomali pasaran yang kita perlu tahu. Jemput baca 3 Anomali Harga Dalam Pasaran Saham Yang Pelabur Perlu Tahu.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)