Candlestick merupakan ilmu utama dalam analisis teknikal. Kenali candlestick lebih mendalam dan buat duit sekarang!
Analisis teknikal merupakan salah satu teknik yang penting dalam pelaburan saham. Candlestick pula boleh dikatakan sebagai teras ilmu dalam analisis teknikal.
Pemahaman dalam candlestick akan dapat membantu anda mengetahui masa terbaik untuk membeli, menjual atau meramal pergerakan harga saham. Saham yang sihat adalah saham yang berada dalam keadaan uptrend. Sebaliknya saham yang tidak sihat adalah saham yang berada dalam keadaan downtrend.
Asas Candlestick
Pemahaman bacaan candlestick merupakan perkara asas yang penting dalam ilmu analisis teknikal. Candlestick pattern adalah ilmu berkaitan analisa saham menggunakan candlestick yang ramai orang gunakan.
Candlestick bukan sahaja mampu memberikan penerangan berkaitan harga saham yang diniagakan dengan jelas, tetapi mampu memberikan gambaran psikologi kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ketika saham diniagakan.
Setiap carta ada keistimewaan masing-masing. Jika kita perhatikan carta di bawah ini, anda boleh lihat seperti batang lilin yang mempunyai sumbu dan sebab itulah carta ini dinamakan sebagai carta candlestick.

Berdasarkan kepada batang candlestick tersebut, kita dapat menentukan beberapa perkara seperti open price, higher price, lower price dan juga close price. Candlestick terdiri daripada 2 bahagian iaitu body (badan) dan shadow (bayang).
6 Perkara Yang Anda Boleh Tahu Daripada Candlestick
- Open Price (Harga pembukaan pada satu timeframe)
- Close Price (Harga berakhir pada satu timeframe)
- High Price (Harga tertinggi yang dicapai dalam satu timeframe)
- Low Price (Harga terendah yang dicapai dalam satu timeframe)
- Body (Menunjukkan momentum pergerakan pasaran pada satu arah)
- Shadow (Menunjukkan momentum pasaran yang ditolak semula hasil daripada pergerakan harga dua arah)
Jenis-jenis Candlestick
Terdapat 2 jenis candlestick yang perlu diketahui iaitu:
- Bullish Candlestick (berwarna hijau) terjadi apabila harga close price adalah lebih tinggi berbanding harga open price yang bermaksud harga meningkat.
- Bearish Candlestick (berwarna merah) terjadi apabila harga close price lebih rendah berbanding harga open price yang bermaksud harga menurun.

Untuk lebih faham berkenaan dengan perkara ini, jika candlestick yang terbentuk itu berwarna hijau bermakna harga saham itu meningkat. Sebagai contoh, opening price pada jam 9 pagi adalah 20sen. Setiap satu pergerakan (bit) yang berlaku pada 20sen (RM0.20) akan menjadi 20.50sen (RM 0.205), jika berlaku peningkatan sebanyak 2 bit, nilai saham akan menjadi 21 sen (RM 0.21) dan seterusnya. Untuk harga saham di bawah RM1.00, setiap bit dinilai sebanyak 0.005 sen (RM0.005).
Shadow
Body price atau candlestick berwarna hijau terbentuk kerana harga ketika kaunter dibuka (opening price) adalah RM 0.20 manakala harga ketika kaunter ditutup (close price) pada pukul 5 petang adalah RM 0.40 lebih tinggi daripada opening price. Namun, mungkin ada yang tertanya berkenaan dengan candlestick dalam bulatan hitam seperti rajah di bawah.

Garisan lebihan kecil yang terdapat pada bahagian atas atau bahagian bawah sesebuah candlestick itu dikenali sebagai shadow. Shadow terbentuk hasil daripada pergerakan harga semasa pasaran saham dibuka mulai jam 9 pagi sehingga jam 5 petang.
Garisan (shadow) atas bagi kedua-dua candle hijau dan merah itu menunjukkan ‘highest price’, iaitu harga tertinggi yang berjaya dicapai pada waktu tersebut, manakala garisan (shadow) di bahagian bawah pula menunjukkan ‘lowest price‘ yang berjaya dicapai pada waktu tersebut.
Shadow terbentuk apabila pergerakan harga berlaku dalam kadar yang sama. Sebagai contoh, opening price adalah RM1.00 kemudian menjadi RM1.20 dan seterusnya kembali ke RM 1.10. Shadow akan kelihatan antara RM 1.10 ke RM 1.20 kerana harga tersebut telah disentuh dalam pasaran ketika itu.
Candlestick Merah
Candlestick merah terbentuk apabila harga penutupan (closing price) adalah lebih rendah berbanding harga pembukaan.

Solid Marubozu

Rajah 5 : Solid Marubozu
Marubozu tidak mempunyai sebarang lower shadow atau upper shadow. Maksud Marubozu dalam bahasa jepun adalah ‘botak’ atau ‘cukur kepala’. Ini mungkin disebabkan candlestick ini tidak mempunyai sebarang wicks atau shadow.
Candlestick Solid Marubozu hijau terbentuk apabila harga sesuatu kaunter membuat limit up. Limit up terjadi apabila meningkat ke tahap maksimum. Limit up untuk kaunter berharga RM1.00 dan ke atas adalah sebanyak 30% daripada opening price hari tersebut manakala untuk kaunter berharga bawah RM1.00 dan ke bawah adalah RM0.30 daripada opening price hari tersebut. .
Adakah lebih baik untuk membeli kaunter yang berharga murah kerana kadar pulangannya lebih tinggi? Jawapannya terpulang kepada anda.
Risiko dengan saham sebegini adalah sekiranya harga kurang daripada RM 0.005, saham tersebut boleh terkeluar daripada pasaran (delisted). Salah satu kontoh kaunter yang popular yang telah dinyahsenarai adalah Sumatec.

Solid Marubozu berwarna merah terbentuk hasil daripada kaunter yang membuat limit down. Limit down berlaku apabila kaunter mencecah harga penurunan maksimum. Untuk kaunter yang berharga RM 1.00 dan ke atas penurunan harga maksimum adalah 30%. Untuk kaunter berharga di bawah paras RM1.00, penurunan harga maksimum adalah sebanyak RM0.300.

Rajah 7 : Contoh Solid Marubozu Hijau

Rajah 8 : Contoh Solid Marubozu Merah
Candlestick dan Emosi Para Pelabur
Bagaimana candlestick boleh menggambarkan emosi para pelabur?
Kemunculan marubozu hijau memberi kefahaman kepada kita bahawa pelabur akan membeli saham syarikat tersebut tanpa mengira harga sehingga pasaran ditutup.
Marubozu merah pula menunjukkan bahawa pelabur menjual saham syarikat walaupun pada harga yang rendah. Apabila pelabur menjual dengan harga yang semakin rendah, maka terbentuklah marubozu berwarna merah dan memberi indikator bahawa prestasi saham syarikat adalah tidak baik pada hari tersebut.
Marubozu akan membantu para pedagang dan pelabur untuk mengetahui kekuatan sesuatu saham syarikat itu. Jika merah yang terbentuk, maka kita tahu bahawa majoriti orang mahu menjual pada hari tersebut, manakala jika hijau yang terbentuk, kita dapat fahami bahawa majoriti orang mahu membeli pada hari tersebut.
Ramai pembeli merupakan indikator yang baik, manakala ramai penjual merupakan indikator yang tidak baik.
Candlestick Doji
Candlestick doji terbentuk apabila harga opening dan harga closing adalah sama.



Open RM 0.60, Close RM 0.60, Highest price RM 0.70, Lowest price RM 0.50 (Sumber: investopedia.com)
Rajah 11 menunjukkan Candlestick Doji dengan opening price pada RM0.60, closing price pada RM0.60 manakala highest price adalah RM0.70 dan lowest price adalah RM0.50. Candlestick Doji terbentuk apabila opening price dan closing price adalah pada harga yang sama.
Candle Doji kebiasaannya tidak mempunyai warna namun kebanyakan platform akan menandakan Candle Doji dengan warna candlestick pada hari sebelumnya.
Carta harga pasaran saham boleh mengelirukan bagi mereka yang baru sahaja menceburi bidang ini. Biasakan diri untuk melihat dan membaca dengan lebih kerap berkenaan carta harga pasaran saham. Selepas sedikit masa, kita akan lebih faham dan mahir dengan carta harga pasaran saham.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




