• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

AirAsia, Aimia Holdings UK Meterai Sspa Bersyarat Beli Kepentingan BigLife Pada RM103.04 Juta

in Hebahan
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — AirAsia Group Bhd (AAGB) memeterai perjanjian jual dan beli saham (SSPA) bersyarat dengan AIMIA Holdings UK II Ltd untuk membeli baki 1.67 juta saham biasa dalam BigLife Sdn Bhd pada RM103.04 juta.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, AAGB menjelaskan AirAsia Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhnya kini memiliki 6.66 juta saham biasa dalam BigLife, iaitu mewakili 80 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Menurut syarikat penerbangan itu, pembayaran bagi pembelian tersebut akan dibuat sepenuhnya melalui terbitan 85.86 juta saham biasa baharu kumpulan itu pada RM1.20 sesaham.

“Baki saham biasa itu mewakili 20 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam BigLife yang belum dipegang oleh AirAsia Digital.

“Apabila cadangan pembelian ini selesai, BigLife akan menjadi anak syarikat milik penuh AAGB,” jelasnya.

BigLife menjalankan perniagaan terutama menguruskan skim kesetiaan pelanggan manakala anak-anak syarikatnya terlibat dalam pemasaran program kesetiaan.

Menurut AAGB, pembelian itu dijangka memperkukuh lagi kedudukannya dalam usaha pemulihan daripada impak pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In