“Ramai yang suka beli saham penny, tapi tak tahu bila nak jual”
Anda ada masalah di atas? Sejak kebelakangan ini, kita boleh melihat beberapa saham yang dahulunya super penny stock, tapi kini sudah berharga sekitar RM2.00 ke RM5.00.
Tak percaya? Jom tengok satu contoh di bawah.

Sumber: Trading View
Harga saham Gets pada awal 2020 hanyalah RM0.175. Menjelang hujung tahun 2020, harga saham ini telah meningkat sehingga RM4.00.
Kenaikan tersebut adalah sebanyak 2185.71% dan tak sampai setahun.
Trend pembelian berlaku apabila saham tersebut naik tinggi. Kemudian, saat kita ingin membeli, saham tersebut jatuh pula.
Masalah paling besar adalah apabila rata-rata pelabur baru tak tahu sama ada harus simpan atau jual saham tersebut.
Jika anda seorang yang pelabur yang ada membuat kajian analisa fundamental, anda mungkin tidak akan sesekali membeli saham tersebut kerana rata-rata saham super penny stock tersebut tidak mempunyai fundamental yang kukuh.
Akan tetapi, itu tidak bermakna anda tidak boleh membeli langsung saham-saham tersebut kerana anda boleh mengambil peluang jika terdapat signal belian menggunakan teknik analisa teknikal.
Artikel ini bertujuan berkongsikan satu kaedah mudah untuk para pembaca untuk membuat keputusan bila untuk menjual saham ketika saham membuat kejatuhan.
Apa Itu Trendline?
Trendline ataupun garisan trend sering dilukis pada carta bagi para pelabur untuk mengenal pasti arah trend iaitu untuk mengetahui sama ada saham sedang bergerak dalam fasa uptrend, sideways atau downtrend.
Baca: Ilmu Technical Analysis: Trendline
Lihat contoh di bawah.

Sumber: Trading View
Setelah melukis garisan trendline, dapat dikenal pasti saham Telekom Malaysia Berhad masih berada pada fasa uptrend sejak tahun 2018 sehingga kini.
Cara Lukis Trendline
Untuk melukis trendline uptrend, kita perlu mencantumkan sekurang-kurangnya dua candlesticks dan melukis dari bawah ke atas.
Anda hanya perlu mencari dua ‘Higher Low’ yang jelas dan sambungkan dengan menggunakan trendline.
Masih tak nampak? Tak mengapa. Kami tunjukkan contoh bergambar.
Langkah 1: Buka Trading View dan masukkan nama saham yang ingin dikaji.

Langkah 2: Di bahagian simbol sebelah kiri, Klik simbol kedua teratas yang berbentuk garisan.

Sumber: Trading View
Langkah 3: Pilih simbol paling atas iaitu ‘Trend Line’

Sumber: Trading View
Langkah 4: Cantumkan dua ‘Higher Low’ yang jelas

Sumber: Trading View
Langkah 5: Cantumkan dua “Higher Low” yang terkini untuk cari trendline jangka masa pendek.

Teknik Jadikan Trendline Sebagai Sell Signal
Pernahkah anda menggunakan trendline sebagai petanda awal untuk anda menjual saham anda?
Apabila saham membuat kenaikan yang tinggi, perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan melukis support, resistance dan trendline.
Hal ini kerana, kita menjangka sejauh mana potensi saham tersebut boleh menaik dan di manakah paras sokongan saham tersebut.
Saham yang naik tinggi pasti akan jatuh juga pada satu hari kesan pengambilan untung atas kenaikan itu.
Ketika harga saham membuat penurunan, perhati rapat sekiranya saham telah menghampiri garisan trend.
Sekiranya saham telah jatuh melepasi paras trendline, ini boleh menjadi sell signal kerana saham berpotensi untuk jatuh lebih jauh ke bawah.

Jadi apa yang boleh anda lakukan jika berada dalam situasi tersebut?
Jika anda telah berjaya membeli saham tersebut sejak awal, anda boleh menjadikan trendline sebagai paras untuk anda ambil keuntungan anda.
Harga saham Dataprep mematahkan trendline pertama sudah menjadi petanda awal saham tersebut ada potensi untuk membuat kejatuhan lagi.
Perkara ini benar-benar terjadi pada hari seterusnya dengan Dataprep mengalami limit down pada keesokan harinya.
Dataprep juga sekali lagi mematahkan trendline yang kedua pada hari tersebut.
Kesimpulannya, sebagai seorang pelabur bijak anda wajib melukis garisan trendline kerana ia boleh dijadikan satu paras ‘secure profit’ untuk mengelakkan sebarang kerugian.
Lebih – lebih lagi, sekiranya saham jatuh lebih teruk setelah mematahkan trendline.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.




