Beberapa perkara penting yang telah saya terjemahkan daripada artikel Brett Steenbarger yang merupakan seorang penulis buku The Psychology of Trading:
“Momen kehidupan yang menyakitkan jiwa atau emosi akan memberi impak besar kepada kita. Yang terbesar mungkin akan meninggalkan trauma yang menyebabkan gangguan pada pemikiran, mood atau memori lampau. Sebagai contoh seorang individu yang gagal dalam hubungan akibat dicurangi. Ancaman rasa selamat kepada jiwa atau emosi akan meninggalkan seseorang individu dengan memori yang pedih, pemikiran terganggu, perasaan marah atau rasa dikhianati dan mungkin sukar untuk mempercayai orang lain.”
Kesan kepada trauma ini akan mengakibatkan seseorang individu itu merasa terancam dengan rasa jiwa dan emosi. Dalam dunia pelaburan, kecelaruan dalam mengikut trading plan dan mengalami kerugian mungkin tidak mengakibatkan trauma.
Atau kehilangan modal yang kita “all-in” mungkin atau tidak mungkin menyebabkan trauma. Tetapi sekiranya modal trading adalah juga pergantungan kewangan untuk masa hadapan, mungkin akan menyebabkan kita hilang pertimbangan.
Kegagalan dalam menguruskan risiko dalam pelaburan adalah antara sebab utama yang memberi trauma kepada trader. Pelaburan dalam skala besar tanpa perancangan mendedahkan seorang trader kepada risiko kerugian wang yang banyak, yang mana mampu memberi kesan negatif kepada psikologi manusia.
Kebanyakan trader akan terkesan dengan kerugian dan selalunya bukan kerana kuantiti wangnya tetapi lebih kepada hilangnya impian untuk masa depan.
Kita akan takjub melihat trader yang hebat mengambil risiko yang besar dan mendapat reward yang tinggi. Tetapi sebagai seorang pakar psikologi, banyak yang saya lihat trader yang “berani” mengambil risiko ini kecundang.
Ada yang hilang pekerjaan dan cuba mencari kerja dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ada juga ahli keluarga trader yang terpaksa membayar hutang dan bil akibat kerugian trader.
Sebagai trader, kita banyak membaca tentang bagaimana untuk membina kehidupan dengan trading tetapi jarang sekali tentang bagaimana kehidupan terjejas akibat trading.
Menyelami sisi gelap trading, kita bukanlah tidak patut dan berhenti berdagang. Tetapi dalam setiap satu perkara yang kita lakukan haruslah ada pengawalan atau pun sifat bersederhana. Begitu juga dengan dunia trading saham.
Dalam dunia trading saham, biasanya yang menjadi Big Why kita lah yang akan memandu tindak-tanduk kita dalam membuat keputusan dan tindakan. Bak kata penulis lagu Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk Siapa Tak Mahu:
“Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu.”
Pun begitu, dalam menjadi seorang pedagang, ada beberapa peraturan yang perlu difahami untuk mengawal emosi. Sekali gus, mengawal risiko kerugian dan akhirnya memperoleh keuntungan yang konsisten yang akan mengembangkan modal yang kita laburkan.
- Jangan sesekali jatuh cinta dengan kaunter sehingga kita tak sanggup untuk cutloss meskipun kerugian yang ditanggung dah melanggar trading plan yang kita buat.
- Boleh jadi kaunter yang memberikan kita ratusan percent Return on Investment (ROI). Kaunter itu jugalah yang akn membuatkan modal pelaburan kita hangus lebih dari separuh.
- Jangan pula berdendam dengan mana-mana kaunter sehingga kita dah tak mahu melihatnya. Boleh janji kaunter yang kita dendam inilah sebenarnya peluang yang terhidang depan mata.
- Ketepikan emosi dendam, sukar move on dalam dunia trading. Emosi ini sebenarnya hanya merugikan diri sendiri.
- Tamak dan Terlalu Yakin (Greed or Overconfident). Dua sikap ini akan menyebabkan pedagang terlepas untuk mengira risiko yang sedang ditanggung. Kata pedagang senior, biar terlepas peluang, jangan hilang wang.
Dalam keadaan pasaran seperti sekarang, pasaran dilihat agak volatile dengan kenaikan tidak masuk akal beberapa kaunter yang membuat pattern pump and dump.
Kepatuhan terhadap trading plan yang dibuat sebelum memasuki sebarang kaunter adalah menjadi satu disiplin untuk mengelakkan kerugian yang besar dalam waktu-waktu seperti sekarang.
Selesai tips dalam mengawal emosi dalam berdagang. Sepanjang seorang trader berdagang akan ada beberapa situasi yang emosi mungkin boleh menghancurkan seorang trader.
Kita akan kupas satu per satu dan juga cara penyelesaiannnya.
1. “Saya selalu terlepas kaunter walaupun entry dah cantik.”
Kalau anda perasan anda selalu terlepas kaunter walaupun entry dah tiptop, mungkin anda perlu mengurangkan risiko trading. Mengurangkan kebarangkalian untuk merisikokan sejumlah modal akan mengurangkan juga ketakutan seorang trader untuk berbuat kesalahan dalam berlabur.
Inilah masa yang paling tepat untuk membina keyakinan dalam strategi trading anda semula. Selepas keyakinan meningkat, anda boleh menambah jumlah modal trading sedikit demi sedikit.
2. “Macam mana boleh rugi banyak sangat kali in? Kaunter dah nampak okay.”
Jika anda pernah mengalami kerugian yang agak banyak, masanya untuk lihat lebih dekat kepada pengurusan risiko. Perkara yang terbaik untuk dibuat adalah untuk mengurangkan jumlah modal dan haruslah tetapkan kadar modal yang sesuai agar dapat elakkan daripada kerugian yang lebih besar.
Para trader juga wajib untuk meletakkan target risiko yang paling maksimum yang mampu dihadapi, dan harus laksanakan cut loss walaupun telah melihat setup trading sebagus apa pun.
3. “Saya rasa kaunter ni akan turn around. Saya nak target cut loss jauh sikit, setup pun bagus.”
Situasi ini bersambung dengan situasi kedua. Apabila trader merasa setup trading “too good to fail”, kita akan selalunya mengambil langkah untuk mencari pelbagai alasan bagi meletakkan target cut loss lebih jauh.
Kepercayaan kepada “too good to fail” ini akan memakan diri kerana keadaan ini meletakkan diri anda pada posisi trading berdasarkan teknik harapan. Teknik harapan yang selalunya trader terjebak inilah yang menyebabkan kebanyakan trader menjunam bersama kerugian.
Pada keadaan ini, lebih baik kita untuk menggunakan trading plan. Dan dalam setiap trading plan itu kita tuliskan sebab pada entry dan juga sebab pada target price. Hal ini akan memberikan objektif yang lebih jelas dan anda lebih cekal mengikut trading plan tersebut.
4. “Trade kali ini nampak bagus. Saya sangka dia akan bergerak jauh dan tak turn around secepat ini.”
Situasi yang ini jelas menunjukkan tentang ketamakan yang mempengaruhi trading seorang trader apabila tidak mengambil profit walaupun harga saham telah sampai pada target price yang telah diletakkan target.
Walaupun cara ini akan memberikan profit kepada anda tetapi untuk jangka masa panjang sistem trading yang bagus pun akan mengalami kerugian. Sentiasalah patuh kepada trading plan yang telah anda tetapkan dan jangan sesekali mendengar suara ketamakan yang sering datang dan pergi semasa anda trading.
5. “Trade yang ini dah buat profit dah. Baik keluar cepat sebelum kaunter turn around.”
Ini adalah situasi yang sebaliknya. Sekiranya trader yang tamak inginkan profit yang lebih kerana terlalu berharap tetapi untuk trader yang sering takut akan cabut terlalu awal akibat takut akan harga saham menjunam. Sifat ini kebiasaannya adalah akibat daripada trading menggunakan modal terlalu besar dan akan memberi impak kepada kurangnya keyakinan untuk trading.
Untuk ini langkah yang mungkin berkesan adalah set-and-forget. Tak perlu lihat profit dan loss setiap masa yang akan menyebabkan anda terlalu risaukan setiap kejatuhan harga. Letakkan kepercayaan kepada strategi anda dan terima bahawasanya harga bergerak seperti wave, yang mana terdapat naik dan turunnya.
Dan ianya tersangatlah normal dan janganlah penurunan itu sebagai reversals. Kerisauan hanyalah menyebabkan ketakutan yang tidak nyata.
6. “Trade kaunter ni tak adalah bagus sangat tapi tak naklah terlepas peluang yang ni.”
Masuk sesuatu kaunter akibat merisaukan kita terlepas apa-apa peluang trading adalah salah satu juga tanda ketamakan. Pada masa yang sama, kerisauan dan kurang kefahaman terhadap strategi trading menyebabkan emosi kita terganggu seperti ini.
Mempunyai kepatuhan terhadap trading plan adalah cara yang terbaik untuk mengatasi ini. Lebih banyak kerisauan yang kita dapat buang, lebih berkeyakinanlah seorang trader untuk trade. Dan pastinya nanti tidak akan emosi yang menggangu seperti ini lagi.
7. “Saya keluar kaunter terlalu awal, patutnya boleh letak target profit lebih jauh.”
Kalau anda terlihat harga saham meningkat lebih jauh selepas anda keluar daripada sesuatu kaunter, anda akan cenderung untuk meletakkan target profit yang lebih tinggi untuk tradeing seterusnya.
Tetapi anda harus ingat, meletakkan target profit yang tinggi tanpa sebab yang valid akan membahayakan seorang trader juga. Kebiasaannya apabila kita sengaja meletakkan target profit yang lebih tinggi tanpa sebab hanya akan menyebabkan harga saham menjunam dan anda akan berada dalam kerugian.
8. “Saya dah agak dah mesti akan naik kaunter ni. Saya patutnya lebih agresif.”
Satu lagi masalah yang mungkin berlaku adalah apabila trader melihat satu trading yang sepatutnya berjaya walaupun entry yang dibuat tak mengikut kriteria.
Keadaan ini akan membuat seorang trader cenderung untuk tidak patuh akan trading plan seterusnya.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




