“Ada syarikat solar yang boleh diperhatikan ke sekarang?”
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Kpower Berhad (KPower).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang KPower Berhad (KPower) (7130)
KPower Berhad (KPower) yang dulunya dikenali sebagai Kumpulan Powernet Berhad terlibat dalam beberapa segmen perniagaan seperti:-
- Pengangkutan
- Teknologi Kesihatan
- Pelaburan Hartanah
- Pembinaan dan Kejuruteraan
- Pembekal Produk Tenaga Boleh Diperbaharui
Syarikat ini mempunyai nilai pasaran semasa sebanyak RM864.0 juta dan telah tersenarai di papan ACE Bursa Malaysia sejak tahun 2002 sebelum dipindahkan ke papan utama Bursa Malaysia pada 2009.
Jom kita kaji kaunter KPower ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings KPower
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: KLSE Screener
Keuntungan bersih untuk suku kedua tahun 2021 untuk KPower adalah sebanyak RM9.25 juta, meningkat lebih daripada 300% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik untuk syarikat kerana ini menandakan, KPower tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
KPower merupakan antara syarikat di dalam sektor produk pengguna dan perkhidmatan yang kukuh di Bursa Malaysia. KPower masih mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang positif walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi sepanjang tahun 2020.
A- Annual Earnings KPower
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: KLSE Screener
Setakat artikel ini ditulis, pendapatan KPower untuk tahun 2021 masih belum lengkap. Maka, kita akan menilai pendapatan KPower pada tahun 2020.
Pendapatan bersih KPower mula menjadi positif pada tahun 2019. Pada tahun 2020, pendapatan bersih syarikat meningkat lebih daripada 30% kepada RM17.40 juta berbanding RM12.79 juta pada tahun sebelumnya.
Sumber: KPower Berhad
Peningkatan pendapatan ini majoritinya adalah hasil daripada segmen tenaga boleh diperbaharui.
Segmen ini telah menyumbang 83.02% daripada pendapatan syarikat diikuti dengan 15.66% daripada segmen hartanah, 0.68% daripada segmen pembuatan tekstil pada tahun 2020.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: The Star
KPower merupakan antara 10 syarikat yang berjaya mendapat projek LSS4 oleh kerajaan Malaysia.
Sumber: AmInvestment Bank
Pada 15 Mac 2021, AmInvestment Bank memberi saranan untuk kekal pegang kaunter KPower ini.
Penilaian ini diberikan berdasarkan keupayaan syarikat ini menjana pendapatan dan segmen perniagaan yang semakin mengukuh.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Justeru, jumlah unit saham KPower yang didagangkan adalah sebanyak 452.33 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian KPower kurang daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan.
Jika jumlah dagangan ini kurang jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur masih belum tertumpu sepenuhnya terhadap saham syarikat ini.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham KPower (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks produk pengguna dan perkhidmatan di Bursa Malaysia(Oren).
Oleh yang demikian, saham KPower boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah KPower masih merupakan leader kepada sektor pengguna?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.
Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat KPower, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada syarikat Insurans seperti:-
- Tokio Marine Life Insurance Malaysia Berhad
- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
- AIA Berhad
Selain daripada itu, pelabur institusi yang lain adalah seperti Phillip Capital Management Ltd dan Evli Fund Management Company Ltd.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber: Trading View
Arah kaunter KPower ini menunjukkan saham ini sedang membuat fasa kenaikan sejak daripada Mac 2020 sehingga ke hari ini.
Cuma harga saham ini jatuh dengan mendadak selepas pelaksanaan share split pada pertengahan Januari 2021 ini.
Baca: 3 Jenis ‘Corporate Exercise’ Yang Beri Impak Kepada Harga Saham
Secara keseluruhannya, carta masih menunjukkan arah kaunter ini masih membuat fasa aliran menaik.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: Kajian CANSLIM KE Atas Syarikat SCIB
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Miliki eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)