” Apa isyarat belian yang boleh diperhatikan untuk tentukan perubahan fasa pasaran?”
Sebagai pemulaan seorang pelabur, ilmu menganalisa teknikal adalah sangat penting.
Ilmu teknikal analisis ini sangat meluas dan salah satu perkara yang penting dalam teknikal analisis ini adalah pola-pola candlestick.
Pola-pola candlestick ini sebenarnya boleh memberi tanda yang jelas kepada para pelabur tentang perubahan (reversal) trend yang sedang dan akan berlaku sama ada Bullish atau Bearish trend.
Baca: Kenali Candlestick Serta 5 Bullish Dan 5 Bearish Candlestick Yang Biasa Ditemui
Dalam artikel ini, kita akan mengkaji dan tentang 6 jenis Bullish Reversal Candlestick yang sering kita temui dalam pasaran saham. Bullish Reversal Candlestick hanya berlaku di fasa downtrend sahaja.
1. Hammer
Hammer atau Penukul, sesuai dengan namanya, candlestick ini berbentuk seperti penukul. Warnanya tidak penting selagi mana dia berada di downtrend, ia adalah penanda penukaran arah kepada uptrend.
Badannya terbentuk pendek dan mempunyai sumbu atau bayang-bayang bawahnya yang mempunyai kepanjaangan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda lebih panjang dari ketinggian badan candlestick.
2. Inverted Hammer
Kedua, Inverted Hammer atau Penukul Terbalik. Sama seperti candlestick Hammer, cuma yang membezakannya adalah sumbunya di bahagian atas dan bukannya dibawah seperti hammer biasa.
3.Bullish Engulfing
Seterusnya, pola candlestick yang dinamakan sebagai Bullish Engulfing. Pola candlestick ini juga memberikan indikator pertukaran arah daripada downtrend kepada uptrend.
Ianya terbentuk daripada dua candlestick. Pertama, candlestick berwarna merah dan diikuti candlestick hijau yang merangkumi kesemua saiz candlestick merah yang pertama.
Bagi pola candlestick ini, kebiasaannya sumbu atau bayang-bayangnya tidak penting.
4.Bullish Harami
Selain itu, terdapat juga pola candlestick yang dinamakan sebagai Bullish Harami, pola candlestick ini dilihat juga seolah-olah candlestick yang mengandung.
Hal ini kerana terdapat dua candlestick bersebelahan. Candlestick pertama adalah merah dan candlestick kedua hijau.
Candlestick kedua akan lebih kecil daripada candlestick yang pertama kerana itu pola ini dilihat seolah-olah mengandung.
Untuk pola ini juga tidak penting untuk kita lihat sumbu atau bayang-bayangnya asalkan badan candlestick merah pertama lebih panjang daripada candlestick hijau kedua.
5. Piercing Line
Kelima, pola candlestick yang dikenali sebagai Piercing Line. Pola ini juga juga terdapat dua candlestick.
Candlestick pertama berwarna merah dan candlestick kedua berwarna hijau. Untuk pola ini, harga candlestick kedua ditutup melebihi separuh badan candlestick yang pertama.
Yang mana harganya pada hari kedua dibuka lebih rendah daripada harga penutup sebelumnya (gap down).
6. Morning Star
Morning Star juga antara pola Bullish Reversal Candlestick yang selalu dijumpai dalam chart saham. Morning Star ini terbentuk daripada tiga candlestick.
Kita perlu perhatikan tiga syarat utama pembentukan Morning Star.
- Candlestick yang pertama perlu berwarna merah.
- Candlestick kedua perlu kecil, warnanya tidak penting sama ada merah atau pun hijau.
- Candlestick ketiga wajib berwarna hijau.
Untuk Morning Start ini, pola candlestick ini juga tidak penting sumbu atau bayang-bayangnya.
Kesimpulannya, kesemua jenis candlestick di atas adalah reversal candlestick yang sering di jumpai oleh pelabur dan pedagang dalam chart saham sebagai indikator penukaran arah pasaran dari downtrend kepada uptrend.
Masih terdapat banyak lagi pola-pola Bullish Reversal Candlestick yang kita perlu kaji supaya dapat membaca chart pattern dengan lebih tepat untuk pelaburan saham.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




