• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Penganalisa Saham Sasar Harga Saham Daibochi Berhad Kepada RM4

in Fundamental Analisis
A A
Penganalisa Saham Sasar Harga Saham Daibochi Berhad Kepada RM4
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Para penganalisa risau kenaikan harga bahan mentah akan beri impak kepada pendapatan Daibochi Berhad (Daibochi)

Daibochi yang dulunya dikenali sebagai Daibochi Plastic And Packaging Industry Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam penghasilan produk pembukusan.

Syarikat ini mempunyai dua segmen pendapatan iaitu :- 

  1. Pembungkusan
  2. Pembangunan hartanah. 

Perniagaan syarikat ini juga telah berkembang ke peringkat global menerusi anak syarikatnya Daibochi Land Sdn. Bhd. dan Daibochi Australia Pty. Ltd.

Daibochi mempunyai nilai pasaran semasa RM777.2 juta dan harga semasa saham Daibochi adalah sekitar RM2.40.

Pendapatan Daibochi Terus Mengukuh

Sumber: MalaysiaStock.biz

Daibochi telah mengumumkan laporan kewangan untuk suku tahun kedua tahun 2021 pada 9 Mac 2021.

Daripada laporan berkenaan, pendapatan bersih syarikat meningkat sebanyak 3.2% kepada RM15.10 juta berbanding RM14.63 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Sumber: The Star

Namun, para penganalisa pasaran bimbang akan impak terhadap kenaikan bahan mentah akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat di masa hadapan.

Pihak pengurusan Daibochi walaubagaimanapun telah menegaskan bahawa Daibochi telah meningkatkan pengeluaran produk pada tahun ini lebih daripada 60% berbanding jumlah keluaran pada tahun 2019.

Peningkatan keluaran ini adalah berdasarkan permintaan yang menggalakkan untuk produk pembungkusan yang mesra alam daripada pelanggan mereka dari pasaran domestik dan antarabangsa.

Pihak pengurusan Daibochi juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kemudahan mereka di Malaysia untuk menampung kekurangan penghasilan di Myanmar.

Baca: Kenapa Pelabur Perlu Berhati-hati Ketika Musim Penyata Kewangan Diumumkan?

Sejauh Mana Impak Kenaikan Harga Bahan Mentah Memberi Kesan Kepada Daibochi?

Peningkatan harga bahan mentah seperti polyethylene (PE) sekitar 50.9% sehingga 82.2% dalam masa kurang setahun telah membangkitkan kebimbangan kepada para penganalisa terhadap pendapat syarikat.

Berdasarkan laporan kewangan Daibochi yang terkini, kos operasi syarikat telah meningkat sebanyak 3.6% berpunca daripada peningkatan kos bahan mentah dan penghantaraan.

Pihak Daibochi peka terhadap peningkatan kos yang dialami dan akan mengagihkan kos berkenaan kepada pelanggan akan datang dengan meningkatakn harga jualan produk mereka.

Dengan ini, Daibochi dapat mengekalkan margin keuntungan syarikat untuk separuh tahun kedua tahun 2021.

Pandangan Penganalisa Pasaran Terhadap Potensi Saham Daibochi

Penganalisa daripada CGS CIMB, Kamarul Anwar yakin dengan langkah agresif daripada Daibochi dari segi tempat dan jumlah jualan syarikat mampu membantu mengukuhkan pendapatan syarikat. 

Beliau turut menzahirkan keyakinannya, dengan kemampuan produk pembungkusan mesra alam daripada Daibochi yang mampu memikat minat belian syarikat-syarikat gergasi di dalam dan luar negara.

Oleh itu, pihak CGS CIMB telah meletakkan harga sasaran saham Daibochi pada RM4.04 seunit.

Bukan itu sahaja, penganalisa daripada MIDF Amanah Investment Bank Berhad juga telah meningkatkan harga sasaran mereka terhadap saham Daibochi daripada RM2.94 sebelum ini kepada RM2.96 seunit.

Rumusan

Berdasarkan penerangan di atas, para penganalisa yakin terhadap keupayaan Daibochi untuk terus menjana keuntungan di masa hadapan.

Bagaimana pula dengan anda?

Sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan belian atau jualan, kita perlu mengkaji sendiri fundamental dan teknikal syarikat agar kita membuat keputusan yang tepat.

Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham?

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share606ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In