“Bro, boleh hold lagi ke kaunter ni? Bila nak jual?”

Buat pengetahuan anda, majoriti pelabur saham di Malaysia melabur tanpa mempunyai asas ilmu pelaburan yang diperlukan sebagai seorang pelabur.
Ada juga yang membeli sesebuah saham berdasarkan saranan belian daripada broker tempatan malah ada juga yang membeli mengikut saranan daripada sosial media.
“ Dah pandai beli tetapi tidak tahu masa untuk menjual. Itulah perkara yang sering berlaku kepada pelabur baru dan juga pelabur kurang ilmu. ”
Artikel kali ini akan memberikan tips untuk kita menjual saham pegangan kita dengan signal teknikal analisis di dalam carta.
Baca: Langkah Pertama Untuk Memahami Analisa Teknikal
Jom kita tengok 3 signal teknikal untuk mula menjual saham pegangan seperti berikut.
1. Harga Patah Garisan Uptrendline

Sumber: Tradingview
Pernah dengan istilah “Uptrend is your friend until it bends”? Apabila harga saham berada di atas garisan uptrendline, harga saham ini dijangka akan terus membuat kenaikan disokong dengan minat belian yang berterusan.
Namun setelah harga sesuatu saham ini telah menembusi garisan uptrendline yang dilukis, kebarangkalian fasa aliran saham tersebut akan berubah ke fasa seterusnya.

Sumber: Tradingview
Di fasa seterusnya pula kemungkinan harga akan terus berada dalam keadaan sideways dan berlegar-legar sekitar harga tertentu sahaja.
Ada juga kemungkinan harga pasaran akan mengalami fasa penurunan jika minat jualan melebihi minat belian secara berterusan.
Oleh itu, apabila harga sesuatu saham telah mematahkan garisan uptrendline yang dilukis, ianya merupakan tanda untuk kita melepaskan pegangan saham yang dimiliki.
2. Harga Patah Garisan Support

Sumber: Tradingview
Support dan resistance adalah asas analisa teknikal yang penting.Support diibaratkan sebagai lantai dan resistance pula sebagai syiling.
Apabila harga pasaran sudah memecahkan garisan support yang dibuat, itu antara isyarat jelas untuk kita mula melepaskan pegagangan saham yang kita miliki.
Baca: Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance

Sumber: Tradingview
Jika tidak, harga saham tersebut kemungkinan besar akan terus membuat kejatuhan dan paras support tadi akan menjadi paras resistance yang terbaru.
Ini bermakna harga saham ini kemungkinan akan terus berapa di bawah paras resistance ini untuk tempoh masa yang lama.
3. Harga Berada Di Bawah Moving Average 200
Moving Average (MA) merupakan indikator yang terhasil daripada jumlah purata harga akhir sesuatu saham untuk tempoh masa tertentu.
MA 200 di sini bermakna garisan yang terbentuk adalah hasil daripada purata 200 hari harga akhir yang terkini untuk sesuatu saham berkenaan.
Garisan MA 200 ini sering digunakan untuk menentukan fasa pasaran sesuatu harga saham.

Sumber: Tradingview
Apabila sesuatu saham itu berada pada fasa distribution dan harga saham berkenaan menembusi garisan MA 200 daripada atas, ini menunjukkan besar kemungkinan bahawa harga saham ini akan membuat fasa penurunan.

Sumber: Tradingview
Selepas harga saham menembusi garisan MA 200, harga ini dilihat terus membuat kejatuhan dan membuat fasa aliran menurun.
Kesimpulan
Berikut merupakan antara isyarat yang jelas untuk kita sebagai pelabur melepaskan pegangan saham yang dimiliki berdasarkan analisa teknikal semata-mata.
Semestinya terdapat sebab dan analisa fundamental yang lain yang memberikan isyarat untuk kita menjual saham pegangan yang dimiliki seperti:
- Krisis ekonomi diumumkan
- Krisis politik
- Kontroversi negatif tentang syarikat
Sebagai seorang pelabur saham, apa yang penting adalah ilmu, lebih baik kita melabur sedikit wang dan masa untuk menuntut ilmu daripada pelaburan kita menjadi peleburan semata-mata.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.