“Minyak mentah dunia dah capai harga tertinggi sejak 14 bulan yang lalu.”

Harga minyak mentah dunia telah mencecah USD70 setong dan ianya merupakan harga yang tertinggi untuk 14 bulan terkini.
Persoalanya, kenapa harga minyak dunia meningkat dengan mendadak dalam tempoh singkat?
Antara sebab yang mendorong kepada kenaikan harga minyak ini adalah:
- Pemulihan ekonomi dunia
- Permintaan yang meningkat
- Nilai matawang USD yang melemah
- Pengurangan bekalan minyak mentah daripada OPEC
Baca: Harga Minyak Dunia Dah Buat 52-Weeks Highs, Saham Apa Yang Boleh Diperhatikan?
Namun kita telah dikejutkan dengan serangan dron dan peluru berpandu di pangkalan penyimpanan minyak yang paling selamat yang terletak di Arab Saudi pada 7 Mac 2020 baru-baru ini.
Serangan ini telah menyebabkan harga minyak dunia melonjak dengan ketara sehingga memecahkan garisan resistance dalam pasaran minyak mentah sejak 14 bulan yang lalu.
Apa Pandangan Penganalisa Pasaran Terhadap Sektor Oil & Gas?
Sumber: The Star
Kumpulan penyelidik pasaran dilihat memberikan pandangan positif terhadap sektor Oil & Gas.
Dengan permintaan minyak yang semakin meningkat, dijangka lebih banyak projek-projek yang akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat di dalam industri Oil & Gas yang terlibat.
Broker seperti CGS-CIMB dan AmInvest Research telah meletakkan saranan overweight terhadap sektor Oil & Gas untuk tahun 2021.
Baca: Sektor Mana Yang Kita Perlu Perhatikan Pada Tahun 2021?
Antara saham yang mendapat saranan belian yang diberikan oleh AmInvest Research adalah seperti Dialog Group dan Serba Dinamik Berhad.
Dialog Group Dan Serba Dinamik menjadi pilihan utama atas faktor mempunyai fundamental yang kukuh dan mempunyai tangki penyimpanan minyak yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Selain daripada itu, saham syarikat Yinson Holding Berhad juga menjadi pilihan AmInvest Research atas faktor pendapatan tahunan syarikat yang kukuh.
Pendapatan yang kukuh ini adalah hasil daripada projek vessel FPSO di beberapa kawasan seperti :-
- Miri, Sarawak
- Rio de Janeiro, Brazil
- Port Harcourt, Nigeria
- Accra, Ghana
Pendapatan 9 bulan terkini untuk tahun 2021 bagi syarikat Sapura Energy Berhad juga dilihat lebih baik daripada apa yang dijangkakan oleh penganalisa AmInvest Research.
Pendapatan syarikat yang kukuh ini adalah hasil daripada projek yang diperolehi secara berterusan oleh syarikat.
Apa Yang Pelabur Boleh Buat?
Sebagai pelabur, semestinya kita perlu peka terhadap sentimen semasa lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan saham yang berada di watchlist.
Pelabur sangat digalakkan untuk kaji fundamental dan teknikal apa-apa saham sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham
Strategi terbaik yang boleh diamalkan oleh pelabur adalah Top-Down Approach.
Baca: Top-Down Approach Seorang Pelabur Saham
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan. Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita guna?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout. Bukan nak kata teknik ini 100% confirm jadi, tetapi ini antara teknik paling berkesan.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal juga gunakan teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB




