Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar terutamanya kepada industri Oil and Gas apabila penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan sekatan perjalanan dunia berlaku. Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras USD19.00 setong pada April 2020.
Hari ini kita lihat harga minyak mentah dunia sudah mula naik ke paras sekitar USD63.00 setong. Kenaikan ini adalah lebih daripada 200% dalam masa kurang daripada setahun.

Terdapat beberapa sebab utama kepada peningkatan harga minyak dunia ini. Di antaranya adalah pemulihan ekonomi dunia, pengurangan bekalan minyak dunia oleh OPEC, mata wang USD semakin melemah dan juga jangkaan minyak dunia hanya akan bertahan untuk 30 tahun sahaja lagi oleh para saintis.
Pemulihan Ekonomi Dunia Pada Tahun 2021

Sumber: The World Bank
Berdasarkan laporan daripada World Bank, ekonomi dunia dijangka akan pulih dan berkembang sehingga 4% pada tahun 2021 disokong dengan kehadiran vaksin untuk membendung penularan wabak Covid-19. Dengan pandangan positif tentang pemulihan ekonomi dunia ini, ianya mendorong kepada peningkatan harga minyak mentah dunia di atas faktor ekonomi dunia bakal beroperasi semula tidak lama lagi.
Walaupun peningkatan jumlah jangkitan wabak ini semakin menular, tetapi kebanyakan negara sudah membenarkan sektor-sektor ekonomi di dalam negara beroperasi dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Secara tidak langsung, industri yang berkaitan seperti penerbangan juga menerima impak yang positif daripada pembukaan dan pemulihan ekonomi dunia pada tahun 2021 ini. Jika sektor penerbangan mula beroperasi, ianya akan memberi galakan kepada permintaan minyak dunia dan akan menjadi sebab kepada kenaikan harga minyak mentah dunia.
Ianya merupakan asas ekonomi, bila permintaan meningkat secara lumrahnya akan meningkat. Apabila permintaan terhadap sesuatu saham meningkat, pastinya harga saham tersebut akan naik.
Pengurangan Bekalan Minyak Mentah Oleh OPEC

Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) yang merupakan kuasa besar dan pembekal minyak mentah dunia baru-baru ini telah mengawal pengeluaran minyak mentah dunia dan menyebabkan harga semasa minyak mentah telah naik dengan mendadak.
Negara Arab Saudi juga telah memotong bekalan sebanyak 1 juta tong minyak baru-baru ini yang turut menyumbang kepada harga minyak dunia naik sehingga mencecah sehingga USD61.00 setong.
Matawang US Dolar Merosot

Minyak dunia biasanya akan digandingkan dengan mata wang Amerika Syarikat (USD). Jika kita perhatikan matawang USD merosot sejak April 2020 sehingga hari ini jika dibandingkan dengan Ringgit Malaysia (MYR). Dengan kadar matawang USD yang semakin lemah, ianya juga menjadi salah satu sebab kepada peningkatan harga minyak dunia yang kita lihat hari ini.
Dunia Akan Kehabisan Minyak Dalam Masa 30 Tahun

Petikan artikel daripada Entrepreneur Asia Pacific ini menyatakan bahawa para saintis dunia menjangkakan dunia akan kehabisan minyak dalam tempoh masa kurang daripada 30 tahun. Lebih merisaukan, tenaga boleh ubah seperti Solar tidak mampu menggantikan tempat minyak mentah dunia dalam tempoh masa tersebut.
Hari ini kita melihat trend terbaru daripada pengeluar kenderaan ternama seperti Tesla semakin hangat diperkatakan. Tidak kurang juga jenama terkenal terperti Mercedes dan Apple juga dilihat akan menceburkan diri dalam pengeluaran kenderaan elektrik ini.
Namun kita masih belum lihat mana-mana syarikat yang membangunkan jentera yang sering digunakan dalam industri berat seperti Mobile Crane, Backhoe, Excavator dan bermacam-macam lagi dalam bentuk elektrik. Kebanyakan jentera berat ini masih bergantung kepada penggunaan diesel sebagai bahan bakar mereka.
Ini juga merupakan sebab harga minyak dunia akan mengalami peningkatan yang berterusan untuk jangka masa waktu terdekat ini.
Apa Saham Yang Boleh Diperhatikan?

Institusi penyelidikan seperti Kenanga Research telah mencadangkan syarikat seperti Uzma Berhad (UZMA) sebagai syarikat pilihan mereka untuk sektor oil and gas buat ketika ini. Kenanga Research juga meletakkan syarikat Serba Dinamik dan Dialog Group sebagai syarikat pilihan mereka berdasarkan fundamental yang kuat.
BIMB Securities Research juga mempunyai pendangan yang positif terhadap sektor oil and gas ini yang akan memberi manfaat kepada projek offshore dan segmen upstream yang diterajui oleh Petronas. Petronas dijangka akan menawarkan projek-projek ini kepada syarikat tempatan dan di antara yang sudah mementerai projek bersama Petronas adalah Sapura Energy dan KKB Engineering Berhad.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB