• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Jumlah Agihan Dividen 2020 Sebanyak RM47.64 Bilion, 5.2 Peratus Bagi Konvensional – KWSP

in Hebahan
A A
Jumlah Agihan Dividen 2020 Sebanyak RM47.64 Bilion, 5.2 Peratus Bagi Konvensional – KWSP
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencatatkan prestasi kukuh daripada aspek operasi dan kewangan bagi 2020 mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional.

Dana persaraan itu juga mengisytiharkan dividen sebanyak 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.

Dalam kenyataan pada Sabtu, KWSP menjelaskan jumlah agihan dividen keseluruhan bagi 2020 adalah RM47.64 bilion.

“Berdasarkan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah mengatasi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” menurutnya.

KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada 2020 walaupun mengharungi situasi yang luar jangka iaitu pandemik COVID-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata dana persaraan itu berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa.

“Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata penyebaran dan kebolehjangkitan COVID-19 yang pantas telah menyebabkan ia sukar dibendung dan dikawal.

Bagaimanapun, langkah proaktif KWSP dalam menangani kesan pandemik membantu dana persaraan itu untuk mengatasi pelbagai cabaran, katanya.

“Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi.

“Tindak balas pantas KWSP dalam mengadaptasi strategi dan proses pelaburan telah berjaya memastikannya mampu mencapai prestasi yang optimum,” katanya.

Ahmad Badri berkata KWSP juga akan terus memanfaatkan kekuatan kira-kira 250 anggota pelabur profesional KWSP yang komited dan proaktif dalam menguruskan portfolio pelaburan.

Kerjasama kukuh dan infrastruktur digital yang mantap juga telah melancarkan proses penyesuaian KWSP dengan norma kerja yang baharu, katanya.

“KWSP juga telah mengimbangi semula portfolio pelaburannya berdasarkan pertimbangan teliti yang menyeluruh.

“Ini mengambil kira pelbagai peristiwa global seperti pandemik COVID19, ketidakpastian pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November 2020, perang dagangan AS-China yang berterusan serta kesan daripada perundingan Brexit kepada pasaran modal di seluruh dunia,” katanya.

Bagi portfolio pelaburan pada 2020, KWSP menjelaskan susulan caruman yang lebih rendah pada tahun lepas, kemampuan KWSP menyesuaikan dengan keperluan semasa telah memastikan pelaburannya dapat memberikan pulangan mampan jangka panjang dalam keadaan norma baharu.

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi iaitu sebanyak RM60.98 bilion, dengan RM6.15 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.

Prestasi yang baik ini adalah hasil pendekatan yang berhemat berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang telah memastikan KWSP tetap berdaya tahan walaupun menghadapi krisis yang tidak dijangka, jelasnya.

Dana persaraan itu menekankan berdasarkan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 46 peratus daripada pelaburan, manakala ekuiti sebanyak 42 peratus.

Di samping itu hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-masing merangkumi lima peratus dan tujuh peratus daripada pelaburan, menurutnya.

Ahmad Badri berkata KWSP ialah pelabur jangka panjang dan kekal komited dengan program pempelbagaian merentasi kepelbagaian kelas aset, strategi, pengurus, pasaran, negara dan mata wang.

“Pendapatan daripada aset luar negara juga memainkan peranan penting bagi prestasi kami,” katanya.

Setakat Disember 2020, 33 peratus daripada aset pelaburan KWSP berada di luar negara, merangkumi pelbagai kelas aset, seperti ekuiti, khususnya ekuiti asing yang terus menjadi pemacu pulangan pendapatan pelaburan sebanyak RM28.71 bilion.

Sementara itu, portfolio ekuiti persendirian menunjukkan prestasi yang kukuh dengan agihan yang konsisten.

Menurut KWSP walaupun indeks-indeks saham utama mengalami penyusutan sebanyak 40 peratus pada suku tahun pertama, KWSP mengambil peluang mengimbangi portfolio dengan membeli aset yang kukuh pada harga yang berpatutan.

Pemulihan pada separuh kedua berikutan pasaran domestik dan global yang kian baik turut menyumbang kepada portfolio pelaburan KWSP dan ini memberi peluang kepada KWSP untuk meraih keuntungan, terutama pada suku keempat 2020, jelasnya.

KWSP juga mengambil langkah proaktif dengan mengambil kira turun nilai kos sebanyak RM7.71 bilion daripada ekuiti tersenarainya untuk memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal baik, menurutnya.

Tahun lepas, KWSP juga memperkenalkan beberapa kemudahan pengeluaran, iaitu i-Lestari dan i-Sinar yang memerlukan rancangan kecairan yang mantap.

KWSP telah meningkatkan alokasi kepada portfolio instrumen pasaran wang bagi memenuhi keperluan tersebut. Portfolio instrumen pasaran wang menyumbang sebanyak RM1.19 billion kepada pendapatan KWSP, jelasnya.

“Hampir separuh daripada keseluruhan peruntukan aset KWSP dalam instrumen pendapatan tetap, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf serta Bon dan Pinjaman, KWSP dapat mengekalkan pulangan yang stabil dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan apabila kadar faedah mengalami penurunan, dengan pendapatan sebanyak RM25.42 bilion atau 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar KWSP,” menurutnya.

Kelas aset hartanah dan infrastruktur merekodkan pendapatan sebanyak RM5.66 bilion dengan kelas ini berhadapan cabaran yang tersendiri.

“Ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan amalan bekerja dari rumah menjadi norma baharu dan memberi kesan kepada pendapatan yang lebih rendah daripada segmen tertentu dalam sektor hartanah.

“Bagaimanapun, keseluruhan portfolio tersebut terus memainkan peranan penting sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dengan pulangan sekitar 50 mata asas melebihi instrumen pendapatan tetap,” jelasnya.

Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9 peratus kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung 2020.

Jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak dua peratus kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah sebanyak 534,398.

“KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap satu peratus dividen bagi Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap satu peratus dividen untuk Simpanan Shariah bagi 2020,” menurut dana persaraan itu.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In