Pernah dengar kisah pelabur terkenal yang bernama Warren Buffett ini tak? Kalau selama ini hanya pernah dengar nam beliau saja, jom kita kenali beliau dengan lebih dekat.
Warren Buffett dilahirkan pada tahun 1930 di Omaha, Amerika. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan dan pelaburan saham di usia yang sangat muda. Warren Buffett membeli saham pertamanya ketika beliau berusia hanya 11 tahun.
Warren Buffett memulakan kerjayanya sebagai seoarang jurujual pelaburan pada awal tahun 1950-an dan membentuk Buffett Associates pada tahun 1956. Pada tahun 1965, beliau telah pun berjaya menjadi pemilik Berkshire Hathaway.

Menurut data daripada laman web Forbes, Warren Buffett merupakan manusia ketujuh terkaya di dunia setakat 21 Januari 2021. Nilai kekayaan Warren Buffett setakat 21 Januari 2021 adalah sebanyak USD89.1 bilion. Warren Buffett juga dikenali sebagai “Oracle of Omaha” yang membawa maksud orang yang bijaksana daripada Omaha (sebuah bandar di Amerika Syarikat). Warren Buffett adalah pemilik Berkshire Hathaway yang memiliki 60 buah syarikat yang lain.

Warren Buffett terkenal sebagai ahli perniagaan dan dermawan. Beliau juga merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia.
Jom lihat apa resepi kejayaan Warren Buffett. Mana tahu kita juga boleh menjadi seperti Warren Buffett pada suatu hari kelak jika kita menguasai teknik beliau.
1. Beli Perniagaan
Ramai pelabur yang gemar membeli saham membuta tuli tanpa mengetahui dan memahami perniagaan syarikat yang dilabur. Namun, Warren Buffett memilih langkah yang berbeza dengan beliau mengkaji dengan teliti dan cuba memahami perniagaan syarikat sebelum membeli saham syarikat tersebut. Beliau percaya jika beliau memahami perniagaan syarikat, beliau sebenarnya sedang membeli perniagaan syarikat tersebut.
Dalam erti kata lain, cuba fikir seperti seorang pemilik perniagaan. Seorang pemilik perniagaan hanya akan bekerjasama dengan syarikat lain sekiranya syarikat tersebut boleh membawa keuntungan kepada syarikatnya. Kita nak melabur dengan niat untuk menggandakan wang pelaburan kita dan bukannya nak rugi.
2. Pilih Syarikat Yang Boleh Terus Beri Saingan Dalam Pasaran
Tadi kita telah bercerita mengenai kepentingan mengkaji perniagaan syarikat. Jika perniagaan syarikat tersebut adalah baik, persoalan kedua adalah adakah syarikat tersebut boleh terus memberi saingan dalam pasaran dan mampu bertahan untuk tempoh jangka masa panjang? Warren Buffett pernah membeli lebih daripada USD1 bilion saham syarikat Coca-Cola pada tahun 1988. Nilai tersebut adalah bersamaan dengan 6.2% saham syarikat Coca-Cola pada waktu tersebut.
Sehingga kini, Coca-Cola masih lagi bertahan dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

3. Fokus Pada Nilai Intrinsik Untuk Jangka Masa Yang Panjang
Warren Buffett pernah berkata:
“Invest in a great company at a fair price rather than a fair company at a great price”
Ianya bermaksud, adalah lebih baik melabur dalam sebuah syarikat yang baik pada harga yang berpatutan daripada melabur di sebuah syarikat yang sederhana tetapi pada harga yang tinggi.
Tips ini penting kepada semua pelabur. Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, anda boleh fokus pada syarikat yang nilai intrinsiknya adalah untuk jangka masa yang panjang.
Sebagai seorang pelabur, tugas kita adalah mencari saham-saham yang sedang dijual di bawah nilai yang sepatutnya.
Persoalannya sekarang, apakah maksud nilai intrinsik? Nilai intrinsik merupakan nilai sebenar sebuah syarikat atau aset berdasarkan persepsi (underlying asset) nilai sebenarnya. Ini termasuklah semua aspek perniagaan.
Nilai intrinsik boleh menjadi berbeza daripada nilai pasaran semasa. Para pelabur akan menggunakan pelbagai analisis untuk menganggarkan nilai intrinsik dengan harapan untuk mendapatkan pelaburan yang mana nilai sebenar pelaburan melebihi nilai semasanya.
4. Kesabaran
Pelaburan saham bukanlah skim cepat kaya. Nama pun sudah pelaburan, kita melabur wang lebihan agar wang tersebut berkembang untuk satu jangka masa. Seperti tips yang dikongsikan sebelum ini, jika kita beli saham yang berada di bawah nilai sebenar (undervalue), kita pasti akan mendapat pulangan yang baik apabila harga saham tersebut membuat kenaikan.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!