Kita sedia maklum bahawa corak Head And Shoulders adalah merupakan corak pembetulan (reversal) di mana sesebuah trendline atau fasa aliran akan berubah. Apabila corak head and shoulders ini terbentuk, ini bermakna fasa aliran menaik akan mengalami perubahan trendline dan bertukar menjadi aliran menurun (downtrend). Begitu juga sebaliknya apabila corak inverse head and shoulders terbentuk, trendline ini juga akan membuat pembetulan daripada fasa aliran menurun kepada fasa aliran menaik.
Daripada corak reversal head and shoulders di atas, kita sebenarnya boleh meramalkan harga sasaran (Target Price) seterusnya dengan menggunakan formula seperti di bawah.
Target Price=Neckline – (Head – Neckline)
Harga dibahagian Neckline untuk carta Marvell ini adalah sekitar USD27 dan harga bahagian Headnya pula adalah sekitar USD37. Jadi jika kita masukan jumlah ini kedalam formula, harga sasaran yang kita akan dapat adalah seperti ini:
Target Price= USD27- (USD37-USD27) =USD17
Dengan fromula ini, kita dapat meramalkan harga saham ini akan turun ke paras harga dalam lingkungan USD17. Ternyata harga saham Marvell ini turun lebih rendah daripada USD17 pada hari-hari berikutnya. Kaedah ini membantu kepada pelabur yang mengamalkan short position kerana kita boleh menjangkakan penurunan harga yang ketara selepas corak reversal ini muncul.
Pelabur yang mengamalkan long position pula, kita boleh mendapat keuntungan dengan corak reversal inverse head and shouder seperti di bawah.
Formula pengiraan corak inverse head and shoulders ini sedikit berbeza berbanding formula head and shoulders seperti di atas. Ini adalah atas faktor pembentukan coraknya yang berlawanan dengan corak head and shoulders seperti di atas. Formula untuk mengira corak inverse head and shoulders adalah seperti berikut:
Target Price= Neckline + (Neckline – Head)
Carta menunjukan harga di bahagian Neckline adalah sekitar USD8, manakala harga untuk bahagian Head pula adalah USD5. Jadi, untuk mengira harga sasaran adalah seperti berikut:
Target Price= USD8 + (USD8 – USD5) = USD11
Dengan formula ini, harga sasaran yang diramalkan adalah sekitar USD11, ternyata bahawa harga saham Marvell meningkat sehingga lebih daripada USD11 selepas membuat reversal.
Berikut adalah cara kita meramal harga sasaran setelah munculnya corak head and shoulders seperti contoh di atas. Formula pengiraan ini tidak begitu kompleks dan mudah untuk difahami dan digunakan. Dengan memahirkan diri dengan cara pengiraan ini, kita akan mempunyai kelebihan untuk menjangkakan harga sasaran sesuatu saham itu dan meraih keuntungan dalam pelaburan kita.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.