• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Aliran Keluar Dana Asing Meningkat Pada RM268.9 Juta Minggu Lepas

in Hebahan
A A
Kredit gambar: New Straights Times

Kredit gambar: New Straights Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kalangan pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia pada minggu lepas berakhir 20 November dengan jualan sebanyak RM268.9 juta berbanding RM246.3 juta pada minggu sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Isnin lepas dengan menyaksikan dana asing membuat jualan bersih RM126.4 juta ekuiti tempatan.

“Sentimen positif susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh Malaysia dan 14 negara lain sebaliknya ditenggelamkan oleh jualan kaunter sarung tangan getah di tengah-tengah tumpuan terhadap jangkaan pemulihan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, paras jualan asing bersih meningkat kepada RM143.7 juta apabila pelabur terus mengurangkan dedahan dalam saham sarung tangan getah.

Menurutnya, ini dijejaskan lagi dengan laporan media mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 Moderna Inc mencecah 94.5 peratus menerusi analisis awal ujian lanjuta klinikal yang dijalankan.

“Kegembiraan itu menular ke sektor lainnya yang menyaksikan FBM KLCI menokok 0.7 peratus untuk ditutup pada Selasa dengan melepasi paras 1,600 – iaitu yang pertama kalinya sejak akhir Julai lepas.

“Dana luar pesisir kemudian bertindak membeli ekuiti tempatan sehingga RM169.6 juta apabila majoriti pelabur memilih untuk menumpukan berita positif mengenai vaksin baharu berbanding peningkatan kes jangkitan,” katanya.

Adam berkata bursa tempatan juga kekal melebihi angka 1,600 pada Rabu selepas Pfizer Inc pula mengumumkan pencapaian penting dalam kajian vaksin COVID-19 dan kini bersedia mendapatkan kebenaran pihak pengawal selia Amerika Syarikat bagi tujuan penggunaan kecemasan.

“Namun, aliran masuk dana asing bersih itu bersifat sementara apabila kalangan pelabur asing menjual ekuiti tempatan bersih RM170.5 juta pada Khamis,” katanya.

Menurutnya, susulan peningkatan ketara bilangan kes COVID-19 di serata dunia, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menangani impaknya terhadap sentimen pasaran.

Ini termasuk tindakan bank pusat Indonesia mengurangkan kadar dasarnya untuk kali pertama dalam tempoh empat bulan manakala bank pusat Filipina menurunkan kadar faedah utama selepas ekonomi negara itu menguncup lebih daripada jangkaan awal pada suku ketiga tahun ini.

Pada Jumaat, dana asing bertindak membeli ekuiti tempatan bernilai RM2.1 juta yang membantu memacu peningkatan bursa tempatan sebanyak 0.6 peratus untuk ditutup pada 1,593.8.

“Minat belian terhadap kaunter sarung tangan getah kembali semula selepas jualan ketara pada minggu ini berikutan optimis terhadap vaksin COVID-19.

“Dalam kalangan 30 saham di FBM KLCI, Top Glove mendominasi kaunter paling untung dengan peningkatan sebanyak lima peratus dan menyaksikan Indeks Penjagaan Kesihatan bursa naik melebihi satu peratus,” katanya.

Selain itu, bagi asas tahun ke tahun setakat ini, pelabur asing telah menjual sebanyak RM23.37 bilion bersih ekuiti tempatan pada 2020, katanya.

Menurut Adam, dari segi penyertaan oleh pelabur asing, purata nilai dagangan harian bagi Isnin hingga Jumaat kekal kukuh pada RM1.62 bilion dan Malaysia mencatatkan aliran keluar dana asing kedua terbesar setakat tahun ini selepas Thailand dalam kalangan negara ASEAN.

— BERNAMA 

Share233ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In