Mesti ramai yang tak sangka bahawa dengan menjadi seorang remisier, ianya membolehkan kita menjadi seorang billionaire kan? Jom kita berkenalan dengan Peter Lim dari Singapura dan kisah di sebalik kekayaannya.
Setakat 8 November 2020, kekayaan bersih Peter Lim adalah sebanyak USD1.9 bilion. Beliau menduduki senarai di tempat ke-17 orang terkaya Singapura. Di peringkat global pula ,Peter Lim merupakan orang ke-1196 bilionaire terkaya di dunia bagi tahun 2020.
Siapakah Peter Lim?
Peter Lim Eng Hock berumur 67 tahun dan popular dengan gelaran Raja Remisier kerana kejayaannya dalam pelaburan saham Singapura pada sekitar tahun 1980an.
Peter Lim merupakan anak kepada peniaga ikan dan suri rumah. Beliau menyambung pelajaran di University of Western Perth, Australia tempat di mana beliau mengasah bakatnya. Peter Lim berjaya memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang akaun & kewangan dan seterusnya memulakan kariernya sebagai seorang akauntan. Kerjayanya sebagai seorang akauntan hanya bertahan selama 3 tahun dan kemudian beliau berpindah ke bidang perundingan cukai.
Peter Lim kemudiannya sedar bahawa kesemua kerja yang dibuatnya bukanlah impian beliau yang sebenar. Meninggalkan segala-galanya, beliau tanpa menoleh ke belakang lalu mengejar impiannya untuk menjadi seorang broker saham. Kebanyakan klien Peter Lim adalah dari Indonesia.
Beliau sangatlah berkebolehan sebagai seorang broker saham maka dan dari situlah beliau mendapat gelaran sebagai Raja Remisier. Kalau nak tahu, seorang remisier adalah orang tengah kepada klien dan broker dan seorang remisier akan mendapat komisen daripada jual beli saham kliennya.
Tahukah anda Peter Lim menjana jutaan dolar hasil daripada komisen tersebut?
Menjana 1 Bilion Dolar Pertama Daripada Pelaburannya Dalam Perniagaan Minyak Sawit
Wilmar International merupakan firma minyak sawit terbesar di dunia yang diasaskan oleh klien Peterr Lim sendiri iaitu Kuok Khoon Hong. Beliau seterusnya melabur sebanyak USD10 juta dolar ke dalam Wilmar pada tahun 1996. Malangnya, pada tahun berikutnya, ekonomi Indonesia merosot dan mata wang rupiah Indonesia turut susut dari 2,500 Rupiah berbanding Dolar Amerika menjadi 16,000 Rupiah.
Ekonomi negara Indonesia terjejas teruk akibat daripada Krisis Kewangan Asia 1997. Namun, Peter Lim tidak menyerah kalah kerana beliau melihat potensi yang ada pada minyak sawit.
Setelah pengeluar makanan mula menghilangkan lemak trans dari produk makanan mereka dan menggantikannya dengan minyak sawit, import Wilmar ke Amerika Syarikat meningkat esbanyak 60%. Peningkatan penggunaan bahan api bio turut menyumbang kepada permintaan minyak sawit. Hasilnya, kekayaan Lim terus berkembang dengan pesat dan nilai pelaburannya dalam minyak sawit terus meningkat.
Pada tahun 2010, Peter Lim menjual pemilikannya dalam Wilmar International dengan harga USD1.5 bilion. Daripada situlah, beliau mendapat 1 bilion dollar pertamanya. Apa yang kita boleh perhatikan di sini adalah bagaimana pelaburan Peter Lim berkembang daripada USD10 juta kepada USD1 bilion dalam tempoh 14 tahun.
Peter Lim, Seorang Pencinta Sukan Bola Sepak
Tahukah anda Peter Lim pernah cuba membida untuk membeli kelab bola sepak Liverpool namun menemui kegagalan? Beliau pernah mencuba untuk membeli kelab bola sepak Liverpool, sedangkan beliau sebenarnya peminat kelab Manchester United. Sebagai seorang peminat setia Manchester United, Peter Lim memiliki rangkaian francais kafe bertemakan United di seluruh Asia dan pada masa itu, Lim berkenalan dengan beberapa bekas bintang kelab tersebut seperti David Beckham, Ryan Giggs, Nicky Butt, Phil Neville dan Gary Neville.
Perkenalan mereka tidak terhenti setakat itu apabila mereka bersama-sama membeli kelab bola sepak Salford City pada tahun 2014. Salford City mengecapi kegemilangan apabila dipromosikan empat kali ke liga yang lebih tinggi dalam tempoh lima tahun termasuk dipromosikan ke Liga Bola Sepak Nasional untuk pertama kalinya dalam sejarah sejak kelab tersebut dibentuk pada tahun 1940.
Pada tahun yang sama juga, Lim membelanjakan USD605 juta dolar untuk membeli saham kelab bola sepak Sepanyol iaitu Valencia.
Begitulah kisah penuh inspirasi seseorang yang berjaya mengejar impiannya.
Bagaimana pula di Malaysia? Siapa agaknya remisier yang terkaya?
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.