• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Untung Bersih IOU Corporation Naik Kepada RM277.9 Juta Pada Suku Pertama

in Hebahan
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih pengeluar minyak sawit bersepadu, IOI Corporation Bhd (IOI Corp) naik kepada RM277.9 juta pada suku kewangan pertama berakhir 30 Sept, 2020, daripada RM149.0 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Peningkatan sebanyak 86.5 peratus itu berikutan keuntungan mata wang asing bersih sebanyak RM98.5 juta ke atas pinjaman dan deposit dalam mata wang asing, tetapi ia diimbangi oleh kerugian nilai saksama ke atas instrumen kewangan derivatif sebanyak RM49.8 juta daripada segmen pembuatan berasaskan sumber.

Tidak termasuk aspek ini, keuntungan sebelum cukai asas bagi suku tahun itu sebanyak RM311.5 juta (berbanding RM360.2 juta), naik 21 peratus tahun ke tahun berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen perladangan, menurut IOI Corp.

Bagaimanapun, peningkatan itu diimbangi oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pembuatan berasaskan sumber, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Sementara itu, perolehan pada suku tahun itu meningkat kepada RM2.48 bilion daripada RM1.78 bilion pada tahun lepas.

Keuntungan segmen perladangan IOI Corp pada suku tahun tersebut sebanyak RM273.6 juta, naik 116 peratus berbanding suku tahun sama tahun lepas.

“Ini berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang lebih tinggi serta pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang tinggi,” menurut IOI Corp.

Kumpulan itu mencatatkan pengeluaran FFB sebanyak 878,701 tan metrik (MT) pada suku tahun itu berbanding 801,548 MT pada tahun lepas.

Mengenai masa depan, IOI Corp berkata harga MSM telah meningkat dengan ketara, mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun pada bulan ini.

“Harga MSM dijangka kekal tinggi dengan lebih daripada RM3,000 satu tan hingga Februari 2021, berikutan inventori minyak sawit yang rendah dan pengeluaran tanaman bermusim yang rendah hingga awal tahun depan,” katanya. 

Kumpulan menjangka prestasi kewangan yang baik daripada segmen perladangannya sekurang-kurangnya pada suku kedua dan ketiga pada tahun kewangan ini berakhir 30 Jun, 2021, berdasarkan unjuran harga minyak sawit yang kukuh hingga Februari tahun depan.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In