• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Untung Bersih Dialog Group Bagi Suku Pertama Susut Kepada RM146.62 Juta

in Hebahan
A A
Untung Bersih Dialog Group Bagi Suku Pertama Susut Kepada RM146.62 Juta

Kredit gambar: Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Dialog Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM146.62 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2020 berbanding RM164.64 juta pada suku yang sama sebelum ini.

Perolehan susut kepada RM331.66 juta daripada RM645.76 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi tempoh sukuan yang dinilai itu, syarikat terus menumpukan kepada pembinaan aset terminal pertengahan sendiri di Fasa 3A Terminal Laut Dalam Pengerang dan penambahan 85,000 juta meter padu bagi Dialog Terminals Langsat 3, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut penyedia perkhidmatan teknikal bagi industri minyak, gas dan petrokimia itu, tumpuan tersebut, ditambah dengan aktiviti hiliran yang lebih perlahan, menyebabkan perolehan berkurangan seperti yang dilaporkan.

Selain itu, operasinya Malaysia terus memperoleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan terminal, katanya.

Kapasiti penyimpanan di Dialog Terminals Langsat dan Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd, masing-masing berjumlah 770,000 m3 dan 1,780,000 m3, yang terus disewakan sepenuhnya.

Menurut Dialog Group, operasi antarabangsa pula melaporkan perolehan dan keuntungan lebih rendah bagi tempoh suku kewangan tersebut, terutama disebabkan oleh aktiviti perniagaan yang berkurangan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu terkemuka yang mempunyai pelbagai aktiviti di sektor huluan, pertengahan dan hiliran dalam industri minyak, gas dan petrokimia, Dialog tetap yakin model perniagaannya tersusun baik untuk menguruskan dan mengekalkan syarikat dalam mengharungi tempoh ketidaktentuan ekonomi, harga minyak turun naik dan pergerakan mata wang,” katanya.

Menurutnya, sektor hiliran pula akan terus memanfaatkan kelebihannya dan mencatatkan rekod prestasi dalam perkhidmatan teknikal bersepadu yang merangkumi kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), penyelenggaraan kilang dan perkhidmatan pengendalian pemangkin serta produk dan perkhidmatan khusus.

Susulan penyiapan Terminal Laut Dalam Pengerang Fasa 2 dan projek penapisan di Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID), Dialog juga kini terlibat secara aktif dalam perkhidmatan penyelenggaraan loji untuk projek-projek ini, selain projek lain sedia ada.

Bagi sektor huluan, berikutan penurunan harga minyak mentah dan pengurangan pengeluaran oleh negara-negara pengeluar minyak, Dialog mengambil langkah proaktif dalam pengurusan aliran tunai aset huluan bersama-sama rakan kongsinya secara teratur.

Tanpa mengambil kira situasi luar jangka, syarikat itu yakin prestasinya akan kekal positif bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In