• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Pelabur Asing Jual Sejumlah RM246.32 Juta Ekuiti Minggu Lepas

in Hebahan
A A
Kredit gambar: New Straights Times

Kredit gambar: New Straights Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Pelabur asing muncul sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia, membabitkan jualan berjumlah RM246.32 juta untuk minggu berakhir 13 Nov, demikian menurut MIDF Research.

Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu menyatakan jangkaan aliran masuk asing positif, dirangsang oleh pengumuman belanjawan pengembangan tidak berlaku kerana momentum kegiatan jualan pada Selasa melebihi aliran masuk bersih pada Khamis dan Jumaat.

Semasa pasaran dibuka untuk urus niaga Isnin minggu lepas, pelabur asing membeli sejumlah RM3.53 juta bersih ekuiti tempatan dengan peruncit dan institusi tempatan, masing-masing bertindak sebagai pembeli dan penjual bersih dengan jumlah RM39.52 juta dan -RM43.05 juta.

“Bagaimanapun,  pada pertengahan minggu, situasi ini berubah kerana aliran keluar terbesar untuk minggu berkenaan dicatatkan pada Selasa dengan aliran kumulatif berjumlah RM332.97 juta dan berterusan ke hari berikutnya berjumlah RM7.49 juta. Sementara itu, aliran masuk terbesar ialah pada Khamis dengan jumlah RM87.25 juta”, katanya.

Setakat tahun 2020, jualan bersih pelabur asing telah mencecah RM23.13 bilion ekuiti di Bursa Malaysia.

“Berbanding dengan tiga pasaran lain di Asia Tenggara yang kami pantau minggu lepas; Thailand mencatatkan aliran masuk bersih asing paling banyak sementara Malaysia menyaksikan aliran keluar terbesar,” kata MIDF Research.

Dari segi penyertaan peserta runcit, minggu lepas menyaksikan peruncit sebagai pembeli bersih dengan sejumlah RM129.08 juta ekuiti minggu lepas sementara pembelian bersih oleh institusi tempatan berjumlah RM117.24 juta dalam tempoh yang sama.

“Peruncit sebagai pembeli bersih meneruskan kegiatan membeli masing-masing ke minggu kelima sejak awal November dengan mencatatkan lantunan mulai dua minggu lepas tetapi secara lebih berhati- hati.

“Kami menjangkakan momentum belian akan berterusan minggu depan, dipacu oleh perkembangan positif vaksin untuk COVID-19,” kata MIDF Research.

Pembelian bersih berjumlah sehingga RM11.82 bilion daripada peruncit setakat tahun 2020, sementara pelabur institusi membeli sehingga berjumlah RM10.94 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan peningkatan mingguan 49.17 peratus dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) sementara pelabur asing menyaksikan kenaikan ADTV 83.68 peratus dan institusi tempatan ada 61.11 peratus. — BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

11 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In