• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

FGV Capai 81 Peratus Kebolehkesanan FFB, Dijangka Cecah 100 Peratus Pada Suku Ke 4 Tahun 2021

in Hebahan
A A
FGV Luaskan Pasaran Benih Kelapa Sawit Di India, Sasar Jual 1.5 Juta Benih Menjelang 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — FGV Holdings Bhd telah mencapai 81 peratus kebolehkesanan ke ladang (TTP) bagi tandan buah segarnya (FFB) setakat ini dan berada di landasan untuk mencapai sasaran 100 peratus pada suku keempat 2021.

Pengeluar minyak sawit utama negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif kebolehkesanan itu bertujuan untuk memastikan sumber FFB yang diperolehnya tidak dikaitkan dengan penebangan hutan, penanaman di tanah gambut dan pembakaran terbuka, sejajar dengan dasar kelestarian kumpulan dan komitmen ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Tanah Gambut dan Tiada Eksploitasi’. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata pengesanan FFB ke ladang asal memberi cabaran berikutan rantaian bekalan yang kompleks dalam rangkaian peniaga FFB. 

“Ini disebabkan hakikat bahawa FGV mendapatkan dua pertiga daripada FFB daripada pembekal luar terdiri daripada peneroka FELDA, pekebun kecil persendirian serta peniaga FFB, manakala hanya satu pertiga daripada FFB didapatkan terus daripada ladang kami sendiri. 

“Justeru, mencapai TTP lebih daripada 80 peratus merupakan satu pencapaian yang sangat besar kepada kami,” katanya.

Setakat Oktober 2020, 28 peratus daripada bekalan FFB FGV diperoleh daripada ladangnya sendiri manakala 72 peratus daripada luar. 

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

10 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In